Thursday, 18 July 2013

Info Bola Sepak Luar Negara

1 - Manchester City ingin membawa Zlatan Ibrahimovich bermain di BPL bagi menggantikan tempat Carlos Tevez yang menyertai Juventus.

2 - Zlatan Ibrahimovic menawarkan diri ke Man City selepas kehadiran Cavani di PSG.

3 - Neil Warnock memberi amaran kepada Brendan Rodgers bahawa beliau akan gagal membawa Liverpool memenangi kejuaraan pada musim hadapan sekiranya gagal mengekalkan Luis Suarez di Anfield.

4 - Christian Benteke dikhabarkan akan menandatangani kontrak selama 5 tahun bersama pasukan Tottenham Hotspurs sekiranya Aston Villa bersetuju dengan bidaan sebanyak £25 juta.

5 - Dengan kepulangan Jose Mourinho sebagai pengurus di Chelsea, Didier Drogba dikatakan tertarik untuk menyertai bekas pasukannya itu.

6 - Crystal Palace akan menandatangani pemain kebangsaan Sepanyol bawah 21 tahun dan pemain Malaga,Jose Campaña dalam masa terdekat.

7 - Kelab yang dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris,Hull City dikhabarkan berminat untuk membeli penyerang antarabangsa Denmark, Nicklas Bendtner.

8 - Queens Park Rangers dikhabarkan akan meminjamkan penyerang mereka,Adel Taarabt kepada Stoke City pada musim hadapan.

9 - Selepas dikhabarkan Xabi Alonso tidak berminat untuk kembali ke Anfield,Liverpool merancang untuk membeli bekas pemain Inter Milan,Wesley Sneijder.

10 - Norwich City dikhabarkan sedang menyiapkan dana sebanyak 6 Juta Pound untuk membeli penyerang Juventus,Fabio Quagliarella.

11 - Barcelona akan jadikan Juan Mata sebagai pengganti kepada Thiago Alcantara sekiranya pemain itu SAH akan meninggalkan skuad The Catalan.

12 - Romelu Lukaku menegaskan beliau telah kembali ke Chelsea dengan tujuanuntuk bermain di bawah Pengurus Jose Mourinho.

13 - Chelsea bersedia membuat tawaran 80juta pound kepada Man United untuk mendapatkan Wayne Rooney dan gaji 200.000 pound kepada penyerang Man United Meninggalkan Old Trafford.

14 - Pemain Newcastle United, Papiss Cisse yang beragama Islam telah menarik diri dari menyertai perlawanan pra-musim kelab itu kerana enggan menyarungkan jersi baru Newcastle yang ditaja oleh 'Wonga' - syarikat pinjaman wang.

15 - Jose Mourinho berkata David Luiz dan Juan Mata tidak dijual semata-mata ingin membuat pertukaran Wayne Rooney sebagai pengganti. Mourinho berkata lagi 3 pemain Chelsea sedang bercuti iaitu David Luiz, Juan Mata dan Fernando Torres akan dipanggil dalam jelajah pra musim Chelsea di Indonesia nanti

16 - Bekas pemain Chelsea dan Liverpool, Raul Meireles diintai oleh kelab Sunderland selepas dia ingin bermain semula di BPL musim panas nanti

17 - Hulk dilaporkan telah bersetuju dengan perjanjian dengan kelab AS Monaco dan bersedia untuk mendaftar ke Ligue 1 Perancis dengan yuran perpindahan sebanyak €60m.

18 - Penyerang Sevilla Alvaro Negredo sudah melengkapkan perpindahan £21.5jutanya ke Manchester City dengan pemain baru itu bakal menerima gaji sebanyak £75,000 seminggu dan akan menandatangani kontrak perjanjian selama 4 tahun.

19 - Ketua eksekutif Queens Park Rangers , Phil Beard mendakwa tidak ada jaminan bahawa Loic Remy akan meninggalkan QPR, tetapi mengaku bahawa pemain itu sedia dijual jika menerima tawaran.

FANTASY PREMIER LEAGUE - Liga MFT

Code to join this league: 157158-44320

Malaysia Football Team
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets