Monday, 23 September 2013

Hodak Julang Nwakaeme

Dickson Nwakaeme
Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mengangkat penyerang import berbisa, Dickson Nwakaeme sebagai wira The Red Warriors (TRW) selepas pemain itu berjaya mencipta jaringan hatrik ketika menewaskan Pahang 4-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin.
Katanya, persembahan Nwakaeme yang memukau kira-kira 25,000 penyokong di stadium berkenaan ternyata di luar jangkaannya kerana pemain itu masih belum cergas sepenuhnya.
“Nwakaeme adalah pemain hebat dan semua orang boleh lihat kehebatan ada padanya apabila memberi impak yang besar kepada persembahan Kelantan selepas kemasukannya di separuh masa kedua.
Pertahan kejuaraan
“Apa yang menjadi masalah buatnya adalah dia tidak mampu bermain 90 minit kerana masih belum cergas sepenuhnya selepas baru pulih daripada kecederaan.
“Semua pemain berhak mendapat pujian selepas menunjukkan disiplin yang tinggi dan kualiti sebenar pasukan Kelantan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan, malam kelmarin.
Kelantan muncul juara Kumpulan C dan bakal berdepan naib juara Kumpulan B, Johor Darul Takzim (DT) pada peringkat suku akhir Piala Malaysia.
Hodak berkata, kemenangan malam kelmarin memberi lebih keyakinan kepadanya bahawa Kelantan mampu mempertahankan status juara bertahan Piala Malaysia. “

#kelate.net
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets