Stadium Sultan Muhammed IV ( SSMIV )

Stadium Sultan Mohammad IV
Stadium Sultan Mohammed IV adalah salah sebuah stadium di Kelantan. Stadium ini boleh menampung seramai 30,000 orang penonton dan terletak di Jalan Doktor, Kota Bharu.

Stadium Sultan Mohammed Ke IV telah dibina pada tahun 1967 bertujuan untuk menyediakan tempat untuk menjalankan aktiviti sukan Negeri Kelantan, terutamanya bola sepak. Ia dibina di atas tapak padang bola milik Persatuan Bolasepak Kelantan dan terletak di pusat Bandar Kota Bharu, berdekatan dengan pejabat-pejabat kerajaan negeri.

Pada ketika itu, ia merupakan stadium terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.  Ia juga mempunyai padang bola yang memenuhi piawaian keluasan padang yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara; 119 meter panjang x 100 meter lebar.

Stadium ini sentiasa penuh dengan penyokong- penyokong fanatik Kelantan FA. Oleh itu, ia telah digelar sebagai Stadium Pahlawan Merah oleh penyokong-penyokong fanatik Kelantan FA.

Skuad Malaysia juga pernah beraksi di stadium ini ketika menentang Myanmar pada tahun 2012. Selain itu, stadium ini juga pernah menjadi tuan rumah bagi Piala AFC untuk perlawanan Kelantan menentang Arema FC dari Indonesia pada tahun 2012.

#theredwarriorsfc.com
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets