Gareth Bale turun menjalani latihan bersama kelab baharunya, Real Madrid semalam dan mungkin akan membuat penampilan sulungnya bersama kelab gergasi Sepanyol itu sebagai pertahanan kiri awal pagi Ahad.
Pemain termahal dunia itu mungkin menjadi satu-satunya pilihan yang ada buat jurulatih, Carlo Ancelotti di posisi pertahanan kiri selepas Marcelo dan Fabio Coentrao mengalami kecederaan ketika tugasan antarabangsa & Bale sememangnya pernah beraksi di posisi berkenaan ketika bersama Spurs dan Wales.
Ini bakal menyaksikan pemain berharga £86 juta (RM445.4 juta), Bale yang dibeli untuk mengisi jentera perancang dan serangan, mungkin akan membuat penampilan sebagai pertahanan kiri menentang Villarreal, Ahad nanti.
Peminat Real sudah pasti mahu melihat bagaimana pemain sayap Wales itu menyesuaikan diri dengan barisan serangan yang lain seperti Cristiano Ronaldo, Karim Benzema, Isco, Angel di Maria dan Assier Illarramendi.