Friday, 31 May 2013
Thursday, 30 May 2013
Mati Hidup Semula
“BAGAI mati hidup semula”. Demikian kata pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim mengenai kejayaan anak didik Bojan Hodak yang bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Terengganu secara agregat 6-5 dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, petang semalam.
Mengakui Kelantan kerap melakukan kesilapan pada babak pertama sehingga membolehkan Terengganu mendahului dua gol, Azman bagaimanapun menyifatkan sikap tidak putus asa dan keyakinan tinggi pemain untuk mencatat kemenangan membolehkan mereka menghasilkan ganjaran lumayan.
“Kami lakukan kesilapan tidak sepatutnya sepanjang 45 minit pertama. Kami bangkit pada lewat penghujung babak kedua dan Dickson Nwakaeme memastikan kita tidak kempunan musim ini.
“Semestinya pujian harus diberikan kepada semua pemain kerana mereka begitu komited mengawal pergerakan pemain lawan selain mampu mencipta beberapa peluang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Pada aksi dramatik saingan separuh akhir kedua petang semalam, Kelantan tewas 2-4 namun tetap layak setelah menang 4-1 pada aksi pertama di Kota Bharu, Sabtu lalu.
Keputusan itu membuatkan Kelantan mara ke pentas final Piala FA buat kali keempat dalam tempoh lima tahun.
Mengulas lanjut, Azman berkata, beliau gembira melihat semangat juang pemain Kelantan yang menunjukkan mutu permainan luar biasa pada perlawanan tersebut.
Tambah Azman, dengan adanya semangat dan disiplin yang tinggi ditunjukkan oleh kesemua pemain, usaha mereka telah membuahkan hasil yang cemerlang dan akhirnya mereka berjaya mara ke pentas final sekali gus semakin menghampiri untuk mempertahankan gelaran juara musim lalu.
“Saya sangat terkejut melihat perubahan karakter pemain, meskipun pada mulanya mereka gagal beraksi dengan baik sehingga membolehkan pasukan lawan berjaya menghasilkan dua lagi gol pada babak kedua, namun Kelantan berjaya bangkit.
“Mereka langsung tidak mengalah dan persembahan pemain di babak akhir sangat luar biasa, inilah bola sepak,” ujar Azman.
Dalam pada itu ketika ditanya kesukaran Kelantan untuk menghasilkan gol sekiranya ketiadaan Dickson dalam pasukan itu, Azman bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebaliknya beliau menjelaskan apa yang penting mereka telah berjaya berada di pentas akhir Piala FA.
“Mengenai taktikal yang dilakukan Bojan saya enggan komen, dia sebagai jurulatih lebih mengetahui mana yang baik, apa yang penting sekarang fokus dan persiapan untuk perlawanan akhir.
“Apa strategi dan taktikal yang akan dilakukan nanti semuanya terpulang kepada jurulatih kerana dia yang akan uruskan,” kata Azman yang optimis Kelantan mampu mempertahankan gelaran musim lalu.
#Kelate.net
Obina Wira : Hodak
PEMAIN Kelantan diingatkan supaya mencontohi semangat tonggak pertahanan, Obinna Nwaneri yang tidak berputusa asa malah membidas pemainnya yang mempamerkan aksi lemah ketika perlawanan timbal balik separuh akhir Piala FA menentang Terengganu di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam.
Perkara itu diakui oleh jurulatih Kelantan, Bojan Hodak yang menyifatkan Nwaneri sebagai penyelamat ketika The Red Warriors hampir tersingkir daripada melangkah ke final Piala FA selepas pasukan kendalian E. Elavarasan berjaya bangkit di laman sendiri.
Jurulatih berusia 42 tahun kelahiran Croatia itu menyuarakan kekecewaan dengan tahap persembahan anak buahnya dalam perlawanan itu walaupun TRW berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir dengan agregat 6-5 mengatasi Terengganu.
“Bagi saya, Obinna harus diangkat sebagai wira kerana dalam perlawanan ini, dia bukan sahaja menjadi benteng penting kepada Kelantan malah turut membantu jentera serangan pada minit akhir permainan. Dia juga telah menyelamatkan kami daripada tersingkir.
“Ia mungkin kerana mereka terlalu yakin dengan kemenangan 4-1 di Kota Baru, pada separuh akhir pertama Sabtu lalu. Apa yang boleh saya katakan, pemain Terengganu bermain lebih baik berbanding pemain saya dalam perlawanan ini,” katanya.
Jaringan Nwaneri dihujung permainan berjaya membawa perlawanan ke masa tambahan sebelum penyerang berbisa, Dickson Nwakaeme memastikan Kelantan layak ke final bagi mempertahankan kejuaraan.
Bagaimanapun pasukan lawan yang akan berdepan ‘Pahlawan Merah’ itu di final belum diketahui selepas satu lagi perlawanan separuh akhir antara Johor Darul Takzim dan Pahang terpaksa ditunda oleh FAM gara-gara kekecohan penyokong yang berlaku di Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam.
#Kelate.net
Ultras Pantai Timur
#3 ultras akn bergabung dlm 1 stadium,,akn berlaku ultras yg bsr di stadium sbtu ini..ultras terengganu,ultras kelantan,ultras pahang akn bergabung..yeahhh..
#kelab penyokong pahang f.c
#kelab penyokong pahang f.c
Wednesday, 29 May 2013
Penemuan dragon ball
Percayakah anda, seorang penyokong JDT telah menjumpai DragonBall? sebenarnya bukan ade 7 biji dragon ball, tetapi ada banyak lagi! penemuan tergempar di stadium darulmakmur.
#Sukan Star ( Laman Berita Sukan Yang Di Ulas Dengan Kaki )
#Sukan Star ( Laman Berita Sukan Yang Di Ulas Dengan Kaki )
Ke pentas akhir
KUALA TERENGGANU – Kelantan meneruskan misi mempertahankan kejuaraan Piala FA selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Terengganu secara agregat 6-5 dalam aksi separuh akhir kedua di sini, semalam.
Selepas ketinggalan 0-4, Kelantan bangkit mengikat kedudukan agregat 5-5 apabila pemain import Obinna Nwaneri menanduk bola ke gawang pada masa kecederaan sekali gus menghidupkan saingan penyandang juara itu dan memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.
Tuan rumah turut menerima padah apabila dua pemainnya, Effa Owana dan Abdul Manaf Mamat dilayangkan kad merah sekali gus memberi kelebihan buat pelawat menggandakan asakan.
Terengganu yang terpaksa bermain tanpa tiga tonggak utama, Owana dan Abdul Manaf serta pemain tengah, Ashari Samsudin yang kemudiannya dikeluarkan akibat kecederaan mula hilang punca.
Kepincangan itu membolehkan Kelantan meneruskan asakan sebelum melengkapkan kemenangan apabila bola hantaran Indra Putra ke gawang gol lawan berjaya disudahkan penyerang import, Dikson Nwakaeme pada minit ke-120.
Pun begitu, skuad Bojak Hodak terpaksa berdepan asakan bertubi-tubi anak-anak buah E. Elavarasan sepanjang 90 minit permainan.
Terengganu yang bangkit beraksi garang selepas tewas 1-4 di Stadium Sultan Muhammad IV pada perlawanan separuh pertama 25 Mei lalu, berjaya memperoleh gol seawal minit keempat hasil penyerang import, Vincent Bikana.
Kelantan yang seolah-olah hilang rentak pada awal permainan terus diberi tekanan apabila Terengganu menambah satu lagi gol pada minit ke-26 menerusi G. Puaneswaran hasil hantaran lintang Abdul Manaf Mamat tepat ke gawang gol lawan.
Tersentak dua gol Terengganu, Kelantan cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan, namun kekentalan benteng pertahanan yang dikawal rapi kapten pasukan, Hasmizan Kamaroddin berjaya mengekang kemaraan jentera serangan skuad Kijang sehingga tamat babak pertama.
Babak kedua pula menyaksikan Terengganu terus menjarakkan mata jaringan apabila lorongan G. Puaneswaran disempurnakan Effa Owana pada minit ke-70 yang kemudian disusuli jaringan keempat pada minit ke-92 oleh Abdul Manaf Mamat.
Terengganu yang seolah-olah sudah menempah tiket perlawanan akhir, dikejutkan dengan tindakan pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri melayangkan kad merah kepada Owana kerana didakwa mengasari salah seorang pemain pelawat sehingga mencetuskan rasa berang pemain itu.
Dalam keadaan kelam-kabut itu, pasukan Terengganu yang terpaksa bermain dengan 10 orang, berjaya dimanfaatkan Kelantan apabila memperoleh gol pertama daripada Nwaneri pada masa kecederaan.
Jaringan itu memaksa permainan diheret ke masa tambahan selepas kedudukan agregat terikat 5-5, dan tidak lama selepas itu berlaku kekecohan apabila Abdul Manaf pula dilayangkan kad merah oleh Suhaizi kerana menendang belakang pemain Kelantan, Mohd. Farisham.
Insiden kekecohan berlarutan sehingga ke luar padang apabila penyokong Terengganu mula memaki hamun pengadil sehingga memaksa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengiringi pengadil terbabit ke bilik rehat.
Pengendali pasukan Terengganu, Elavarasan ketika diaju tentang kad merah kepada dua pemainnya, enggan mengulas dan meminta pihak media merumuskan insiden itu.
Beliau bagaimanapun tetap memuji usaha anak-anak buahnya yang mampu meraih empat gol dalam aksi semalam.
#Kelate.net
Highlight Match Kelantan VS Terengganu FA 13
Klik Link kt bwh .. hehe
https://www.youtube.com/watch?v=8xiBVLDPZT0&feature=player_embedded
# soketnet.com
https://www.youtube.com/watch?v=8xiBVLDPZT0&feature=player_embedded
# soketnet.com
Artikel ini untuk kelantan beberapa tahun dahulu ... mungkinkan ia juga terjadi kepada Pahang ?? atau JDT yg harus dipersalahkan ??
#The Red Warriors Global
Tuesday, 28 May 2013
Pnyokong JDT dibaling Batu
Percayakah anda hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri Pahang?
Dari manakah datangnya batu-batu itu?
Kucing Lepas Gian
Untuk lebih DETAIL ... TGk video kt link bwh
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=M9C0FUQuQsQ
Live streaming
KELANTAN VS TERENGGANU
http://layanon9.blogspot.com/p/arena.html
http://www.firstrow1.eu/watch/ 188876/1/ watch-terengganu-vs-kelantan-fa .html
http://mbfsports.com/lshunter/ ch1.html
PAHANG VS JOHOR DARUL TAKZIM
http://www.firstrow1.eu/watch/ 188877/1/ watch-pahang-fa-vs-johor-fc.htm l
http://mbfsports.com/lshunter/ ch1.html
http://layanon9.blogspot.com/p/arena.html
http://www.firstrow1.eu/watch/
http://mbfsports.com/lshunter/
PAHANG VS JOHOR DARUL TAKZIM
http://www.firstrow1.eu/watch/
http://mbfsports.com/lshunter/
KOTA BHARU – Pengendali pasukan Kelantan Bojan Hodak mahu mendapatkan jaringan awal pada pertemuan separuh akhir kedua Piala FA bertemu Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu hari ini.
Hodak berkata, jaringan awal amat penting buat pasukannya bagi memberikan tekanan ke atas lawan meskipun membawa bekalan selesa hasil kemenangan 4-1 pada aksi pertama lalu,
Sehubungan itu, beliau akan mempertaruhkan barisan terbaik pada perlawanan tersebut bagi memastikan kemenangan milik Kelantan.
“Saya tidak fikir kita perlu simpan pemain. Kita akan tetap turunkan barisan terkuat dan mengambil serius perlawanan ini bermula minit pertama sehinggalah wisel penamat.
“Saya enggan mendabik dada dengan kemenangan 4-1 tempoh hari kerana saya masih menganggap keputusan masih 0-0 untuk perlawanan kedua. Mahu atau tidak kita perlu bekerja lebih keras sepanjang perlawanan tersebut,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, semalam.
Beliau berkeyakinan Terengganu pasti akan beraksi bermati-matian pada perlawanan tersebut bagi memastikan mereka mampu melakar kejutan untuk mara ke pusingan seterusnya.
Hodak memberitahu, beliau hampir pasti kehilangan tonggak pertahanan Azizi Mat Rose yang terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan di bahagian paha pada aksi separuh akhir pertama Sabtu lalu.
“Azizi mungkin perlu berehat sekurang-kurangnya dua minggu untuk pulih dan boleh kembali beraksi semula bagaimanapun saya masih ada Mohd Farisham Ismail dan Mohd Daudsu Jamaluddin yang boleh mengisi kekosongan Azizi,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Hodak menghamburkan pujian kepada barisan penyokong The Red Warriors yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada barisan pemain meskipun ketinggalan 0-1 pada perlawanan tempoh hari.
#kelate.net
Allah is one
Sememangnya dio bukan oghe Islam.. Tapi setiap agama sebenarnya mempercayai Allah itu ada.
Semua agama tidak salah menyebut kalimah Allah asalkan bukan niat untuk menyindir, sebab mereka pun guna kitab injil. Cuma perlembagaan negara kita sahaja yang menghalang orang yang beragama lain menggunakan kalimah Allah supaya kita semua tidak keliru.
Ambo buke nak berpolitik deh.. Jangan saloh pehe..
#The Red Warriors Global
Semua agama tidak salah menyebut kalimah Allah asalkan bukan niat untuk menyindir, sebab mereka pun guna kitab injil. Cuma perlembagaan negara kita sahaja yang menghalang orang yang beragama lain menggunakan kalimah Allah supaya kita semua tidak keliru.
Ambo buke nak berpolitik deh.. Jangan saloh pehe..
#The Red Warriors Global
Monday, 27 May 2013
Barcalona
#Semasa Johor Darul Takzim
Dikhabarkan bahawa TMJ sedang berusaha sedia upaya untuk memujuk pasukan Fc Barcelona bagi mengadakan Perlawanan Persahabatan di Stadium Larkin. Ini kerana TMJ ingin memberikan tanda penghargaan kepada penyokong-penyo kong JDT yang sentiasa memberi komitmen memenuhkan Stadium Larkin pada musim ini.
Cc:Berita BOLA Semasa (Football News Update)
Dikhabarkan bahawa TMJ sedang berusaha sedia upaya untuk memujuk pasukan Fc Barcelona bagi mengadakan Perlawanan Persahabatan di Stadium Larkin. Ini kerana TMJ ingin memberikan tanda penghargaan kepada penyokong-penyo kong JDT yang sentiasa memberi komitmen memenuhkan Stadium Larkin pada musim ini.
Cc:Berita BOLA Semasa (Football News Update)
Tahu Lamoe Doh Niee ...
Percayakah anda Singapore FA keluar statement kecewa dengan FAM yang batalkan friendly timbal balik dengan pasukan kebangsaan Singapore?
Lepas tu FAM buat trip kat Australia, latihan pusat kat sana, lawan kelab entah kelab bola ke kelab surfing.
Padahal Kelayakan Piala Asia lawan kelab Arab, pergi Arab la woi, pergi Australia buat ape.
FAM LOGIC
#Sukan Star ( Laman Berita Sukan Yang Di Ulas Dengan Kaki )
Nwakaeme jadi INSPIRASI
Kota Bharu: Sentuhan berbisa penyerang import Kelantan, Dickson Nwakaeme dilabel kunci kejayaan pasukan namun Bojan Hodak tetap menyifatkan ia berpunca daripada semangat sepasukan diperagakan setiap pemain lain.
Pengendali berasal dari Croatia itu akur seluruh pasukan bergelar The Red Warriors itu menunjukkan semangat berselera ketika membelasah pasukan tetangga, Terengganu 4-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA, di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam kelmarin.
“Saya bangga dengan persembahan Nwakaeme dan dia juga menjadi antara punca kemenangan besar TRW malam kelmarin. Kemasukannya sering mengubah corak permainan Kelantan di barisan depan sehingga mengucar kacirkan pertahanan lawan.
“Namun, kemenangan ini bukan hanya boleh diberikan kredit kepada Dickson saja, malah semua pemain sudah memberikan aksi terbaik dan kami berhak menang. Pemain menunjukkan semangat juang tinggi dan ia terbalas apabila mendapat empat gol dalam masa 15 minit terakhir,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan, malam kelmarin.
Semangat Annuar
Bagaimanapun, Hodak menegaskan pasukannya tidak boleh merasa terlalu selesa dengan bekalan jaringan yang besar itu, sebaliknya tetap menagihkan anak buahnya memberi persembahan terbaik pada aksi separuh akhir kedua, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, esok.
“TRW tidak boleh selesa kerana akan bertandang ke tempat lawan nanti, namun saya tetap yakin kami mampu mencipta kemenangan ke final sekali lagi,” katanya.
Sementara itu, suntikan semangat Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di kediamannya di Bukit Marak, di sini jelas menjadi intipati kejayaan pasukan.
“Saya memberitahu pemain perlawanan Piala FA ini adalah soal maruah dan Kelantan perlu ke perlawanan akhir. KAFA juga akan memberi habuan besar kepada pemain jika layak ke final nanti,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan Kelantan menentang Terengganu, di sini, malam kelmarin.
#Kelantan.net
Statement Hodak
KOTA BHARU – Bojan Hodak menjawab kritikan pedas yang diterimanya ketika kalah 0-2 kepada Johor Darul Takzim dalam aksi Liga Super Rabu lalu dengan berkata, ‘percaturan bodoh’ dalam perlawanan tempoh hari membawa hasil apabila Kelantan menang 4-1 ke atas Terengganu dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di sini, kelmarin.
Ketua jurulatih Kelantan itu berkata, dia gembira dengan keputusan tersebut kerana telah membuktikan ‘percaturan bodohnya’ sebelum ini akhirnya memberikan kejayaan yang besar kepada mereka.
“Anda boleh lihat bagaimana barisan pemain Kelantan yang diturunkan pada perlawanan ini mempunyai tahap kecergasan yang baik.
“Mereka mampu mempamerkan aksi cemerlang sehingga wisel penamat.
“Saya gembira dengan persembahan yang ditunjukkan barisan pemain dan tidak mudah berputus asa biarpun dikejutkan dengan jaringan awal lawan,” katanya.
Dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan dikejutkan dengan jaringan Mohd. Asahari Shamsudin pada minit kedua.
Tuan rumah terpaksa menunggu sehingga minit ke-79 untuk jaringan penyamaan menerusi Dickson Nwakaemi.
Asakan Kelantan tidak mampu dibendung pertahanan Terengganu apabila menambah tiga gol menerusi Indra Putra Mahyuddin (m-83), penalti Obinna Nwaneri (m-92) dan Zairo Annuar Zailani (m-93).
Hodak mengakui, kemasukan Nwakeami berjaya mengubah rentak perlawanan sehingga pasukanya mampu menjaringkan empat gol dalam tempoh sepuluh minit terakhir.
Hodak turut memuji penjaga gawang pelawat Mohd. Shamirza Yusoff yang kerap mengagalkan usaha Kelantan untuk mendapat jaringan.
#Kelantan.net
Video Kelantan Vs Trengganu FA 13
http://kelate.net/video-suku-akhir-1-piala-fa-2013-kelantan-vs-terengganu/
Samo Samolah Kitoe Nyanyi lagu tuee ..
Samo Samolah Kitoe Nyanyi lagu tuee ..
Subscribe to:
Posts (Atom)