Thursday, 26 September 2013

5 Pasukan Pikat Piya

Mohd Badhri Radzi
Kota Bharu: Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi mengesahkan menerima tawaran daripada lima pasukan untuk saingan Liga Malaysia musim depan, namun belum bersedia mendedahkan secara terperinci perkara itu.
Sebelum ini pemain yang lebih dikenali sebagai Piya itu dikhabarkan dipancing Sarawak, Selangor, FELDA United, Terengganu dan T-Team.
Katanya, sebarang keputusan perpindahannya akan dijelaskan selepas tamat saingan Piala Malaysia kerana tidak mahu isu itu mengganggu tumpuannya dalam misi mempertahankan kejuaraan.
“Lima pasukan sudah membuat tawaran namun saya belum membuat sebarang keputusan. Buat masa sekarang saya mahu memberi tumpuan membantu Kelantan melepasi saingan suku akhir. Perkara ini akan dijelaskan selepas tamat Piala Malaysia,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Terbaru Secretleaf Men, di pusat beli belah KB Mall, semalam.
Turut hadir, Pengarah Urusan Secretleaf, Amir Ramadzan Ibrahim. Badhri menjadi duta produk itu.
Sebelum ini, Kelantan dikatakan dalam dilema apabila tonggak penting juara tiga piala musim lalu itu bakal berhijrah musim depan selepas menerima tawaran lumayan pasukan lain.

#kelate.net
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets