Tuesday, 23 July 2013

Piala Kejuaraan FAM/FAS - KAFA Bersedia Awal


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengadakan Mesyuarat Pengelolaan Piala Kejuaraan FAM/FAS malam tadi di Kafe TRW.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Naib Presiden FAM, YH Datuk Afendi Hamzah yang merupakan Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.


KAFA menggunakan pengalaman mengendalikan perlawanan di kejohanan Piala AFC untuk memastikan perlawanan yang akan menemukan Kelantan (Juara FA 2012) dan Tampines Rovers (Juara Liga-S 2012) di Kota Bharu dapat diurus dengan sebaik-baiknya.

Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu pada 13 Ogos 2012, jam 8.45 malam.

Foto oleh Wan Badri Wan Omar.
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets