
Selangor tewas 0-4 kepada juara bertahan, Kelantan pada perlawanan persahabatan pra Piala Malaysia 2013 di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Gol-gol Kelantan dijaringkan Dickson Nwakaeme, Haris Safwan Kamal, Indra Putra Mahayuddin dan Faiz Subri dengan dua gol pada setiap babak.
Perlawanan yang berlangsung dengan sepak mula lewat, jam 10.15 malam kerana bulan Ramadan menyaksikan kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan enam pemain tonggak kerana masih bersama kem latihan skuad kebangsaan.
Selangor turun tanpa enam pemain kebangsaan – penjaga gol Norazlan Razali, Asraruddin Putra Omar, Mahalli Jasuli, K Gurusamy, S Kunanlan dan Amri Yahyah manakala Francis Forkey Doe dan S Veenod hanya melakukan latihan kecergasan di tepi padang.
Sementara Kelantan pula tanpa penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat, Nik Shahrul Azim Ab Halim, Azizi Mat Rose, Shakir Shaari, Nor Farhan Muhammad dan Ahmad Fakri Saarani.
Kelantan mendahului 2-0 pada babak pertama hasil ledakan Nwakaeme pada minit ke-23 dan tolakan Haris Safwan selepas satu sepakan percuma minit ke-31.
Dua lagi gol Kelantan diperolehi pada awal babak kedua menerusi rembatan Indra Putra minit ke-49 dan Faiz minit ke-51.
Selepas itu, kedua-dua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim (Selangor) dan Bojan Hodak (Kelantan) masing-masing melakukan beberapa pertukaran termasuk memberi peluang kepada pemain Piala Presiden mereka.
Selepas itu, kedua-dua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim (Selangor) dan Bojan Hodak (Kelantan) masing-masing melakukan beberapa pertukaran termasuk memberi peluang kepada pemain Piala Presiden mereka.
Kedudukan 4-0 itu kekal sehingga wisel penamat.
Perlawanan malam tadi dihadiri kira-kira 2,000 penyokong termasuk hampir 1,000 penyokong Kelantan.
Selangor dijadual akan mengharungi dua lagi aksi persahabatan bertemu PKNS FC dan Negeri Sembilan sebelum memulakan aksi Piala Malaysia 2013 dengan perlawanan sulung Kumpulan A bertemu Johor di Stadium Pasir Gudang, 20 Ogos depan.
SELANGOR: 25. Sharbinee Allawee Ramli (1. Fairul Azwan Shahrullai ’85), 3. Fairuz Abdul Aziz (4. Zairul Abdul Hakim ’51), 5. Adam Griffiths, 6. Nasriq Baharom (c), 7. Adib Aizuddin Ab Latif, 9. Solihin Kanasian (2. V Kavichelvan ’50), 8. Shukur Jusoh (12. Hafiz Abu Hassan ’54), 13. Raimi Md Nor, 24. Fitri Shazwan Raduwan (16. Hafiz Johar ’54), 11. Afiq Azmi (19. Wan Hoesne Wan Hussain ’30), 22. Ramzul Zahini Adenan (15. Hardi Shamsuddin ’69).
KELANTAN: 1. Shahrizan Ismail (29. Syazwan Yusof ’83), 15. Daudsu Jamaludin (11. Tuan Mohd Faim ’62), 6. Farisham Ismail (c), 17. Rizal Fahmi Rosid (3. Mohd Faiz ’78), 24. Zairul Fitree Ishak, 23. Indra Putra Mahayuddin (12. Izuan Salahuddin ’59), 25. K Nanthakumar (18. Mohd Asif ’86), 7. Zairo Anuar Zailani (26. Azyu Ikmal ’74), 13. Faiz Subri (2. Muhd Rozaimi ’71), 20. Dickson Nwakaeme (14. Mohd Qayyum ’59), 22. Haris Safwan Kamal (9. Faizul Nazlin ’79).
Pengadil: Rahmat Jantan
www.FASELANGOR.my
#kelate.net