Wednesday, 31 July 2013

Peringatan Annuar Kepada Skuad Kelantan

Annuar Musa
KOTA BHARU – “Jangan pandang rendah kemampuan pasukan lain.
Demikian ingatkan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa kepada barisan pemain The Red Warriors menjelang saingan Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 20 Ogos ini.
Annuar mengakui, skuad The Red Warriors bakal berdepan laluan getir selepas diundi bersama-sama dua lagi gergasi pantai timur, Pahang dan Terengganu serta bekas juara Piala Malaysia 2011 Negeri Sembilan dalam Kumpulan C.
Beliau berkata, kesemua pasukan tersebut mampu memberikan saingan dan The Red Warriors tidak boleh mengambil mudah cabaran dari ketiga-tiga pesaing berkenaan.
Menurutnya, kebiasaan pasukan yang bertemu dengan Kelantan pasti akan beraksi bermati-matian bagi memastikan mereka mencatatkan kemenangan ke atas The Red Warriors pada perlawanan tersebut.
“Mahu tidak mahu, Kelantan perlu tampil dengan lebih bersedia untuk menghadapi saingan kali ini, memandangkan lawan yang bakal ditentang bukanlah calang-calang pasukan dan kesemuanya sudah masak dengan saingan ini.
“Sehubungan dengan itu, saya harap barisan pemain dapat memberikan aksi terbaik, bagi memastikan peluang kita untuk muncul sebagai juara kumpulan tercapai,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Tambah Annuar, ini penting bagi membolehkan Kelantan mengesahkan laluan ke peringkat seterusnya dalam usaha mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun lalu.
Dalam saingan musim ini, Kelantan gagal mempertahankan kejuaraan Liga Super, namun kekecewaan The Red Warriors terubat selepas status sebagai juara Piala FA berjaya dipertahankan.
Annuar memberitahu, saingan Piala Malaysia berbeza dengan Liga Super mahupun Piala FA.
Katanya, kebiasaannya pasukan yang kurang cemerlang dalam saingan sebelum ini akan menggunakan peluang untuk membuktikan sesuatu selepas gagal melakukannya sebelum ini.
“Pahang dan Terengganu merupakan semi finalis dalam saingan Piala FA musim ini, begitu juga dengan Negeri Sembilan bekas juara Piala Malaysia 2009.
“Ketiga-tiga pasukan ini mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing dan mereka pasti akan tampil dengan aksi terbaik bagi membuktikan reputasi sebagai salah satu pencabar terkuat kepada Kelantan,” ujarnya.
Sebagai persiapan menjelang saingan Piala Malaysia, Kelantan akan mengadakan perlawanan persahabatan bertemu Selangor dan T-Team masing-masing pada Khamis dan Isnin ini.

#kelate.net

Tuesday, 30 July 2013

Kelantan Want Four Foreigners

Azman Ibrahim
KELANTAN are hoping the FA of Malaysia (FAM) will allow them to register four foreigners for the M-League next season.
FA Cup winners Kelantan believe the move will help them launch a serious assault on the AFC Cup.
Each team will be allowed to sign three foreigners next season but one must be Asian.
However Kelantan and Selangor,  who have both qualified for the AFC Cup, are allowed four imports but only three can play in the Super League.
The same rule was applied to them this season but only two were allowed in the league.
Despite the domestic league’s hectic schedule, Kelantan and Selangor made the AFC Cup last-16 stage this season before bowing out to lower ranked teams from Hong Kong and Maldives.
Kelantan manager Azman Ibrahim said the regulation halts progress of Malaysian teams in the AFC Cup.
“We need all our imports to play in the league as it will help them maintain fitness ahead of our AFC Cup campaign,” said Azman recently.
“We had a difficult outing in the recent AFC Cup, as two signings did not get enough matches while the other two played in the domestic league.
“I believe we could have done better and if FAM wants its teams to make an impact on Asian-level competitions, it should be flexible with its rules.”
Kelantan made an unofficial request to the national body before the start of the ongoing season but it was shot down.
The reigning Malaysia Cup champions will officially hand in a written request to FAM soon.
“We hope FAM will grant our request as we are proposing a rotation policy for teams with four foreigners. We will rotate our fourth signing with the others in league matches,” Azman added.
However, FAM is unlikely to grant Kelantan’s request as the move to increase the number of foreigners from two to three was endorsed by its executive committee recently.
FAM’s competitions committee chairman Datuk Affandi Hamzah said: “This decision was discussed at length when the committee was under Datuk Hamidin Mohd Amin. Anyway, we will look at the request if it comes.”
No Malaysian team have gone beyond the quarter-finals since the inception of the AFC Cup in 2004.
Only four teams — Perak (2004, 2008), Selangor (2006), Kedah (2008) and Kelantan (2010) — have featured in the quarter-finals. By Ajitpal Singh
#no Traslation
#kelate.net

Aksi Selangor , TRW Dijangka ' Pukau " Penonton di Shah Alam

Kuala Lumpur: Pertembungan naib juara Liga Super, Selangor dan juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, Khamis ini dijangka mampu menarik minat sekitar 1,000 penyokong kedua-dua pasukan meskipun ia berlangsung di bulan Ramadan.
Dalam dua pertemuan Liga Super musim ini, Selangor berjaya menewaskan skuad The Red Warriors (TRW) 2-0 di Shah Alam menerusi jaringan Francis Forkey Doe dan Ramez Dayoub sebelum kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Kota Bharu.
Tiket RM7
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang baru, Rosman Mohd Ibrahim berkata, pihaknya terpaksa mengenakan bayaran tiket RM7 untuk penonton dewasa kerana perlu menampung kos anggota keselamatan.
“Kami jangka perlawanan ini mungkin akan dihadiri sehingga 1,000 penonton dari kedua-dua pasukan, jadi kami perlu memanggil anggota keselamatan dari polis dan Rela untuk memastikan keadaan di tempat duduk penonton terkawal. Ia membabitkan kos dan sebab itulah bayaran tiket RM7 dikenakan,” kata Rosman ketika dihubungi, semalam.
Rosman berkata, kaunter tiket akan dibuka mulai jam 5.30 petang pada hari perlawanan sehingga sepak mula pada jam 9.45 malam.
Kedua-dua pasukan dalam persiapan menghadapi Piala Malaysia bermula 20 Ogos ini dengan Selangor diundi dalam Kumpulan A bersama Tentera, Sime Darby dan Johor manakala Kelantan dalam Kumpulan C bersama Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan.

#kelate.net

Monday, 29 July 2013

Pelajar Diburu

PELAJAR DIBURU KERANA BALING MERCUN MENYEBABKAN DUA BERADIK CEDERA DI BESUT

Kuala Terengganu, 28 Julai - Polis kini memburu dua pelajar tingkatan lima di Besut kerana disyaki membaling mercun kepada dua kanak-kanak di kampung Gong Manok, Besut Rabu lepas.

Kejadian pada pukul 9.20 malam itu menyebabkan dua beradik berusia tiga dan tujuh tahun itu cedera di bahagian mata, paha dan kaki kanan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP K. Manohanaran berkata dua pelajar yang menaiki motosikal membaling mercun itu ketika dua beradik berkenaan bersama dua lagi abang mereka bermain basikal di halaman rumah mereka.

"Pembonceng motosikal terbabit menyalakan mercun bola dan membalingnya ke arah empat beradik itu dan mercun itu jatuh berhampiran kedua kanak-kanak itu."

"Kami sudah mengenal pasti kedua-dua suspek yang berusia 17 tahun itu dan mereka dipercayai tinggal sekampung dengan mangsa. Gerakan memburu sedang giat dijalankan," katanya.

Manoharan berkata kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun cedera parah di bahagian mata kanan dan paha manakala kakaknya yang berusia tujuh tahun cedera di kaki kanan.

Kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan keadaan mereka dilapor stabil. - BERNAMA


Malaysia Football Team

Pertembungan Epik



Jika pada saingan Piala FA, pertembungan epik di antara Kelantan dan Terengganu berlangsung dengan penuh debaran dan kali ini pada saingan Piala Malaysia, Sekali lagi, Gergasi Pantai Timur Pahang, Terengganu dan Kelantan berada dikumpulan yang sama iaitu Kumpulan C untuk saingan piala malaysia 2013 yang di taja sepenuhnya oleh Watsons.

Saingan ini memberi impak besar kepada pasukan dari pantai timur kerana bakal menghadapi pasukan Negeri Sembilan yang kini popular dengan penyerang Nazri Nawi yang berjaya menjaringkan Hatrik pada saingan play-off Piala Malaysia. 

Pertembungan ini juga menyaksikan berlaku "keretakan" hubungan bersaudara di antara ketiga-tiga pasukan ini yang selama ini disatukan dibawah payung "THIS IS PANTAI TIMUR", dan kali ini ketiga-tiga pasukan ini bakal berentap satu sama lain. Dan peminat seluruh Malaysia juga yakin, bahawa kumpulan C ini bakal memberi saingan yang hebat dan bakal diberi tumpuan oleh semua peminat.

Namun, kenyataan pengurus pasukan TRW iaitu En Azman di akhbar Sinar Harian, yakin bahawa pasukan TRW dapat mempertahankan Piala Malaysia 2013 seperti mana tahun lepas. Selain itu, Bojan Hodak juga sudah melakukan persiapan awal dalam menghadapi saingan Piala Malaysia 2013 dan juga ini adalah membalas kepercayaan kepada pihak pengurusan kerana memberi kepercayaan pada Beliau setelah pasukan TRW menduduki kedudukan ke empat di saingan liga super 2013.

Apakah keputusan akan berlaku dalam pertembungan GERGASI Pantai Timur ini? Sama-Sama kita Saksikan!

This is PANTAI TIMUR!

#TRWmedia

Ujian Getir Pasukan Pantai Timur

Juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan dijangka berdepan tugas getir untuk mengekalkan piala itu bagi tahun kedua berturut-turut apabila diundi dalam kumpulan maut bersama tiga bekas juara.
Pada majlis undian yang diadakan di Pusat Konvensyen TM, di sini hari ini, juara Piala FA 2013 itu diundi dalam kumpulan C bersama dua jiran mereka iaitu Pahang dan Terengganu selain juara tiga kali, Negeri Sembilan.
Juara Liga Super, Lions XII FC sebaliknya berpeluang cerah untuk menempah slot ke suku akhir berdasarkan faktor kelebihan beraksi di atas padang rumput tiruan di Singapura walaupun diletakkan dalam Kumpulan D bersama juara Liga Perdana, Sarawak serta Perak dan Kedah.
Dalam saingan kumpulan A, juara 32 kali, Selangor, yang merupakan naib juara Liga Super musim ini, diundi bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sime Darby FC dan Johor FA.
Pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim (Johor DT) yang meraih tangga ketiga dalam saingan Liga Super musim ini, bakal mengetuai cabaran dalam kumpulan B bersama tiga pasukan berstatus kelab iaitu Selangor PKNS FC, T-Team dan Felda United FC.
Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia hanya dijadualkan bermula pada 20 Ogos ini untuk memberi laluan kepada pasukan Kelantan dan ATM yang terlibat dalam Kejohanan Bola Sepak Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) – Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 12 dan 13 Ogos.
FAM masih mengekalkan format lama dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan itu layak secara automatik ke peringkat suku akhir manakala perlawanan akhir dijangka berlangsung pada 3 Nov ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil. – Bernama

#kelate.net

TRW Bimbang Bangkitnya Pasukan Lemah

FAKTOR kebangkitan luar biasa pasukan yang kurang menyerlah pada pertengahan musim nyata dibimbangi Kelantan selaku penyandang juara Piala Malaysia, apabila memulakan saingan kempen edisi ke-87 itu, pada 20 Ogos depan.
Pengurus The Red Warriors, Azman Ibrahim berkata, ia ancaman yang semakin menjadi-jadi setiap kali pertandingan itu berlangsung sekali gus menggambarkan betapa saingan piala paling berprestij itu sememangnya mempunyai keistimewaan tersendiri.
Menurutnya, Negeri Sembilan membuktikan pada 2010 dan 2011 apabila gagal menyerlah dalam saingan Liga Super, namun mencipta kejutan layak ke perlawanan akhir disusuli Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengulangi perkara sama pada musim lalu setelah menjuarai Liga Premier.
“Saya perhatikan setiap tahun, ada sahaja pasukan yang tiba-tiba menonjol. Bagi saya, tidak ada istilah pasukan pilihan dalam pertandingan ini meski pun Kelantan turun selaku juara bertahan musim lalu.
“Macam Sarawak dan Sime Darby FC, mereka dari Liga Premier, tetapi merupakan pasukan Liga Super musim depan. Jadi keupayaan mereka setanding pasukan lain. Begitu juga Kedah, yang mampu menggugat Johor Darul Takzim (Johor DT) dalam Piala FA,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pasukannya berdepan misi sukar mempertahankan kejuaraan dan perlu bekerja keras kerana kempen Piala Malaysia merupakan satu pertandingan yang cukup berbeza berbanding saingan Liga Super atau Piala FA.

#kelate.net

Sunday, 28 July 2013

Kelantan Diundi Dalam Kumpulan Maut

JUARA bertahan Piala Malaysia, Kelantan dijangka berdepan tugas getir untuk mengekalkan piala itu bagi tahun kedua berturut-turut apabila diundi dalam kumpulan maut bersama tiga bekas juara.
Pada majlis undian yang diadakan di Pusat Konvensyen TM, di sini hari ini, juara Piala FA 2013 itu diundi dalam kumpulan C bersama dua jiran mereka iaitu Pahang dan Terengganu selain juara tiga kali, Negeri Sembilan.
Juara Liga Super, Lions XII FC sebaliknya berpeluang cerah untuk menempah slot ke suku akhir berdasarkan faktor kelebihan beraksi di atas padang rumput tiruan di Singapura walaupun diletakkan dalam Kumpulan D bersama juara Liga Perdana, Sarawak serta Perak dan Kedah.
Dalam saingan kumpulan A, juara 32 kali, Selangor, yang merupakan naib juara Liga Super musim ini, diundi bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sime Darby FC dan Johor FA.
Pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim (Johor DT) yang meraih tangga ketiga dalam saingan Liga Super musim ini, bakal mengetuai cabaran dalam kumpulan B bersama tiga pasukan berstatus kelab iaitu Selangor PKNS FC, T-Team dan Felda United FC.
Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia hanya dijadualkan bermula pada 20 Ogos ini untuk memberi laluan kepada pasukan Kelantan dan ATM yang terlibat dalam Kejohanan Bola Sepak Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia    (FAM) – Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 12 dan 13 Ogos.
FAM masih mengekalkan format lama dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan itu layak secara automatik ke peringkat suku akhir manakala perlawanan akhir dijangka berlangsung pada 3 Nov ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil. – Bernama
Berikut undian Piala Malaysia 2013:
KUMPULAN A:
Selangor
Angkatan Tentera Malaysia
Sime Darby
Johor
KUMPULAN B:
Johor Darul Takzim
PKNS FC
T-Team
Felda United
KUMPULAN C:
Kelantan
Pahang
Terengganu
Negeri Sembilan
KUMPULAN D:
Lions XII
Perak
Sarawak
Kedah

#Kelate.net

Saturday, 27 July 2013

Keputusan Undian

Keputusan Undian Watsons Piala Malaysia 2013:

Kumpulan A
1)Selangor fa
2)ATM 
3)Sime Darby fc
4)Johor fa

Kumpulan B
1)Darul Takzim fc
2)PKNS fc
3)T-team fc
4)Felda Utd fc

Kumpulan C
1)Kelantan fa
2)Pahang fa
3)Terengganu fa
4)N.sembilan

Kumpulan D
1)Singapore
2)Perak fa
3)Sarawak
4)Kedah

# Mana team anda???

#Malaysia Football Team

Makin Tua Makin Menjadi



Indra Putra Mahayuddin
DIRINYA sudah mencecah usia 32 tahun namun kelincahannya berlari ke segenap penjuru padang membuatkan beliau dilihat cukup bertenaga malah mampu menyaingi kepantasan pemain muda.
Itulah perwatakan sebenar Indra Putra Mahayuddin, bekas pemain kebangsaan, Perak, Pahang, Selangor dan kini merupakan tonggak utama The Red Warriors yang membantu pasukan tersebut merangkul kejuaraan tiga piala pada musim lalu.
Ketika ramai rakan seangkatannya sudah menggantung but, Indra Putra pula masih memerah keringat dan beliau mahu buktikan faktor usia bukanlah penghalang untuk dirinya terus menghambakan diri dalam bidang bola sepak yang disertainya sejak 15 tahun lalu.
Pendek kata, semakin tua semakin menjadi sentuhannya. Tidak ada istilah ‘veteran’ bagi Indra Putra, kerana selagi mampu menyepak bola, selagi itulah beliau mahu bermain sekiranya khidmatnya diperlukan.
BERSARA
Kata penjaring terbanyak Kelantan bersama Mohd Norfarhan Muhammad ini dalam saingan Liga Super musim ini, beliau tidak terfikir mahu menamatkan karier lebih awal sebaliknya yakin mampu beraksi untuk sekurang-kurangnya tiga atau empat tahun lagi.
Malah pemain kelahiran Ipoh, Perak itu turut menanamkan impian mahu berkecimpung dalam bidang kejurulatihan dan sedang melakukan persiapan awal untuk mencapai cita-cita tersebut.
“Saya sentiasa berfikir ke arah itu. Cuma untuk mendapatkan lesen belum ada masa lagi, Insya- ALLAH pada tahun ini saya bercadang mendapatkannya (Lesen C) bagi menyambung kerjaya bola sepak,” katanya.
PIALA
Sebutlah apa sahaja piala yang dipertandingkan dalam landskap bola sepak negara, semuanya pernah didakap dan dijulang oleh Indra Putra atau dikenali ‘Ind’ dalam kalangan penyokong setia Kelantan itu.
“Saya sudah merasai semua trofi dan beraksi dalam suasana final yang berbeza. ALLAH SWT telah aturkan perjalanan hidup ini, setiap kali saya bermain dengan mana-mana pasukan, saya boleh beraksi dalam final,” katanya.
Menurut Indra Putra, beliau mengagumi sikap dan semangat penyokong Kelantan dan secara jujur akui faktor tersebut antara yang mendorong beliau mengambil keputusan kembali beraksi dengan pasukan tersebut setelah semusim bersama T-Team.

#kelate.net

KAFA Pancing 3 Anak Kelantan

Nazrin Nawi
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengesahkan tiga pemain kelahiran negeri ini yang beraksi dengan pasukan luar bakal memperkuatkan skuad The Red Warriors (TRW)  menjelang saingan Liga Malaysia musim depan.
Walaupun belum mengumumkan secara rasmi nama ketiga-tiga pemain itu, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata,  rundingan perpindahan ke TRW selesai.
Annuar berkata, pemain tersenarai menunjukkan minat untuk kembali berkhidmat kepada negeri kelahiran bagi meningkatkan lagi prestasi pasukan Kelantan.
Menurutnya, perpindahan ketiga-tiga pemain tersebut akan bermula musim depan selepas menamatkan kontrak dengan pasukan yang diwakilinya  Oktober ini.
“Mereka kini dalam proses menyelesaikan urusan bersama pasukan masing-masing dan kita menunggu kedatangan mereka menyertai TRW dan beraksi menjelang saingan Piala Malaysia musim depan,” katanya pada majlis
berbuka puasa TRW bersama 800 anggota tentera 8 Briged dekat Kem Desa Pahlawan.
Dipercayai pemain sayap  pasukan Negeri Sembilan dan pemain kebangsaan, Mohd Nazrin Mohd Nawi yang sebelum ini  dikhabarkan menjadi rebutan beberapa pasukan utama negara sehingga ditawarkan gaji RM40,000 antara nama dikaitkan dengan perpindahan tersebut.
Sebelum ini, Nazrin yang berasal dari Tumpat mengesahkan pasukan Kelantan dan Johor DT  antara pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya, namun menegaskan beliau akan memilih pasukan memberinya peluang untuk beraksi berbanding tawaran lumayan.

#kelate.net

Friday, 26 July 2013

FAM kena cari ganti tempat Uzbekistan , India

Petaling Jaya: Harimau Malaya terpaksa mencari dua pasukan baru sebagai ganti untuk dua aksi persahabatan antarabangsa yang dibatalkan, iaitu bertemu Uzbekistan pada 6 September dan India, 10 September ini. 

Pengurus skuad Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal, berkata pada awalnya dua perlawanan itu sudah disahkan kedua-dua pihak, tetapi terpaksa dibatalkan kerana Uzekistan perlu menghadapi perlawanan play-off Piala Dunia bertemu Jordan pada tarikh berkenaan. 

Beliau berkata, India pula terbabit dengan Piala SAFF yang ditunda dari Ogos ini kepada September. 


“Kita sedang mencari dua pasukan lawan baru sebagai ganti untuk dua aksi persahabatan antarabangsa itu dan berharap tidak menghadapi masalah mendapatkannya,” katanya kelmarin. 

Mengenai kunjungan Harimau Malaya ke Jepun, Subahan berkata, beliau tidak mahu jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal dan barisan pemainnya berpuas hati dengan prestasi pasukan itu ketika tewas 4-1 kepada juara Liga Europa, Chelsea di Stadium Shah Alam, Ahad lalu. 

Banyak kesilapan 

Sebaliknya dia mahu mereka meningkatkan mutu permainan sepanjang tiga perlawanan persahabatan di Tokyo, Jepun bertemu dua kelab divisyen 1, Shimizu S-Pulse, esok dan Shonan Bellmare, Sabtu ini serta kelab divisyen 2, Tokyo Verdy, Rabu depan. 
“Biarpun Presiden FAM (Sultan Ahmad Shah) berpuas hati dengan permainan ketika bertemu Chelsea, saya sebagai pengurus tetap menegur jurulatih memperbaiki kelemahan dan jangan berpuas hati dengan pencapaian kita ketika ini. 

“Untuk bertemu Barcelona 10 Ogos ini, kita kena tunjukkan permainan dan keputusan lebih baik. Itu juga pesanan saya kepada pemain ketika bertemu Chelsea tempoh hari, walaupun bermain baik, kita banyak membuat kesilapan dan membenarkan jaringan yang tidak sepatutnya. 

Skuad kebangsaan berlepas ke Tokyo, malam tadi dengan disertai 26 pemain tanpa Zubir Azmi yang cedera dan mereka dijangka pulang ke tanah air, 1 Ogos ini.



Sumber: BHarian

#TRWmedia

Amaran FAM


Hamidin kata Rajagobal tiada hak batal perlawanan antarabangsa kelas A kerana ranking tetap penting

Petaling Jaya: Tiada lagi keistimewaan untuk jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal membatalkan sewenang-wenangnya perlawanan antarabangsa berstatus kelas A dan menukar kepada perlawanan ujian yang tidak menawarkan mata kepada ranking skuad negara, mulai tahun depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang berpendirian bahawa ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu penting sejak hari pertama mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Azzuddin Ahmad, 1 Julai lalu, berkata sekretariat FAM akan memastikan perkara itu tidak berulang.



Sumber : Berita Harian


#TRWmedia

Piya Harap TRW Bukan Dalam Kumpulan Maut

Piya (kanan) sekadar menjalani latihan ringan di bawah pemantauan fisioterapi pasukan, Zainuddin Zakariar.
KETUA pasukan The Red Warriors, Mohd Badhri Radzi berharap pasukannya tidak diundi sekali lagi dalam kumpulan maut pada kempen Piala Malaysia musim ini menjelang majlis pengundian di Menara TM, Kuala Lumpur, Sabtu ini.
Perit berdepan pasukan kuat seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Terengganu dan Kedah pada saingan musim lalu, Mohd Badhri atau sinonim panggilan Piya berkata, seboleh-bolehnya Kelantan perlu elak bertemu lawan itu pada aksi peringkat kumpulan.
“Tetapi, kami tidak boleh menolak ketentuan kerana semua pasukan perlu melalui proses pengundian. Kita tak tahu siapa lawan kita, harap-harap Kelantan tidak terjebak dalam situasi sama seperti musim lalu.
“Kalau diundi bersama ATM atau Terengganu sekali lagi, terpaksa kita terima. Malah, pasukan Liga Premier seperti Sarawak, Sime Darby FC, Johor dan Kedah juga cukup bagus dan keupayaan mereka tidak boleh dipandang rendah,” katanya.
Pemain paling berpengaruh dalam pasukan Kelantan itu akui pasukannya berdepan tugas sukar untuk mempertahankan kejuaraan memandangkan pasukan seperti Terengganu, Selangor dan Johor Darul Takzim (Johor DT) dilihat mampu memberi cabaran sengit pada kempen kali ini.
“Selangor pasti mencanangkan Misi 33 mereka, begitu juga Terengganu dan Johor DT memang cukup kuat. Jika Kelantan dapat masuk final lagi, kami harap dapat jumpa skuad kendalian Fandi Ahmad, rasanya tak puas bertemu mereka dalam perlawanan akhir Piala FA bulan lalu,” katanya.
Sementara itu, kapten berusia 31 tahun itu berkata, proses pemulihan kecederaan pangkal pahanya menampakkan perkembangan positif meski pun beliau belum mampu menendang bola ketika menjalani latihan bersama Kelantan sepanjang Ramadan ini.
“Mengikut laporan fisioterapi, tahap kecederaan saya telah pulih sebanyak 70 peratus. Saya sudah boleh berlari dan melakukan pecutan, tetapi hendak menyepak bola rasanya belum boleh setakat ini,” katanya.
Perancang tengah itu berkata, beliau tidak akan mengambil risiko beraksi pada dua aksi persahabatan pasukannya awal bulan depan kerana tidak mahu kecederaan berulang dan hanya bersedia diturunkan pada perlawanan
Kejuaraan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) / Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), menentang Tampines Rovers, 13 Ogos nanti.

#kelate.net

Nazrin Dalam Dilema

Nazrin (kanan) menjadi buruan Kelantan dan Johor DT.
BENARKAH pemain sayap Negeri Sembilan, Mohd Nazrin Nawi ditawarkan gaji RM40,000 sebulan?
Khabarnya, tawaran itu menyebabkan Nazrin terpaksa berfikir dua kali dan membatalkan Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan sebuah pasukan dari pantai timur.
Difahamkan, Nazrin hanya terima RM7,000 sebulan dan kontraknya dengan Negeri Sembilan akan tamat musim ini menyebabkan pemain itu terus dikejar pasukan elit.
Nazrin dikatakan mendapat tawaran gaji RM14,000 sebulan dari pasukan gergasi bola sepak tempatan dan ia dipersetujui bersama melalui MoU namun muncul pasukan kedua yang menawarkan kira-kira RM40,000 sebulan untuk mendapatkan khidmatnya.
Bagi tuan empunya diri, Nazrin menjelaskan faktor tawaran gaji lumayan bukanlah menjadi keutamaan, namun peluang beraksi adalah menjadi alasan untuknya memilih pasukan baru.
“Apa guna jika diberikan gaji lumayan, namun kurang diberi peluang beraksi,” katanya.
Mengakui menerima tawaran dari Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) untuk musim 2014, Nazrin bagaimana pun masih belum membuat keputusan.
“Saya akui menerima tawaran dari Kelantan dan JDT namun buat masa ini belum ada keputusan kerana saya perlu memikirkan aksi bersama Negeri Sembilan dalam saingan Piala Malaysia yang memulakan tirai 20 Ogos nanti.
“Kontrak saya dengan Negeri Sembilan akan tamat tahun ini atau sebaliknya, tapi tunggulah nanti kerana masih terlalu awal untuk saya membuat keputusan,” katanya pada Majlis Jamuan Berbuka Puasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersama Media di Petaling Jaya, Isnin lalu.
Selepas menyerlah dalam kem latihan pusat di Australia Jun lalu, pemain berusia 25 tahun ini terus mencuri perhatian dengan meledak hatrik membantu pasukannya menewaskan Sabah 4-0 dalam aksi playoff Piala Malaysia.
#kelate.net

Piya Kembali Berlatih

Mohd Badhri Mohd Radzi
Kota Bharu: Ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi mula berlatih namun hanya dibenarkan menjalani latihan ringan sebelum bermulanya saingan Piala Malaysia bulan depan.
Tinjauan Arena Sukan ketika sesi latihan The Red Warriors (TRW) di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) kelmarin mendapati Mohd Badhri, 31, atau lebih dikenali sebagai Piya menjalani latihan berasingan daripada rakan sepasukan selain dipantau rapi pegawai fisioterapi selepas mengalami kecederaan hamstring ketika menentang LionsXII dalam saingan Liga Super, 6 Julai lalu.
Akibat kecederaan itu, Badhri terlepas aksi persahabatan antarabangsa menentang kelab gergasi England, Chelsea meskipun pada awalnya berada dalam senarai pemain ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal.
Mohd Badri berkata, kecederaan dialaminya itu beransur pulih namun ketua jurulatih Bojan Hodak hanya membenarkannya menjalani latihan ringan hingga pulih sepenuhnya.
Katanya, dia bakal terlepas beberapa perlawanan persahabatan termasuk menentang Selangor pada 3 Ogos sebagai aksi pemanas badan sebelum kempen Piala Malaysia bermula.
“Alhamdulillah, saya sudah pulih 70 peratus dan mula dapat berlari namun jurulatih hanya membenarkan saya menjalani latihan ringan berasingan. Ini bagi memastikan kecederaan saya pulih sepenuhnya.
“Sayang saya terlepas aksi persahabatan namun percaya kecederaan ini akan pulih sepenuhnya sebelum kempen Piala Malaysia bermula,” katanya.
Sementara itu, Hodak berkata, pasukannya kini menjalani latihan pada waktu malam berikutan menghormati Ramadan, namun mengharapkan pemain mengekalkan kecergasan.
Katanya, selepas kehilangan enam tonggak yang bersama skuad kebangsaan, beliau memanggil enam pemain skuad Piala Presiden bagi menjalani latihan bersama pemain senior.
“Ini kali kedua saya melatih pemain dalam bulan puasa dan ia tidak mendatangkan masalah.
“Saya juga memanggil beberapa pemain Piala Presiden untuk menjalani latihan untuk mengenal pasti mereka yang boleh diketengahkan,” katanya.

#kelate.net

Tuesday, 23 July 2013

Skuad Presiden Kelantan Sedia Ke Suku Akhir


Skuad Presiden Kelantan yang berjaya mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Piala Presiden akan menyambung smeula sesi latihan mereka bermula minggu ini.

Latihan ini adalah persiapan pasukan memulakan kempen suku akhir yang dijadualkan bermula selepas perayaan Hari Raya Aidil Fitri


Biarlah Org Nk Kritik - Presiden FAM


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah menggesa skuad Harimau Malaya supaya tidak sesekali tunduk terhadap kritikan dan provokasi daripada sesetengah pihak.

Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda yakin bahawa skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu masih berpeluang untuk memperbaiki prestasi semasa meskipun berdepan dengan kritikan hebat terutama membabitkan kedudukan mereka dalam ranking dunia.

Menurut Sultan Ahmad Shah, FAM sudah lali dengan pandangan-pandangan negatif itu, justeru baginda berharap Harimau Malaya menjadikan kritikan tersebut sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

“Negara ini mengamal dasar terbuka (demokrasi). Semua orang boleh bercakap dengan mengkritik (prestasi Harimau Malaya).

“Ini bukan pertama kali skuad negara berdepan dengan situasi tersebut tetapi kita perlu berusaha untuk memperbaiki ranking kita,” titah baginda pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa FAM bersama media di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam.

Sejak kebelakangan ini, prestasi Harimau Malaya sering mendapat kecaman daripada pemerhati dan peminat bola sepak tanah air.

Kemuncak kemarahan mereka apabila FAM hanya mengatur aksi persahabatan membabitkan Harimau Malaya dengan pasukan-pasukan berstatus kelab.

Kegagalan FAM mengatur perlawanan persahabatan kelas A dengan pasukan antarabangsa dilihat sebagai antara punca prestasi Harimau Malaya terus merudum.

Berdasarkan ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) awal bulan ini, skuad Harimau Malaya kekal di tangga ke-159, sama seperti kedudukan bulan lalu.

Sebagai rekod, pada Januari 2013, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158, Februari (159) Mac (164), April (163) dan Mei (161).

Dalam perkembangan lain, Sultan Ahmad Shah turut melahirkan rasa gembira terhadap prestasi Harimau Malaya biarpun tewas 1-4 kepada Chelsea pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

“Saya tetap berpuas hati dengan persembahan skuad negara ketika mereka menentang Chelsea dan saya yakin, kita masih berupaya untuk memperbaiki tahap persembahan kita,” titah baginda.

Skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Jepun malam ini bagi mengharungi perlawanan persahabatan menentang tiga kelab Jepun - Shimizu S Pulse (25 Julai), Shonan Bellmare (27 Julai) dan Tokyo Verdy (30 Julai) sebelum menentang gergasi Sepanyol, Barcelona di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Ogos depan.

KOSMO

#TRWmedia
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets