#Pengadil Gagal, Seladang Dan Singa Bertempur Di Stadium Ipoh
Kegagalan pengadil mengawal perlawanan menyebabkan pemain-pemain Perak dan Lions XII bertempur pada akhir masa perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam semalam.
Pemain utama dan simpanan kedua-dua pasukan bertempur di tengah padang dalam masa kecederaan yang mana disaksikan lebih 8,000 penyokong Perak dan hampir 100 penyokong Lions XII.
Perlawanan tersebut berakhir dengan kedudukan seri 1 - 1.
Insiden itu bermula apabila pembantu pengadil 1, Muhammad Hanif enggan mengesahkan bola yang dijaringkan oleh salah seorang pemain Perak sudah melepasi garisan gol Lions XII.
Keengganan pembantu pengadil tersebut berbuat demikian menyebabkan Paulo Rangel melakukan bantahan dan dilayangkan kad kuning.
Tindakan tersebut menyebabkan keadaan tegang dan ketegangan itu bertambah apabila pertahanan Perak, Khairi Kiman dilayangkan kad merah.
Selepas itu, kedua-dua pasukan bertempur dan berlaku tolak menolak yang mana pengadil segera menamatkan permainan.
Sebelum itu, Perak telah mempamerkan persembahan bertenaga dengan menyekat kemaraan pasukan lawan dan melakukan serangan balas yang bertenaga.
Perak berada di depan setelah Paulo Rangel menjaringkan gol pada minit ke-59 dengan mengelirukan penjaga gol Lions XII pada minit ke-59.
Selepas itu, Lions XII menyamakan kedudukan melalui sepakan bebas yang disempurnakan oleh Shahfiq Ghani pada minit ke-77.
Cc:peraknews.com
#MALAYSIA FOOTBALL TEAM