Monday, 30 September 2013

Hodak : Ini Aksi Terburuk Kami

Penyerang Kelantan, Dickson Nwakaeme (tengah) melakukan aksi tendangan gunting pada aksi menentang JDT di Larkin, malam kelmarin.
PENGENDALI The Red Warriors, Bojan Hodak jelas tidak dapat menyembunyikan kekecewaan setelah pasukannya tewas 2-4 kepada Johor Darul Takzim (JDT) pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia, malam kelmarin.
Rasa terkilan Hodak memang berasas apabila anak buahnya mempamerkan persembahan mengecewakan, sekali gus menggagalkan hasrat Kelantan untuk sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri di Larkin sebelum menanti kunjungan JDT di Kota Bharu, Sabtu ini.
“Pemain saya melakukan kesilapan yang sukar diterima sama sekali dalam perlawanan ini. Ini merupakan aksi terburuk pernah disajikan oleh mereka sejak saya membimbing Kelantan hampir dua tahun lalu.
“Ia di luar jangkaan saya, apabila beberapa pemain melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Mereka bermain secara bersahaja dan masalah ini perlu diatasi sebelum aksi timbal balas nanti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Pada perlawanan tersebut, skuad kendalian Azmi Mohamed mengalahkan juara bertahan itu, 4-2 hasil jaringan Jasazrin Jamaludin, Norshahrul Idlan Talaha, Shafiq Rahim dan Leonel George Nunez, sementara gol Kelantan menerusi Indra Putra Mahayuddin dan Obinna Nwaneri.
Jurulatih kelahiran Croatia itu juga akui kerapuhan benteng pertahanannya menjadi faktor utama pasukannya tewas kali kedua kepada skuad Harimau Selatan itu sepanjang musim ini.
“Bagi saya JDT tidaklah sehebat mana, cuma kami membenarkan mereka memenangi perlawanan ini. Mungkin sedikit pujian kepada Mohd Safee Mohd Sali, Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) dan Awe (Mohd Nurul Azwan Roya) yang menjadi watak penting buat JDT malam kelmarin,” katanya.
Menurutnya, walaupun kecewa dengan kekalahan itu, beliau tetap menerima dengan hati terbuka sambil menyifatkan pasukannya tetap berpeluang melangkah ke separuh akhir dengan syarat menewaskan JDT pada pertemuan ulangan, Sabtu ini.

#kelate.net

Saturday, 28 September 2013

" Larkin Panas "

Indra Putra boleh membawa bencana kepada Johor DT jika hanya memberi tumpuan kepada Nwakaeme.
Indra Putra boleh membawa bencana kepada Johor DT jika hanya memberi tumpuan kepada Nwakaeme.
Harimau Selatan dan The Red Warriors buru jaringan penting gapai impian, malam ini
Kuala Lumpur: Seharusnya aksi getir di antara Johor Darul Takzim (JDT) dengan Kelantan berlaku dalam final Piala Malaysia namun takdir menemukan kedua-dua pasukan elit itu lebih awal dalam pertembungan suku akhir pertama, malam ini.
Hakikatnya, salah satu daripada barisan berkenaan akan tersingkir dan pihak yang menang ditakrif ada peluang mara lebih jauh dalam kempen piala keagungan ini.
Ibarat pentas final
Kelantan berkunjung ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin untuk menang dan menyalakan impian mempertahankan mahkota kejuaraan manakala JDT jelas bertekad untuk melangkah sehingga ke final dan memenangi satu-satu piala yang masih tinggal untuk dijadikan koleksi sekali gus menebus duka terlepas Piala FA kepada Kelantan, Jun lalu.
Pada pengamatan peminat bola sepak tanah air, persaingan ini harus menerbitkan segala drama ibarat menepati perlawanan final.
Sudah pasti dua bekas pemain Kelantan – Norshahrul Idlan Talaha dan Nurul Azwan Roya – menjadi tumpuan The Red Warriors tatkala Harimau Selatan pasti merantai kelibat empat tonggak pelawat – Dickson Nwakaeme, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Nor Farhan Muhammad dan Mohd Badhri Radzi – bagi mencari bekalan selesa sebelum timbal balik di Kota Bharu nanti.
Turut mencuri tumpuan perlawanan Lions XII menentang Tentera di Stadium Jalan Besar. Perlawanan itu ibarat pertembungan separuh akhir tahun lalu yang dimenangi anak buah B Sathianathan.
Satu lagi pertembungan membabitkan dua pasukan Liga Perdana Sime Darby menentang Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

#kelate.net

Jep Tiru Bini Matyo

haha .. Jep menganjing bini matyo =--- > lihat sini ----> http://adf.ly/WXWW3

Kelantan Tampil Semangat Luar Biasa

BARISAN pemain Kelantan sudah bersedia menghadapi Johor DT pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Larkin malam ini.
PENGENDALI Kelantan, Bojan Hodak mula melancarkan perang psikologi apabila menyifatkan barisan pemainnya lebih berpengalaman beraksi pada peringkat kalah mati berbanding Johor Darul Takzim (Johor DT), lapor KHAIRI MOHAMAD.
Biarpun sedar Kelantan akan menghadapi tugas sukar apabila bertandang ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin bagi menghadapi Johor DT pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia malam ini, Hodak tetap yakin mereka mampu memberi kejutan.
Menurutnya, kemenangan 4-0 ketika menentang Pahang pada aksi terakhir Kumpulan C di Kota Bharu minggu lalu memberi semangat luar biasa kepada barisan pemainnya.
“Sudah pasti ia perlawanan yang sengit, mereka (Johor DT) mempunyai ramai pemain yang bagus tetapi nampaknya kami dianggap sebagai pasukan yang lebih bagus.
“Bermain di Larkin nanti sudah tentu dipenuhi penyokong mereka tetapi kami tetap mahu mendapatkan keputusan yang baik.
“Ia merupakan aksi timbal balik, perlawanan kedua akan berlangsung di Kota Bharu, kami tiada tekanan beraksi di peringkat ini kerana semua pemain sudah mempunyai pengalaman.
“Gol di tempat lawan cukup penting dan kami akan cuba mencari peluang tersebut, semuanya dalam keadaan baik dan kita bersedia,” kata Hodak ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Mengulas mengenai persediaan Kelantan, Hodak berkata, tonggak pertahanan, Daudsu Jamaluddin hampir pasti tidak akan dibawa ke Larkin kerana mengalami kecederaan buku lali.
Bagaimanapun, Hodak mampu menarik nafas lega kerana dua lagi pemain pertahanan, Nik Shahrul Azim Abdul Halim dan Zairul Fitree Ishak mampu mengisi kekosongan tersebut.
Ditanya mengenai penyerang import, Dickson Nwakaeme yang dijangka mengetuai jentera serangan Kelantan malam ini, Hodak menjawab: “Bagaimana harus saya mengulas mengenai Dickson Nwakaeme?
“Dia mencipta hatrik ketika kami menentang Pahang (Sabtu lalu). Saya fikir tidak ada sebarang keraguan untuk menurunkannya bertemu Johor DT.
“Saya fikir dia sudah pulih sepenuhnya dan bersedia untuk membantu pasukan dan anda boleh saksikan bagaimana dia akan bermain nanti,” jelasnya.

#kelate.net

Nik Shahrul Tak Sabar Beraksi

Nik Shahrul Azim Abd Halim
Nik Shahrul Azim Abd Halim
Kota Bharu: Pemain pertahanan Kelantan, Nik Shahrul Azim Abd Halim mengakui sudah 90 peratus pulih daripada kecederaan dan mahu turun mengemudi benteng The Red Warriors (TRW) menentang Johor Darul Takzim (DT) malam ini.
Pemain muda itu semakin mendapat perhatian selepas beraksi membantu skuad Harimau Muda yang dikendalikan Ong Kim Swee menewaskan Myanmar 2-0 pada final Pestabola Merdeka, 14 September lalu.
Bagaimanapun, selepas kejohanan itu, Nik Shahrul terlepas dua aksi peringkat kumpulan Piala Malaysia ketika Kelantan menewaskan Terengganu dan Pahang kerana kecederaan lutut.
Nik Shahrul atau lebih dikenali sebagai Pok Nik berkata, kecederaannya kini beransur pulih dan dia sudah mula berlatih sejak seminggu lalu, namun masih memerlukan rawatan fisioterapi bagi memastikan kecederaannya tidak berulang.
Katanya, sesudah terlepas dua aksi peringkat kumpulan, pemain berusia 23 tahun dari Rantau Panjang itu menaruh harapan untuk berada dalam kesebelasan utama sekali gus menjadi benteng ampuh buat gergasi Pantai Timur itu malam ini.
“Saya teruja jika jurulatih menurunkan saya,” katanya semalam.
Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata, beliau yakin kesebelasan utama yang diturunkan malam ini mampu mengatasi kehebatan Johor DT selaku tuan rumah.
Katanya, pemain perlu berhati-hati dan mengelakkan kesilapan yang boleh menjejaskan perlawanan timbal balik di Kota Bharu, pada 5 Oktober ini.
“Mereka perlu mendapatkan gol di tempat lawan sebagai bekalan,” katanya.

#kelate.net

Friday, 27 September 2013

KAFA Mahu Tonggak Utama Terus Tinggal

KAFA berharap semua tonggak kekal bersama Kelantan musim depan.
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) berharap tonggak utama The Red Warriors (TRW) tidak meninggalkan pasukan selepas persatuan itu mengeluarkan surat rasmi berhubung kontrak baru, termasuk kenaikan gaji bagi saingan Liga Malaysia musim depan.
Naib Presiden KAFA Datuk Rosmadi berkata, pihak pengurusan sudah mengemukan surat tawaran berhubung kontrak baru kepada pemain, termasuk tonggak utama yang  disebut-sebut akan berhijrah ke pasukan lain iaitu ketua pasukan Mohd Badhri Radzi, Muhammad Norfarhan Mohamad dan Indraputra Mahayuddin.
Bagaimanapun katanya, ketiga-tiga pemain berkenaan belum memberi jawapan samada untuk terus kekal atau tidak, namun KAFA tetap berharap tonggak penting itu akan terus bersama gergasi Pantai Timur.
“Kita memang sudah menawarkan kontrak baru, termasuk kadar kenaikan gaji yang KAFA mampu tawarkan. Bagaimanapun pemain belum memberi jawapan menerusi surat rasmi.
“Kita harap dengan kadar kenaikan gaji baru, pemain tidak akan meninggalkan pasukan, malah akan terus bersama dengan TRW untuk mengharungi musim depan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Selain tonggak tempatan TRW yang dikhabarkan bakal berhijrah, pemain import juga tidak terlepas apabila pemain pertahanan, Obinna Nwaneri dan penyerang, Dickson Nwakaeme juga tamat kontrak musim ini.
Rosmadi berkata, KAFA juga sedang berunding untuk terus mengikat dua pemain yang berasal dari Nigeria itu, kerana mereka adalah tonggak penting untuk pencapaian TRW musim ini.
“Kita juga sedang berusaha untuk mengekalkan Nwaneri dan Nwakaeme untuk musim depan. Namun pemain berkenaan juga belum membuat sebarang keputusan,” katanya.
Sebelum ini akhbar melaporkan, TRW berada dalam krisis apabila terdapat tonggak penting pasukan itu dikhabarkan bakal berhijrah selepas mendapat tawaran lumayan daripada pasukan lain.
Selain itu, Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa juga melalui satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, KAFA tidak menghalang pemain untuk berpindah pasukan, namun perlu membuat keputusan selewat-lewatnya hujung minggu ini.
“Kafa telah mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada semua pemain utama untuk disambung kontrak dengan kenaikan gaji tertentu mengikut kemampuan kita.
“Pemain bebas membuat keputusan selewat-lewatnya akhir minggu ini,” katanya.
www.sports247.my

#kelate.net

Piya Buru Gol Tempat Lawan



Mohd Badhri Radzi
Kota Bharu: Kapten Mohd Badhri Radzi atau Piya mahu Kelantan sekurang-kurangnya seri dan memperoleh jaringan di tempat lawan berdepan Johor Darul Takzim (DT) pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor, esok.
Katanya, pertemuan Kelantan dengan Johor DT di suku akhir sebenarnya ibarat aksi final namun amat malang salah satu pasukan pilihan bakal tersingkir. Pemain berusia 30 tahun dari Kota Bharu itu mengingatkan rakan sepasukan fokus menghadapi perlawanan.
“Pertemuan ini pada saya terlalu awal. Sebenarnya kita berharap untuk bertemu di final, namun dalam suku akhir ini salah satu pasukan pasti akan tersingkir.
“Bagi saya amat penting kita mencipta jaringan di tempat mereka sebagai bekalan di gelanggang sendiri nanti,” katanya.
Sementara itu jurulatih Bojan Hodak mengakui perlu mencongak percaturan terbaik berdepan musuh ketat sambil mengharapkan anak didiknya menyerap tekanan ketika beraksi di gelanggang lawan.
Katanya, Johor DT antara pencabar hebat musim ini malah menjangkakan perlawanan pertama penuh dengan tekanan, namun kematangan pemain menghadapi situasi berkenaan memberi sedikit kelegaan kepadanya.
“Semua tonggak boleh beraksi dan bebas daripada penggantungan. Saya hanya perlu membuat perancangan taktikal terbaik dan tepat,” katanya.
www.hmetro.com.my

#kelate.net

Thursday, 26 September 2013

5 Pasukan Pikat Piya

Mohd Badhri Radzi
Kota Bharu: Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi mengesahkan menerima tawaran daripada lima pasukan untuk saingan Liga Malaysia musim depan, namun belum bersedia mendedahkan secara terperinci perkara itu.
Sebelum ini pemain yang lebih dikenali sebagai Piya itu dikhabarkan dipancing Sarawak, Selangor, FELDA United, Terengganu dan T-Team.
Katanya, sebarang keputusan perpindahannya akan dijelaskan selepas tamat saingan Piala Malaysia kerana tidak mahu isu itu mengganggu tumpuannya dalam misi mempertahankan kejuaraan.
“Lima pasukan sudah membuat tawaran namun saya belum membuat sebarang keputusan. Buat masa sekarang saya mahu memberi tumpuan membantu Kelantan melepasi saingan suku akhir. Perkara ini akan dijelaskan selepas tamat Piala Malaysia,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Terbaru Secretleaf Men, di pusat beli belah KB Mall, semalam.
Turut hadir, Pengarah Urusan Secretleaf, Amir Ramadzan Ibrahim. Badhri menjadi duta produk itu.
Sebelum ini, Kelantan dikatakan dalam dilema apabila tonggak penting juara tiga piala musim lalu itu bakal berhijrah musim depan selepas menerima tawaran lumayan pasukan lain.

#kelate.net

Lima Pasukan Lamar Piya

Mohd Badhri Radzi
LIMA pasukan termasuk dua berstatus kelab dikhabarkan mahu memancing Ketua Pasukan The Red Warriors, Mohd Badhri Radzi untuk menyarung jersi pasukan berkenaan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.
Mohd Badhri atau lebih dikenali Piya tidak menafikan beliau ada menerima tawaran beraksi dengan pasukan lain namun enggan terburu-buru membuat keputusan ketika khidmatnya masih ditagih negeri kelahirannya sendiri.
“Memang ada lima pasukan menawarkan kontrak kepada saya. Memandangkan kempen Piala Malaysia masih berlangsung sekarang, elok rasanya saya tidak bercakap apa-apa mengenai perkara ini.
“Soal kontrak (sama ada kekal atau berhijrah) saya mahu letak tepi dahulu. Fokus saya ialah mahu membantu Kelantan mempertahankan kejuaraan bagi memastikan Piala Malaysia kekal di Kota Bharu.
Mohd Badhri berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran produk Secretleaf – Men yang disempurnakan beliau selaku duta jenama tersebut di Kota Bharu, semalam. Hadir sama Pengarah Urusan Secretleaf International Sdn Bhd, Amir Ramadzan Ibrahim.
Dikhabarkan, tiga pasukan yang beraksi dalam kancah Liga Super iaitu Selangor, Terengganu dan T-Team selain pendatang baharu Liga Premier, Felda United FC serta Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bersedia menawarkan tempat kepada pemain tengah berusia 31 tahun itu untuk beraksi bersama mereka.
Situasi tersebut sekali gus meninggalkan tanda tanya dalam kalangan peminat TRW mengenai masa depan pemain kesayangan mereka itu sama ada kekal bersama Kelantan atau memilih haluan baharu bersama pasukan lain pada musim depan.
Malah, pemain paling berpengaruh dalam skuad kendalian Bojan Hodak itu dikatakan masih belum membuat keputusan mengenai tawaran yang dikemukakan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk disambung kontrak bagi musim depan.
Kali pertama, Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala FA 2013 itu berhijrah ialah pada 2007 dengan mewakili PDRM, namun hanya semusim sebelum mengambil keputusan kembali ke pangkuan Kelantan, tahun berikutnya.
#kelate.net

Wednesday, 25 September 2013

Hodak Nafi Bimbing Harimau Kumbang




Bojan Hodak
BIAR pun keputusan pemain The Red Warriors sama ada menerima atau menolak tawaran kontrak daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) hanya diketahui lewat hujung minggu ini, namun kali ini timbul pula desas-desus mengenai berita penghijrahan pengendali pasukan itu, Bojan Hodak.
Hodak dikatakan telah mengadakan rundingan akhir dengan pendatang baharu dalam Liga Perdana musim depan iaitu Pulau Pinang bagi membimbing pasukan terbabit, namun jurulatih kelahiran Croatia itu menyangkal dakwaan tersebut.
Hodak berkata, beliau tidak tahu macam mana khabar angin itu boleh tersebar sedangkan fokusnya kini terarah kepada persiapan pasukannya menghadapi saingan suku akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Takzim, di Larkin, Sabtu ini.
“Orang boleh bercakap apa sahaja mengenai perkara (penghijrahan) ini, namun biarlah ia kekal sebagai khabar angin. Saya tak pernah berunding, menandatangani kontrak atau perjanjian persefahaman dengan mana-mana pasukan pun.
“Memang saya sekeluarga ada bercuti di Pulau Pinang baru-baru ini. Itu memang kampung isteri saya. Orang mungkin lihat saya berbual atau berbincang sesuatu dengan seseorang di sana, dan buat interpretasi sendiri mengenai diri saya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, dakwaan mengatakan beliau akan membawa sekurang-kurangnya empat pemain bertaraf bintang dari Kelantan ke skuad yang terkenal dengan jolokan Harimau Kumbang bagi menghadapi saingan liga bola sepak kelas kedua tempatan musim depan juga tidak berasas.
Katanya, beliau kekal selaku Ketua Jurulatih Kelantan sehingga kontraknya berakhir selepas kempen Piala Malaysia dan menjelaskan tidak mempunyai masa untuk memikirkan khabar angin itu yang disifatkannya mengarut.
“Adakah jika saya ke Kuala Lumpur semata-mata untuk membeli-belah, maka orang fikir saya ada berunding dengan Persatuan Bola Sepak Selangor? Atau jika saya bercuti di Terengganu, orang buat spekulasi saya menjadi jurulatih pasukan itu?,” katanya secara berseloroh.
Malah bagi mengukuhkan penafian beliau, jurulatih berusia 42 tahun itu turut mengesahkan menerima tawaran daripada pihak pengurusan Kafa untuk disambung kontrak pada musim depan.
“Saya sudah membalas tawaran kontrak yang dikemukakan oleh pihak Kafa hari ini (semalam). Tetapi saya tidak boleh dedahkan apa butirannya, itu menjadi rahsia di antara saya dengan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa. Kita tengoklah apa kesudahannya selepas berakhirnya kempen Piala Malaysia nanti,” katanya.
Untuk rekod, Hodak merupakan jurulatih import luar negeri paling berjaya pernah membimbing Kelantan selepas era Majid Arif  pada tahun 1989, Milan Duricic (1991), Horst Heese (1992), Milous Kvacek (1994), Regis Laguesse (2008) dan Peter Butler (2009 dan 2012) dengan membawa pasukan itu merangkul kejuaraan tiga piala pada musim lalu.

#kelate.net

Tuesday, 24 September 2013

Pengakuan Pengawal Keselamatan Yang Dihina Oleh Bini MatYO AuDI

Pelatih PLKN Maut Dipukul

Pelatih PLKN maut dipukulJenazah Muhammad Suhaimi dituntut keluarganya di Rumah Mayat Hospital Muadzam Shah, semalam. - Foto Mustaffa Kamal
Muadzam Shah: Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), ditemui mati di bilik air Kem Pinggiran Pelangi, dekat sini, tengah malam kelmarin, dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, yang berasal dari Kerdau, Temerloh, ditemui terbaring dalam bilik air itu oleh rakan lain pada jam 12 tengah malam. 
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata laporan bedah siasat Hospital Muadzam Shah menunjukkan ada kesan lebam di belakang telinga mangsa dipercayai akibat pukulan objek tumpul. 


Teruskan siasatan

“Mangsa meninggal dunia kemungkinan akibat dipukul berdasarkan kesan lebam di belakang telinga tetapi kita akan teruskan siasatan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Johari berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebaik ditemui, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Muadzam Shah, namun disahkan sudah meninggal dunia,” katanya. 
Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah Latihan Khidmat Negara, Rozainor Ramli, berkata sebelum itu, mangsa dalam keadaan sihat serta baru selesai menjalani latihan bersama pelatih lain.

“Satu pasukan khas ditubuhkan pada peringkat jabatan bagi menyiasat perkara itu sebaik memperoleh laporan bedah siasat mengenai punca kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bapa mangsa, Norhamidi Bakar, 46, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Muadzam Shah, berkata kali terakhir beliau bertemu Muhammad Suhaimi adalah ketika menghantarnya ke kem untuk pendaftaran, bulan lalu.

Anak sulung daripada tiga beradik itu seorang yang pendiam namun disenangi rakan. 

“Sebelum pergi, arwah bersemangat menyertai PLKN dalam usaha mengejar cita-citanya menjadi anggota polis. Saya reda dengan kejadian yang menimpanya,” katanya.

#bharian.com.my

Nazrin Nawi : ' Maafkan Saya TRW '

Nazrin pilih JDT demi masa depan dan aksi mencabar.
TEKA-TEKI ke mana hala tuju pemain sayap lincah Negeri Sembilan, Nazrin Nawi yang menjadi rebutan beberapa pasukan elit musim depan akhirnya terjawab apabila bakal menyarung jersi Johor Darul Takzim (JDT).
Nazrin yang akan tamat kontrak November ini bersama Negeri Sembilan menyifatkan keputusan memilih JDT tepat demi kariernya.
“Buat masa ini segala urusan perpindahan hampir 95 peratus untuk diselesaikan selepas kontrak bersama Negeri Sembilan berakhir November.
“Beraksi bersama pasukan besar seperti JDT memang menjadi idaman setiap pemain bola sepak selain bergandingan dengan Pablo Aimar dan pemain bintang yang lain.
“Sokongan peminat pasukan juga mendorong saya memilih Harimau Selatan selain cabaran merebut posisi utama setiap kali pasukan beraksi.
“Peluang datang hanya sekali dan ia perlu dimanfaatkan, setiap pemain inginkan cabaran, ia tidak terkecuali kerana inilah masanya saya ingin buktikan kepada peminat bola sepak tempatan,” katanya.
Nazrin berkata, faktor kewangan yang kukuh dari JDT mendorong keputusannya demi karier masa depannya.
“Semua orang pasti melihat perpindahan ini dibayangi gaji tinggi, itu tak dapat dinafikan kerana kerjaya bola sepak adalah profesional dan saya mencari rezeki demi masa depan.
“Bagi saya ia bukanlah satu kesalahan kerana Negeri Sembilan mengetahuinya dan tidak menghalang kerana saya bebas membuat keputusan berhijrah atau sebaliknya.
“Mereka (Negeri Sembilan) ada menawarkan kontrak baru, saya hargai namun terpaksa menolak dan mereka memahami,” katanya.
Mengulas tentang perkhabaran mengaitkan dirinya akan menabur bakti bersama pasukan Kelantan, Nazri menjelaskan sememangnya ada dalam perancangan sebelum ini.
“Kita tidak boleh memenuhi semua kehendak penyokong, keputusan perlu dibuat dan saya kini di fasa terakhir untuk beraksi bersama Harimau Selatan,” katanya.
Kelibat Nazrin mula mendapat perhatian selepas berjaya meledak hatrik membantu pasukannya menewaskan Sabah 4-0 dalam aksi playoff Piala Malaysia, selain aksi larian pantas dan bertenaga ketika bersama Harimau Malaya dalam beberapa siri perlawanan persahabatan antarabangsa.
Bermula daripada situ, pemain berusia 25 tahun ini semakin digeruni lawan terutamanya melalui sepakan percuma kaki kiri yang boleh dikatakan bola sentiasa menerjah jaring gol lawan.
Sebelum ini, pemain tersebut dikatakan bakal bersama Kelantan dan sudah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) namun terpaksa membatalkannya kerana mendapat tawaran JDT.
Difahamkan, Nazrin menerima RM7,000 sebulan ketika bersama Negeri Sembilan dan ditawarkan RM14,000 sebulan oleh Kelantan, manakala JDT menawarkan kira-kira RM40,000 sebulan bagi mendapatkan khidmatnya.

#kelate.net

KAFA Buat Tawaran Rasmi

Annuar Musa
BELUM pun sepak mula suku akhir pertama Piala Malaysia menghampiri kemuncaknya, drama perpindahan pemain terus bergema sekali gus menggambarkan betapa perjalanan Liga Malaysia (Liga-M) 2014 bakal menjanjikan saingan sengit.
Di kem The Red Warriors (TRW), hujung minggu ini bakal menjadi penentu, siapa yang akan kekal atau memilih haluan baharu ke pasukan lain setelah khabar angin mengenai berita perpindahan pemain pasukan itu bertiup kencang sejak beberapa minggu lalu.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dipetik menerusi laman Facebooknya, semalam berkata, pihaknya telah mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada semua pemain utama pasukannya untuk disambung kontrak.
“Tawaran ini dibuat dengan kenaikan gaji tertentu mengikut kemampuan kita. Pemain bebas untuk membuat keputusan (sama ada menerima atau menolak tawaran) selewat-lewatnya akhir minggu ini.
Difahamkan, Setiausaha Agung Kafa merangkap Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim terbang dari Kota Bharu ke ibu negara, tengah hari semalam, semata-mata untuk bertemu Annuar bagi menyelesaikan urusan kontrak pemainnya.
Pada masa masa, Annuar memberitahu, usaha memperkasakan pasukan tetap dilakukan sedaya mungkin sambil mengesahkan beberapa pemain utama dari dalam dan luar pasukannya sudah menandatangani persetujuan untuk menyarung jersi TRW bagi saingan Liga-M musim depan.
Annuar dalam laman sosial sama sebelum ini, pernah membayangkan keperitan beliau membentuk pasukan pada musim depan ekoran beberapa tonggak utamanya dikatakan dipancing beberapa pasukan lain termasuk Johor Darul Takzim (JDT).
Ternyata tarikan JDT, yang ghairah berbelanja besar bagi mendapatkan tonggak utama pasukan juara tiga piala itu untuk musim depan menyebabkan pihak pengurusan Kafa terpaksa tunduk dengan kuasa wang tersebut.
Ekoran kehilangan beberapa tonggak utamanya, pihak pengurusan Kafa besar kemungkinan tidak meletakkan apa-apa sasaran bagi mengharungi saingan liga domestik musim depan.
www.sinarharian.com.my

#kelate.net

Anuar Minta Penyokong Disiplin



Annuar Musa
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menasihatkan penyokong The Red Warriors (TRW) dan Johor Darul Takzim (JDT) supaya menjaga tatatertib dan tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang ketika menyaksikan perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia yang melibatkan kedua-dua pasukan itu di Stadium Larkin 28 September ini.
Annuar berkata, semua penyokong perlu sentiasa mengingati keselamatan semua pihak ketika berada di stadium supaya tidak mencemarkan nama kedua-dua pasukan.
“Saya faham perlawanan suku akhir di Johor agak panas. Namun saya harap semua menjaga disiplin dan peraturan.
“Jadikan perlawanan itu yang paling aman. Saya juga akan menghubungi Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Baginda amat prihatin.
“Saya juga akan cuba turut hadir pada perlawanan itu nanti,” katanya menerusi laman Facebook.
Untuk rekod, Kelantan melangkah ke peringkat suku akhir setelah menewaskan Pahang 4-0 di Stadium Sultan Muhammad IV manakala JDT yang tewas 0-2 kepada PKNS tetap berjaya mengesahkan slot berdasarkan perbezaan jaringan dengan pencabar terdekat, T-Team.
www.sinarharian.com.my
#kelate.net

Monday, 23 September 2013

Bini Matyo .. kah kah kah


Terserlah kebodohan matyo

Jangan Abaikan Tanggungjawab

Penyerang Kelantan,Indra Putra membuat percubaan gol, namun dihalang penjaga gol Pahang, Khairul Azjan pada perlawanan Piala Malaysia 2013 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.
PUTRAJAYA – Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengingatkan semua pemain The Red Warriors (TRW) agar memberi sepenuh hati dan tumpuan kepada pasukan untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia 2013, biarpun sebahagian besar daripada mereka bakal berhijrah, musim depan.
Annuar sebelum ini mengakui, majoriti tonggak utamanya mahu beralih angin musim depan, malah ada beberapa pemain yang sudah menemuinya sendiri untuk menyuarakan mengenai hasrat meninggalkan pasukan.
Beliau tetap dengan pendirian untuk tidak menghalang pemain daripada pergi, namun itu tidak bermakna kesemua pemain tersebut boleh bersikap sambil lewa dalam kempen Piala Malaysia yang bakal memasuki peringkat suku akhir, minggu ini.
Kelantan, juara treblemusim lalu akan menentang Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (Johor DT) pada suku akhir pertama, Sabtu ini.
“Pada masa ini, semua pemain terlibat sedang mengadakan rundingan sama ada secara terang atau sembunyi.
“Pesanan saya kepada pemain berkenaan, walaupun mereka akan menerima tawaran tersebut, tetapi sekarang ini saya minta mereka menumpukan terlebih dahulu sehingga saingan Piala Malaysia tamat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Ke-10 UniKL di sini, semalam.
Kelmarin, Kelantan mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Malaysia selaku juara Kumpulan C selepas membelasah Pahang 4-0 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Biarpun bakal kehilangan ramai tonggak penting, Annuar tetap melahirkan rasa bangga kerana banyak pasukan lawan yang mahu memancing pemain TRW untuk saingan musim depan.
Beliau berkata, senario itu menunjukkan keberkesanan pelan pembangunan pemain yang digunapakai oleh KAFA selama ini.
‘‘Pemain yang saya ambil dahulunya bernilai sekitar RM3,000 hingga RM4,000 tetapi sekarang ini, nilai mereka sudah melebih RM30,000 hingga RM40,000.
‘‘Sudah tentu, kita galakan mereka menerima tawaran itu dan KAFA sendiri sudah bersedia untuk terima situasi tersebut,” katanya lagi.

#kelate.net

Hodak Julang Nwakaeme

Dickson Nwakaeme
Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mengangkat penyerang import berbisa, Dickson Nwakaeme sebagai wira The Red Warriors (TRW) selepas pemain itu berjaya mencipta jaringan hatrik ketika menewaskan Pahang 4-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin.
Katanya, persembahan Nwakaeme yang memukau kira-kira 25,000 penyokong di stadium berkenaan ternyata di luar jangkaannya kerana pemain itu masih belum cergas sepenuhnya.
“Nwakaeme adalah pemain hebat dan semua orang boleh lihat kehebatan ada padanya apabila memberi impak yang besar kepada persembahan Kelantan selepas kemasukannya di separuh masa kedua.
Pertahan kejuaraan
“Apa yang menjadi masalah buatnya adalah dia tidak mampu bermain 90 minit kerana masih belum cergas sepenuhnya selepas baru pulih daripada kecederaan.
“Semua pemain berhak mendapat pujian selepas menunjukkan disiplin yang tinggi dan kualiti sebenar pasukan Kelantan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan, malam kelmarin.
Kelantan muncul juara Kumpulan C dan bakal berdepan naib juara Kumpulan B, Johor Darul Takzim (DT) pada peringkat suku akhir Piala Malaysia.
Hodak berkata, kemenangan malam kelmarin memberi lebih keyakinan kepadanya bahawa Kelantan mampu mempertahankan status juara bertahan Piala Malaysia. “

#kelate.net

Sunday, 22 September 2013

Luahan Seorang Peminat Setia

Zainal Abidin Zakaria wrote : 

SILA AMBIL PERHATIAN KPD SEMUA FANS THE RED WARRIORS SELURUH DUNIA! INGAT! Sesungguhnya kita adalah penyokong TRW bknnya penyokong mana2 players yg bermain dlm pasukan TRW. Oleh itu, walau siapa pun yg menjadi pemain dlm TRW kita sokong secara berpasukan.

Kita juga perlu berbangga kerana, drp sebuah pasukan yg dahulunya kerdil dn langsung tdk digeruni oleh lawan, kini players dlm TRW telah menjadi buruan semua pasukan dlm liga M. Sehingga ada pihak yg sanggup melabur jutaan ringgit utk mdptkn players TRW. Tawaran yg tinggi ini bkn semata2 krn pemain itu hebat, tetapi yg lbh jelas adalh kehebatan TRW yg keramat dpt melahirkn pemain yg berkualiti dn berprestij.

'Siapa Norshahrul sblm ini..? Siapa Awe sblm ini..? Siapa Indra sblm ini..? Siapa Norfarhan sblm ini..? Siapa Piya sblm ini..? Dan siapa yg lain2 sblm ini..? Hakikatnya mereka tdk dipandang oleh siapa2..TETAPI SEKARANG INI..mereka menjadi rebutan. Hatta Indra yg bertaraf 'Ayam Tua' itu pun mdpt tawaran hampir 1 juta setahun dr pihak yg berkepentingan utk musim depan.

OLEH ITU, biarkanlah mereka pergi. Lepaskn lah mereka dgn rasa bangga. PERCAYALAH, walau dimana pun mereka berkhidmat, darah TRW tetap mengalir dlm tubuh badan mereka.

AYUH! kita yg bernama penyokong TRW, kita teruskn sokongan padu kpd bintang2 baru dlm TRW musim dpn. Insyallah, dgn sokongan padu, berterusan dn fanatik dr fans TRW, suatu hr nnt bintang2 baru ini juga akan bergemerlapan diseluruh alam, yg akan menerangi arena sukan bolasepak di negara kita dn di se antero dunia . .




#PIYA-Kapten Terbaik Asia
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets