Sunday, 30 June 2013
Saturday, 29 June 2013
Kitalah JUARAAAAAAAAAAAAAAA
TAHNIAH Kelantan kerana berjaya mengekalkan kejuaraan Piala FA dan layak ke AFC 2014. Kepada Johor DT, layak ke final sudah dianggap satu pencapaian yang patut dibanggakan.
#MALAYSIA FOOTBALL TEAM

#MALAYSIA FOOTBALL TEAM
Live Streaming FINAL FA
Live streaming FiINAL FA .. haha ..
jnge paka hok rtm tuh ... line slow .. hehe ...
# Sport Portal & Link Streaming
♦http://tv2.rtm.gov.my/
♦http://hrmaumlya.blogspot.com/ 2013/03/astro-arena-3.html
♦http:// soccerstream.bazookapenaka.com/
♦http://www.firstrow1.eu/watch/ 193443/1/ watch-kelantan-fa-vs-darul-takz im-fc.html
jnge paka hok rtm tuh ... line slow .. hehe ...
# Sport Portal & Link Streaming
♦http://tv2.rtm.gov.my/
♦http://hrmaumlya.blogspot.com/
♦http://
♦http://www.firstrow1.eu/watch/
MASUK FREEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE
Pintu Hijau sudah dipecahkan pd pukul 3 ptg tadi .. hehe
#Sukan Star ( Laman Berita Sukan Yang Di Ulas Dengan Kaki )
#Sukan Star ( Laman Berita Sukan Yang Di Ulas Dengan Kaki )
Friday, 28 June 2013
Perusuh dicari polis

Sebahagian penyokong Kelantan bertindak agresif selepas gagal membeli tiket final Piala FA.
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian penyokong Kelantan mencetuskan kekecohan selepas gagal membeli tiket final Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, kelmarin.
Siasatan dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 295 kanun sama, melakukan rompakan berkumpulan.
Mengikut Seksyen 147, mereka yang disabitkan kesalahan boleh dipenjara dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali manakala Seksyen 395 pula, boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat.
Terima tiga laporan
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar berkata polis menerima tiga laporan yang dibuat penyokong dan penjual tiket, kelmarin.
“Polis sudah membuka dua kertas siasatan masing-masing mengikut Seksyen 147 dan 295 Kanun Keseksaan.
“Setakat ini masih belum ada tangkapan dilakukan kerana siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kelmarin, penjualan tiket final Piala FA di stadium berkenaan kecoh apabila sebilangan besar penyokong Kelantan tidak berpuas hati selepas tiket habis dijual dalam tempoh tidak sampai 15 minit.
Keadaan bertambah buruk apabila mereka bertindak ganas dengan menendang salah satu pintu masuk stadium sehingga rosak dan mengejar kakitangan KAFA sebelum merampas tiket Liga Super membabitkan aksi Kelantan dan Pahang, malam kelmarin.
#kelate.net
FA : TATASUSILA DI STADIUM
hok terbaru plop Final FA:
arahan dari FAM :
-tidak dibenarkan memakai apa jua bentuk pakaian yang berceloreng
-tidak boleh bawa masuk resit roll
-no more flare,bom asap dan sewaktu dengannya
-hanya bendera Johor,Kelantan dan Malaysia sahaja dibenarkan dibawa masuk
-banner dibenarkan pasang seawal 12 tgh hari
-tidak dibenarkan memakai topeng muka
arahan dari FAM :
-tidak dibenarkan memakai apa jua bentuk pakaian yang berceloreng
-tidak boleh bawa masuk resit roll
-no more flare,bom asap dan sewaktu dengannya
-hanya bendera Johor,Kelantan dan Malaysia sahaja dibenarkan dibawa masuk
-banner dibenarkan pasang seawal 12 tgh hari
-tidak dibenarkan memakai topeng muka
FA : RAMALAN
RAMALAN pakar untuk FINAL Piala FA2013 :
1. Kelantan 2-0 Darul Takzim FC - Azlan Johar
2. Kelantan 2-1 Darul Takzim FC - Dato'M.Karathu
3. Kelantan 2-1 Darul Takzim FC - Jalaluddin Jaafar(Kapten Pahang)
4. Kelantan 2-0 Darul Takzim FC - Irfan Bakti
5. Kelantan 1-0 Darul Takzim FC - Najib Razak(Perdana Menteri)
RAMALAN ANDA ???
PERSOALAN : Adakah Azlan Johar dan Najib Razak Ialah PAKAR ???
#football Kelantan
1. Kelantan 2-0 Darul Takzim FC - Azlan Johar
2. Kelantan 2-1 Darul Takzim FC - Dato'M.Karathu
3. Kelantan 2-1 Darul Takzim FC - Jalaluddin Jaafar(Kapten Pahang)
4. Kelantan 2-0 Darul Takzim FC - Irfan Bakti
5. Kelantan 1-0 Darul Takzim FC - Najib Razak(Perdana Menteri)
RAMALAN ANDA ???
PERSOALAN : Adakah Azlan Johar dan Najib Razak Ialah PAKAR ???
#football Kelantan
Thursday, 27 June 2013
Final FA : Official Statement
Bersempena dengan perlawanan akhir Piala FA 2013 Sabtu ini,pihak Sinar Harian, salah sebuah penaja pasukan bolasepak Kelantan FA akan menaja Takwim Ramadhan dalam bentuk Kertas Tifo untuk diagihkan kepada 30,000 penyokong Kelantan didalam Stadium Nasional Bukit Jalil nanti. Kertas Tifo ini juga mengandungi lirik lagu sorak yang akan di agihkan oleh GEMPITA Kelantan (Gabungan Kelab-kelab Penyokong Bolasepak Kelantan) dari Gate F hingga ke Gate L bagi ketiga-tiga tingkat Stadium. Para penyokong diminta untuk berdiri dan mengangkat Kertas Tifo dengan bahagian warna putih atau merah dipamerkan, sambil mengikuti cara sorakan Ultras Kelantan dan gabungan paluan gendang KPBSK pada masa pemain Kelantan keluar warm-up dan semasa lagu Negaraku berkumandang sebelum perlawanan dimulakan. Diharapkan para penyokong Kelantan dapat menyimpan dan membawa pulang Kertas Tifo ini bagi dijadikan rujukan jadual berbuka puasa & bersahur di bulan Ramadhan 1434H nanti. Terima kasih
Di Larkin Pulakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Di khabarkan kaunter tiket di buka 10 minit kemudian tutup 2 jam, dan di buka 5 minit. Selepas itu di katakan tiket sudah habis di jual?
Sesiapa berada di Stadium Larkin boleh berikan kesahihannya?
ADAKAH INI SEMUA KERJA ULAT TIKET?
#MALAYSIA FOOTBALL TEAM
Sesiapa berada di Stadium Larkin boleh berikan kesahihannya?
ADAKAH INI SEMUA KERJA ULAT TIKET?
#MALAYSIA FOOTBALL TEAM
Hodak Puji Ahmad Fakri

Ahmad Fakri Saarani
Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak memuji persembahan penyerang The Red Warriors (TRW), Ahmad Fakri Saarani yang beraksi cemerlang pada saingan Liga Super menentang Pahang, di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam kelmarin.
Jurulatih berusia 42 tahun dari Crotia itu berkata, prestasi permainan Ahmad Fakri kini semakin meningkat apabila berjaya mencipta beberapa peluang terbaik pada perlawanan itu.
Katanya, beliau berharap bekas penyerang kelab Portugal Atletico SC itu dapat mengekalkan prestasi terutama menjelang perlawanan akhir Piala FA dengan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
“Ahmad Fakri bermain sangat baik malam ini (malam kelmarin). Dia berhak mendapat pujian apabila bekerja keras sepanjang perlawanan dan boleh dianggap sebagai pemain paling rajin.
“Dia berjaya mencipta beberapa peluang selain turut mendapat peluang untuk menjaringkan gol, namun hanya nasib tidak menyebelahinya.
Badhri, Zamri jadi wira
“Prestasinya baik setakat ini dan ia perlu dikekalkan menjelang perlawanan akhir Piala FA. Dia hanya perlu lebih tenang di hadapan pintu gol,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Pahang di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam kelmarin.
Dalam perlawanan itu, kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi dan Zamri Ramli menjadi wira TRW apabila masing-masing menyumbangkan satu gol untuk memastikan kemenangan 2-0 ke atas Pahang.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Kelantan merampas kedudukan tangga kelima dalam liga daripada Pahang.
Selain itu, Hodak berkata, beliau turut gembira apabila pemain tengah, Indra Putra Mahayuddin sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan boleh diturunkan pada perlawanan akhir Piala FA.
Katanya, semua pemainnya berada tahap terbaik menjelang perlawanan akhir itu kecuali Dickson Nwakaeme yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
“Indra sudah pulih dan ia memberi impak yang baik kepada pasukan dalam melakukan persediaan untuk final Piala FA,” katanya.
#kelate.net
FA : Ulat Tiket Dikesan

KOTA BHARU – Tiket perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) pada Sabtu ini turut dijual ‘ulat tiket’ di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini hari ini.
Skuad The Red Warriors bakal bertemu Harimau Selatan pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, 8.45 malam.
Tinjauan Bernama di kawasan itu mendapati ada segelintir individu cuba mengaut keuntungan tinggi apabila menjual tiket pada harga RM60 berbanding harga asal RM40 dan harga itu dijangka meningkat menjelang perlawanan pada Sabtu ini.
Wartawan Bernama yang menyamar sebagai pembeli, mendapati ‘ulat tiket’ melakukan operasi mereka pada waktu pagi dan difahamkan sehingga malam dengan menjadikan gerai menjual pakaian di sekitar perkarangan stadium sebagai tempat beroperasi.
Seorang penyokong yang hanya mahu dikenali sebagai Min dari Tumpat kesal kerana Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) tidak memantau kegiatan haram itu.
“Ketika tiket dijual semalam, saya antara penyokong yang datang awal beratur untuk mendapatkan tiket. Saya beratur sejak awal pagi bersama beberapa rakan tetapi kecewa kerana tidak sampai 15 minit kaunter dibuka, pengurusan Kafa umumkan tiket habis dijual.
“Hari ini, ketika sedang makan tengah hari di sebuah gerai di perkarangan stadium, saya nampak ada segelintir individu bukan sahaja menjual tiket secara haram malah pada harga tinggi untuk mengaut keuntungan,” katanya.
Semalam, kira-kira 2,000 penyokong The Red Warriors yang menunggu seawal 6 pagi berang apabila tiket diumumkan habis dijual dalam masa 15 minit.
Sementara itu, Presiden Kafa yang digantung Tan Sri Annuar Musa menulis di laman sosial Facebooknya bahawa beliau kesal dengan tindakan persatuan itu yang terus melayan permintaan daripada kelab penyokong yang membeli secara pukal walaupun tarikh tamat untuk tempahan tiket ialah pada 15 Jun lepas.
Anggota parlimen Ketereh itu turut dukacita kerana cadangan beliau supaya sekurang-kurangnya 8,000 tiket disimpan untuk jualan terbuka tidak dipatuhi Kafa. – Bernama
#kelate.net
Datuk Ahmad Yakob (Menteri Besar Kelantan) wrote
Saya mengucapkan selamat berjuang kepada pemain-pemain pasukan Kelantan The Red Warriors yang akan berentap menentang pasukan JDT di pentas akhir Piala FA Sabtu ini. Semoga kejayaan
menjadi milik kita.
Kepada para penyokong yang akan menyaksikan perlawanan ini,
saya berharap agar dapat menjaga
tatasusila sepanjang berada di dalam dan luar stadium. Jaga nama baik anak Kelantan dan pastikan tidak meninggalkan kewajipan solat.
Jadikan bolasepak sebagai sukan memupuk muhibbah dan insya-allah saya yakin, anak-anak Kelantan dapat melakukannya! Selamat menonton dan berhati-hati
di dalam perjalanan.
#AmirUndertaker Trw
menjadi milik kita.
Kepada para penyokong yang akan menyaksikan perlawanan ini,
saya berharap agar dapat menjaga
tatasusila sepanjang berada di dalam dan luar stadium. Jaga nama baik anak Kelantan dan pastikan tidak meninggalkan kewajipan solat.
Jadikan bolasepak sebagai sukan memupuk muhibbah dan insya-allah saya yakin, anak-anak Kelantan dapat melakukannya! Selamat menonton dan berhati-hati
di dalam perjalanan.
#AmirUndertaker Trw
Wednesday, 26 June 2013
KAFA Seakan Hilang Pendirian

Penyokong berebut tiket yang disangka tiket final Piala FA yang dirampas daripada penjual tiket selepas tidak berpuas hati apabila mendapat tahu tiket habis dijual dalam tempoh 10 minit di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.
Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) seakan hilang pendirian dalam aspek pengurusan termasuk penjualan tiket menjelang empat hari sepak mula final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Ini berikutan terdapat dua percanggahan kenyataan membabitkan dua orang penting dalam persatuan berkenaan selepas kejadian kekecohan penyokong ketika penjualan tiket final di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.
KAFA dakwa jualan telus
Ketika mesyuarat, kami sudah tetapkan tiket final Piala FA dan Liga Super dijual di kaunter berasingan. Namun apa yang berlaku hari ini (semalam) berbeza dengan apa yang diputuskan ketika mesyuarat.” Pegawai KAFA
Ketika mesyuarat, kami sudah tetapkan tiket final Piala FA dan Liga Super dijual di kaunter berasingan. Namun apa yang berlaku hari ini (semalam) berbeza dengan apa yang diputuskan ketika mesyuarat.” Pegawai KAFA
“Ketika mesyuarat, kami sudah tetapkan tiket final Piala FA dan Liga Super dijual di kaunter berasingan. Namun apa yang berlaku hari ini (semalam) berbeza dengan apa yang diputuskan ketika mesyuarat.
“Semua keputusan yang dibuat tidak diikuti ketika tiket dijual. Macam mana penyokong tidak marah kalau tiket tidak dijual seperti yang dijanjikan,” kata seorang pegawai KAFA yang enggan mendedahkan identitinya semalam.
Lain pula cerita daripada Bendahari KAFA, Nik Aminaldin Jaafar yang menyifatkan penjualan tiket final FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) kepada penyokong dibuat secara telus.
#kelate.net
Penyokong Kelantan Mengamuk ... errmm ... sapoe saloh ?

SEBAHAGIAN penyokong The Red Warriors memecah masuk pintu utama Stadium Sultan Muhammad IV selepas gagal membeli tiket di Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU – Ribuan penyokong The Red Warriors yang berang merempuh pintu utama stadium selepas tiket perlawanan akhir Piala FA habis dijual dalam tempoh lima minit sejurus kaunter jualan mula dibuka 9.30 pagi, semalam.
Situasi tersebut menimbulkan kemarahan penyokong-penyokong The Red Warriors yang kebanyakan mula beratur di kaunter jualan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini seawal pukul 6.30 pagi untuk membeli tiket tersebut.
Mereka yang ditemui meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang disifatkan tidak berlaku adil dengan tindakan tersebut.
Seorang penyokong, Mohd. Hamdan Abdul Mutalib, 37, mempersoalkan bagaimana tiket tersebut boleh habis dijual dalam tempoh lima minit sebaik sahaja kaunter jualan dibuka.
Menurutnya, dia hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan tiket mula dijual kepada penyokong mulai semalam.
Ini bukan kali pertama masalah ini berlaku. Setiap kali Kelantan beraksi pada perlawanan akhir kejadian ini pasti berulang dan saya teramat kecewa dengan tindakan KAFA ini.
Selaku penyokong saya rasa tertipu dengan tindakan ini. Saya beratur seawal pukul 7 pagi semata-mata untuk mendapatkan tiket final, namun apa yang ada hanyalah tiket perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Pahang.
Tindakan KAFA berbuat demikian bukanlah sesuatu yang bijak. Tiket final sepatutnya dijual secara berasingan dengan perlawanan biasa, ini bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di kaunter jualan,” katanya di sini, semalam.
Mohd. Hamdan mendesak KAFA memberikan penjelasan kepada penyokong berhubung insiden tersebut.
Seorang lagi penyokong, Nurul Azuan Zulkifli, 23, memberitahu apa yang mengejutkannya, ada beberapa individu yang bertindak sebagai ulat menjual tiket final dengan harga tinggi daripada harga asal.
Saya terkejut, bagaimana ulat boleh mendapat tiket-tiket final, sedangkan pengumuman yang dibuat pada pukul 10.30 pagi memberitahu tiket telah habis terjual.
Bukan itu sahaja, tiket tersebut dijual dengan harga antara RM45 hingga RM80 untuk sekeping,” ujarnya.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, lebih 1,000 penyokong Kelantan beratur panjang untuk membeli tiket final, bagaimanapun gagal selepas tiket berkenaan habis dalam tempoh lima minit.
#kelate.net
Kejadian Boxing Di Ipoh
#Pengadil Gagal, Seladang Dan Singa Bertempur Di Stadium Ipoh
Kegagalan pengadil mengawal perlawanan menyebabkan pemain-pemain Perak dan Lions XII bertempur pada akhir masa perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam semalam.
Pemain utama dan simpanan kedua-dua pasukan bertempur di tengah padang dalam masa kecederaan yang mana disaksikan lebih 8,000 penyokong Perak dan hampir 100 penyokong Lions XII.
Perlawanan tersebut berakhir dengan kedudukan seri 1 - 1.
Insiden itu bermula apabila pembantu pengadil 1, Muhammad Hanif enggan mengesahkan bola yang dijaringkan oleh salah seorang pemain Perak sudah melepasi garisan gol Lions XII.
Keengganan pembantu pengadil tersebut berbuat demikian menyebabkan Paulo Rangel melakukan bantahan dan dilayangkan kad kuning.
Tindakan tersebut menyebabkan keadaan tegang dan ketegangan itu bertambah apabila pertahanan Perak, Khairi Kiman dilayangkan kad merah.
Selepas itu, kedua-dua pasukan bertempur dan berlaku tolak menolak yang mana pengadil segera menamatkan permainan.
Sebelum itu, Perak telah mempamerkan persembahan bertenaga dengan menyekat kemaraan pasukan lawan dan melakukan serangan balas yang bertenaga.
Perak berada di depan setelah Paulo Rangel menjaringkan gol pada minit ke-59 dengan mengelirukan penjaga gol Lions XII pada minit ke-59.
Selepas itu, Lions XII menyamakan kedudukan melalui sepakan bebas yang disempurnakan oleh Shahfiq Ghani pada minit ke-77.
Cc:peraknews.com
#MALAYSIA FOOTBALL TEAM
Kegagalan pengadil mengawal perlawanan menyebabkan pemain-pemain Perak dan Lions XII bertempur pada akhir masa perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam semalam.
Pemain utama dan simpanan kedua-dua pasukan bertempur di tengah padang dalam masa kecederaan yang mana disaksikan lebih 8,000 penyokong Perak dan hampir 100 penyokong Lions XII.
Perlawanan tersebut berakhir dengan kedudukan seri 1 - 1.
Insiden itu bermula apabila pembantu pengadil 1, Muhammad Hanif enggan mengesahkan bola yang dijaringkan oleh salah seorang pemain Perak sudah melepasi garisan gol Lions XII.
Keengganan pembantu pengadil tersebut berbuat demikian menyebabkan Paulo Rangel melakukan bantahan dan dilayangkan kad kuning.
Tindakan tersebut menyebabkan keadaan tegang dan ketegangan itu bertambah apabila pertahanan Perak, Khairi Kiman dilayangkan kad merah.
Selepas itu, kedua-dua pasukan bertempur dan berlaku tolak menolak yang mana pengadil segera menamatkan permainan.
Sebelum itu, Perak telah mempamerkan persembahan bertenaga dengan menyekat kemaraan pasukan lawan dan melakukan serangan balas yang bertenaga.
Perak berada di depan setelah Paulo Rangel menjaringkan gol pada minit ke-59 dengan mengelirukan penjaga gol Lions XII pada minit ke-59.
Selepas itu, Lions XII menyamakan kedudukan melalui sepakan bebas yang disempurnakan oleh Shahfiq Ghani pada minit ke-77.
Cc:peraknews.com
#MALAYSIA FOOTBALL TEAM
Info Kad Kuning Obina
info : Kad Kuning Obinna.
Diumumkan skali lagi, Obinna Nwaneri buleh bermain perlawanan akhir dengan JDT pada Sabtu depan. Perkara ini disahkan sendiri Penolong pengurus pasukan, Saudara Wan Badri kepada RedsFC-News.. Walaupun mengutip tiga kad kuning, Pengantungan perlawanan hanya dikenakan pada perlawanan Liga Super dan tidak dikira dalam saingan Piala kecuali kad merah terus spt Aidil Zafuan..
#RedsFC-News
Diumumkan skali lagi, Obinna Nwaneri buleh bermain perlawanan akhir dengan JDT pada Sabtu depan. Perkara ini disahkan sendiri Penolong pengurus pasukan, Saudara Wan Badri kepada RedsFC-News.. Walaupun mengutip tiga kad kuning, Pengantungan perlawanan hanya dikenakan pada perlawanan Liga Super dan tidak dikira dalam saingan Piala kecuali kad merah terus spt Aidil Zafuan..
#RedsFC-News
Tuesday, 25 June 2013
Boxing Malaysia

Apakah ??? ... errmmmm .... bronarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Sekitar Final ... Penjual Tiket dikejar ??? muahhaaaaa
KOTA BHARU : Penjualan tiket Final Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) hari ini kecoh selepas tiket yang dijual habis dalam tempoh kurang 15 minit sehingga penyokong Kelantan berang lalu menyerbu masuk ke dalam stadium dan mengejar penjual tiket.
Penjualan tiket bermula jam 9 pagi itu pada mulanya tenang, namun suasana bertukar kecoh dan tidak terkawal selepas pengumuman tiket habis dijual dibuat kira-kira jam 10.30 pagi.
Kira-kira 3,000 penyokong The Red Warriors (TRW) hadir untuk membeli tiket, namun mereka mendakwa hanya 16 tiket dijual kepada empat pembeli dalam tempoh kurang 15 minit sebelum tiket diisytiharkan habis dijual.
Penyokong bertambah berang apabila KAFA menggantikan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dengan tiket perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Pahang, hari ini.
Beg tiket yang dibawa penjual tiket berjaya dirampas selepas dikejar penyokong sehingga ke dalam padang, namun beg itu hanya mengandungi tiket perlawanan Liga Super berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima tiga laporan polis berhubung kekecohan yang berlaku di SSMIV.
"Kita serahkan masalah ini kepada KAFA untuk menyelesaikannya kerana kita tidak terbabit dalam penjualan tiket," katanya.

#Kelantan FC
Penjualan tiket bermula jam 9 pagi itu pada mulanya tenang, namun suasana bertukar kecoh dan tidak terkawal selepas pengumuman tiket habis dijual dibuat kira-kira jam 10.30 pagi.
Kira-kira 3,000 penyokong The Red Warriors (TRW) hadir untuk membeli tiket, namun mereka mendakwa hanya 16 tiket dijual kepada empat pembeli dalam tempoh kurang 15 minit sebelum tiket diisytiharkan habis dijual.
Penyokong bertambah berang apabila KAFA menggantikan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dengan tiket perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Pahang, hari ini.
Beg tiket yang dibawa penjual tiket berjaya dirampas selepas dikejar penyokong sehingga ke dalam padang, namun beg itu hanya mengandungi tiket perlawanan Liga Super berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima tiga laporan polis berhubung kekecohan yang berlaku di SSMIV.
"Kita serahkan masalah ini kepada KAFA untuk menyelesaikannya kerana kita tidak terbabit dalam penjualan tiket," katanya.

#Kelantan FC
Kelantan Makin BErselera Besar

HODAK (dua dari kanan) mengendalikan sesi latihan skuad Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu baru-baru ini.
SELEPAS berjaya membelasah Terengganu 4-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu Jumaat lalu, Kelantan semakin bersemangat meneruskan momentum kemenangan.
Kini The Red Warrios mahu menjadikan Pahang sebagai mangsa terbaharu apabila melayan kunjungan skuad Tok Gajah itu pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.
Bagaimanapun, jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mengakui pertemuan menentang Pahang bukan tugas yang mudah, apatah lagi barisan kendalian Dollah Salleh itu pasti mahu bangkit selepas tewas mengejut 1-2 kepada Perak di Kuantan Sabtu lalu.
Hodak percaya Pahang sudah pasti mahu menebus kembali kekalahan itu ketika menentang Kelantan, sekali gus mengembalikan keyakinan penyokong Tok Gajah.
Menurutnya, Pahang memiliki kelebihan apabila mempunyai barisan pemain tengah yang cukup baik, seterusnya mampu memberi kesulitan kepada benteng pertahanan Kelantan.
“Pahang merupakan pasukan yang baik, pada saya mereka mempunyai barisan pemain tengah yang baik, mungkin yang terbaik di Malaysia.
“Penyerang mereka juga cukup baik dengan barisan pertahanan yang hampir sempurna. Saya melihat ini merupakan perlawanan yang agak sengit.
“Masalah besar saya adalah untuk memotivasikan para pemain supaya mental mereka fokus pada perlawanan ini kerana saya tahu sebahagian daripada mereka sedang menumpukan perhatian untuk persediaan perlawanan akhir Piala FA nanti,” kata Hodak ketika ditemui semalam.
Tambahnya, kehadiran Damian Stewart di barisan pertahanan Pahang juga menyulitkan kerja jentera serangan Kelantan.
“Walaupun pergerakan dia (Stewart) agak perlahan tetapi dia mempunyai pengalaman yang luas serta memiliki kekuatan ketika perebutan bola di udara.
“Dia juga memiliki kelebihan dalam situasi set pieces selain cekap mengendalikan barisan pertahanan Pahang,” kata Hodak.
Ketika ditanya sama ada akan mengekalkan kesebelasan utama ketika menentang Terengganu, Hodak tidak menolak kemungkinan bakal melakukan beberapa perubahan selepas kembalinya beberapa pemain daripada menjalani tempoh penggantungan dan masalah kecederaan.
“Saya perlu melihat keadaan beberapa pemain dan saya akan membuat keputusan. Kemungkinan Nik Shahrul Azim (Abdul Halim) dan Daudsu (Jamaluddin) akan kembali dalam pasukan selepas digantung.
“Farisham (Ismail) juga beraksi dengan baik, dia semakin cergas dan beraksi dengan baik.
“Saya akan mencari kesebelasan yang terbaik dan jika semua baik mungkin tidak perlu melakukan banyak perubahan,” ujarnya.
#kelate.net
TRW tekan TUMBANGKAN Pahang

Bojan Hodak
KOTA BHARU – Kelantan bertekad mahu menumbangkan Pahang pada aksi Liga Super di gelanggang sendiri malam ini, sebagai bekalan moral menjelang aksi final Piala FA, Sabtu ini.
Pengendali Kelantan, Bojan Hodak (gambar) berkata, kemenangan ke atas Pahang amat penting sebagai motivasi kepada pasukannya menjelang pertemuan akhir Piala FA nanti.
Menurut Hodak, perlawanan ini merupakan sebahagian daripada rangka persiapan akhir pasukan menjelang perhitungan dengan Johor Darul Takzim bagi merebut kejuaraan Piala FA.
“Jadi kita perlu menang pada perlawanan ini. Kemenangan ke atas Pahang akan melonjakkan lagi semangat barisan pemain menjelang aksi akhir itu nanti.
“Selain itu, kita mahu mengekalkan rentak kemenangan pada perlawanan ini serta mengutip mata penuh bagi memperbaiki kedudukan dalam carta liga musim ini,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Dalam pada itu, Hodak, tetap waspada ancaman skuad Tok Gajah memandangkan mereka pernah tumbang dalam aksi sebelum ini.
“Pahang sebuah pasukan yang hebat, mereka ada ramai pemain berbakat dan mempunyai pengalaman luas dalam saingan liga,” ujarnya.
#kelate.net
Monday, 24 June 2013
TRW Yakin Pintas Pahang

Faiz Subri
KOTA BHARU – Pemain sayap Kelantan, Mohd. Faiz Subri mengakui pasukannya kini berada pada landasan tepat untuk berada dalam kedudukan lima terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.
Mohd. Faiz berkata, kemenangan 4-0 ke atas Terengganu dalam aksi Liga Super di Kuala Terengganu, Jumaat lalu menghidupkan semula peluang Kelantan dengan baki tiga perlawanan sebelum saingan liga ditamatkan musim ini.
Menurut Mohd. Faiz, pertemuan dengan Pahang di Stadium Sultan Muhammad IV Selasa ini mahu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mengutip mata penuh.
“Jumlah pungutan mata kita dengan pasukan Pahang tidak banyak beza. Kemenangan ke atas Pahang pada perlawanan ini membuka peluang kita untuk memintas mereka.
“Begitupun Pahang bukanlah pasukan mudah untuk ditundukkan. Mereka pasti akan bangkit selepas tumpas mengejut pada perlawanan tempoh hari,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Tambah Mohd. Faiz, dia dan rakan sepasukan sudah bersedia untuk memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu, seterusnya menghadiahkan tiga mata buat Kelantan.
Kelantan yang berada di kedudukan keenam dalam carta liga berpeluang memintas Pahang jika menang pada perlawanan tersebut.
Kedua-dua pasukan ini hanya dibezakan dengan dua mata selepas Kelantan mengumpul 27 mata dan Pahang 29 mata.
Dalam perkembangan lain, anak kelahiran Air Hitam, Kedah itu mengakui, jaringan yang dilakukan pada pertemuan dengan Terengganu tempoh hari menguatkan lagi azamnya untuk meledakkan lebih banyak gol pada perlawanan berikutnya.
“Sebagai pemain bola sepak, jaringan gol amat penting dan ia merupakan satu lonjakan semangat untuk terus memberikan aksi terbaik dalam perlawanan selepas ini,” ujarnya.
#kelate.net
Saturday, 22 June 2013
TRW Pesta Gol Belasah Terengganu

Pemain Terengganu, Ismail Faruqi (kiri) hampir terjatuh akibat diasak pemain Kelantan, Dickson Nwakaeme dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.
Kuala Terengganu: Hajat Terengganu untuk melunaskan dendam bukan saja tidak kesampaian, malah sekali lagi diaibkan finalis Piala FA apabila tewas 0-4 kepada Kelantan pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.
Disaksikan hampir 10,000 penyokong, tuan rumah yang buat kali pertama beraksi pada sebelah malam musim ini bagaimanapun bermula baik apabila beberapa kali melancarkan asakan berbahaya ke kubu lawan.
Ketiadaan tiga tonggak utama pasukan Terengganu nyata memberi kesan kepada skuad kendalian E Elavarasan apabila gagal mencipta gerakan menarik selain benteng pertahanan tuan rumah agak longgar.
Tuan rumah nyaris mendahului di babak pertama menerusi jentera tengah, Mohd Fakhrurazi Musa seawal minit ke-3, namun sepakan leretnya dari luar kotak penalti mudah dibaca penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.
Pada minit kelima, pasukan tuan rumah sekali lagi berjaya mencipta peluang untuk berada di depan menerusi perancang lincah, Ismail Faruqi Ashaari namun rembatan derasnya sekadar menggegarkan tiang gol.
Pecah kebuntuan
Kelantan memecah kebuntuan jaringan apabila kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi melakukan lambungan dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Terengganu, pada minit ke-11. Jaringan itu menyuntik semangat skuad kendalian Bojan Hodak untuk mendominasi perlawanan.
Bersambung babak kedua perlawanan pasukan pelawat terus mengasak benteng pertahanan Terengganu dan hasilnya Dickson Nwakaeme berjaya mencetak nama untuk gol kedua Kelantan seminit selepas wisel permulaan ditiup.
Berselang tiga minit selepas itu, Kelantan terus menambah derita tuan rumah dengan gol ketiga menerusi pemain kelahiran Terengganu, Mohd Norfarhan Mohamad hasil tendangan derasnya di dalam kotak penalti.
Terengganu yang terdesak terus mengatur gerakan untuk mencari jaringan, namun kelalaian benteng pertahanan terus dihukum pelawat dengan gol keempat pada minit ke-55 melalui rembatan cantik Mohd Faiz Subri.
Friday, 21 June 2013
TRW yakin jinakkan penyu

Nwakaeme (kiri) akan mengetuai jentera serangan Kelantan sementara Bikana tersisih setelah mengumpul enam kad kuning.
BERAKSI tanpa tiga tonggak utama, Kelantan optimis mampu menjinakkan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.
Tanpa kelibat Mohd Daudsu Jamaludin dan Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim digantung perlawanan serta Indra Putra Mahayuddin mengalami kecederaan, pengendalinya, Bojan Hodak percaya mereka mampu menghadiahkan tiga mata penuh.
“Terengganu terpaksa meletakkan harapan tinggi kepada barisan pemain tempatan, tetapi kami bertandang ke Kuala Terengganu dengan barisan terkuat termasuk kehadiran import, Obinna Nwaneri dan Dickson Nwakaeme.
“Saya tahu rekod Kelantan beraksi di sana tidak begitu bagus namun itu tidak bermakna kami terpaksa tunduk kali kedua kepada mereka musim ini. Paling penting, pemain fokus 100 peratus.
Sementara itu, kehadiran Azizi Matt Rose dan Nwakaeme yang pulih sepenuhnya daripada kecederaan menguatkan lagi jentera pertahanan dan serangan pasukan.
Namun, Hodak tetap mengingatkan pemain agar tidak memandang rendah kemampuan Terengganu yang pasti menyandarkan harapan kepada Mohamad Ashari Samsudin selaku penyerang berbisa untuk merobek gawang pasukannya.
Terengganu yang akan beraksi buat pertama kali pada sebelah malam dilihat tertekan untuk meraih tiga mata setelah hilang sentuhan Jean Emmanuel Effa Owona dan Abdul Manaf Mamat akibat kad merah dalam aksi separuh akhir Piala FA sementara Vincent Bikana mengumpul enam kad kuning dalam saingan liga.
Menurut Hodak, kekalahan 2-4 pada separuh akhir kedua Piala FA bulan lalu tidak sesekali dijadikan motif membalas dendam, sebaliknya, matlamat utama ialah meraih mata maksimum pada baki empat perlawanan liga itu.
“Matlamat utama adalah pertahanan Piala FA. Tetapi kami mahu akhiri saingan Liga Super di kedudukan terbaik. Semua perlawanan cukup penting, dan kemenangan ke atas Terengganu dan Pahang (Liga Super) bakal menyuntik semangat pemain sebelum bertemu Darul Takzim FC pada 29 Jun ini,” katanya.
#kelate.net
TRW tanpa kereta kebal

Daudsu Jamaluddin
Pengganti saya dan Nik Shahrul mampu kekang asakan jiran: Daudsu
Kota Bharu: Kelantan akan turun tanpa kelibat pemain pertahanan kental yang juga dianggap sebagai ‘kereta kebal’, Mohd Daudsu Jamaluddin kerana mengutip enam kad kuning menjelang pertemuan Liga Super menentang pasukan jiran, Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.
Selain Mohd Daudsu, seorang lagi pemain pertahanan, Nik Shahrul Azim Ab Halim juga tidak dapat diturunkan kerana turut digantung satu perlawanan selepas mengutip enam kad kuning dalam perlawanan sebelum ini.
Skuad kendalian Bojan Hodak itu dilihat semakin parah selepas pemain berpengalaman, Indra Putra Mahayuddin juga mungkin tidak dapat diturunkan dalam perlawanan malam ini kerana masih dibelenggu masalah kecederaan buku lali.
Daudsu berharap rakan sepasukan dapat beraksi pada tahap terbaik dalam perlawanan malam ini dan mampu memberi mata kepada skuad The Red Warriors (TRW).
Harus sekat Penyu
“Saya yakin pemain yang bakal menggantikan tempat saya dan Nik Shahrul (Azim) di barisan pertahanan dapat bermain baik dan sekali gus tidak memberi tugas mudah kepada barisan serangan Terengganu melancarkan serangan.
“Kelantan sangat memerlukan kemenangan dalam baki empat perlawanan liga untuk memperbaiki kedudukan dan sebagai pemain, memang tidak dinafikan perasaan kecewa apabila tidak dapat membantu pasukan di saat khidmat kita diperlukan,” katanya.
Sementara itu, pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata, ketiadaan dua tonggak pertahanan itu sedikit membimbangkan tetapi yakin Hodak ada ramuan terbaik memperkuatkan barisan pertahanan.
“Memang tidak dinafikan ketiadaan Daudsu dan Nik Shahrul Azim sedikit tambahan Indra Putra yang mungkin tak dapat diturunkan. Tapi kami masih ada ramai ramai pemain hebat menggantikan tempat mereka. Saya juga yakin, Hodak akan membuat perubahan terbaiki memastikan kita tidak pulang dengan tangan kosong dari Kuala Terengganu,” katanya.
#kelate.net
#kelate.net
Subscribe to:
Posts (Atom)