Friday, 13 September 2013

2 Gol Bukan Jaminan

Walaupun sudah menjaringkan 2 gol, masih belum ada sebarang jaminan buat penyerang dari Sabah, Mohd. Rozaimi Abd. Rahman untuk mendapat tempat secara automatik dalam kesebelasan utama menjelang perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2013 berdepan Myanmar di sini, esok.

Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee mahu melihat Rozaimi memperbaiki lagi kemampuan terutama daripada aspek bertahan semasa pasukan sedang diserang oleh pasukan lawan.

Jelasnya, Rozaimi memang seorang penyerang yang baik, cuma apabila memikirkan strategi pasukan daripada segi keseluruhan, dia perlu membuat keputusan berdasarkan kekuatan pasukan lawan.

"Rozaimi yang kita kenali memang mempunyai sentuhan gol yang cukup baik tetapi setiap perlawanan adalah berbeza kerana kekuatan pasukan sentiasa berlainan. Banyak perkara yang saya akan ambil kira seperti berapa peratus seseorang pemain itu membantu pasukan dalam situasi bertahan kerana itu cukup penting bagi memastikan pasukan sentiasa beraksi dengan baik sepanjang masa."

"Saya tahu mungkin dia (Rozaimi) kecewa, tetapi tidak ada jalan pintas buat dirinya @ sesiapa pun untuk berada dalam kesebelasan utama, mereka kena berusaha gigih dan tidak menunjukkan sikap cepat berputus asa," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar, kelmarin.


Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets