Monday, 5 August 2013

Hodak : Kumpulan Maut Kelebihan Kelantan

Bojan Hodak
WALAUPUN banyak pihak beranggapan juara bertahan Kelantan bakal berdepan tugas sukar pada saingan Piala Malaysia tahun ini selepas diundi dalam kumpulan maut, namun ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak menyifatkan perkara itu sabagai satu kelebihan buat pasukannya.
Pengendali kelahiran Crotia berusia 42 tahun itu percaya anak buahnya akan menggandakan usaha untuk memburu kemenangan pada peringkat kumpulan.  Katanya, beliau tetap mengakui tentangan sengit yang bakal diberikan dua lagi pasukan Pantai Timur iaitu Terengganu dan Pahang dalam kumpulan itu, namun perkara itu bukan menjadi masalah utama buat pasukannya mendapat laluan ke peringkat suku akhir.
“Kita mengakui tugas sukar apabila berada dalam kumpulan maut seperti tahun lalu. Namun bagi saya, ia bakal memberi kelebihan kepada pasukan terutama dari aspek keyakinan mengharungi peringkat suku akhir selepas berjaya melepasi peringkat kumpulan.  Kelebihan berada dalam kumpulan maut adalah kita mungkin mengharungi saingan suku akhir dengan lebih berkeyakinan selepas melepasi perlawanan sengit pada peringkat kumpulan.
“ Ia terbukti apabila kita didundi dalam kumpulan maut musim lalu dan akhirnya kita menjadi juara.Sekiranya kita mendapat laluan mudah pada peringkat kumpulan, ia juga mungkin belum tentu menjamin kami untuk layak dengan mudah ke peringkat seterusnya,” ulas Hodak yang berjaya membawa The Red Warriors (TRW) mencipta kejuaraan tiga piala musim lalu.
Pada majlis undian kumpulan dan jadual perlawanan Piala Malaysia 2013 kelmarin, Kelantan diundi dalam Kumpulan C bersama Terengganu, Pahang dan Negri Sembilan, sekali gus meletakkan kumpulan itu sebagai kumpulan maut.
Musim lalu, Kelantan turut diundi dalam kumpulan maut bersama Terengganu, Tentera dan Kedah.  Selain itu, Hodak turut menegaskan anak buahnya tidak boleh memperkecilkan pasukan lain kerana beliau menganggap kesemua 16 pasukan yang layak ke Piala Malaysia mempunyai peluang sama rata untuk muncul sebagai juara.
“Setiap pasukan kini kembali bermula dengan sifar dan tiada lagi kelebihan bagi mana-mana pasukan walaupun memegang status Piala FA mahu pun juara Liga Super.  Kita tidak boleh memperkecilkan pasukan lain terutama pasukan yang layak menerusi ‘play-off’ dan pasukan daripada Liga Perdana. Ia kerana setiap tahun ada kejutan yang berlaku dalam saingan Piala Malaysia,” katanya.
www.sports247.my
#kelate.net
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets