Wednesday, 5 June 2013

Peminat Yakin Kita Sedia Bertemu JDT

KELANTAN sedia bertemu Johor Darul Takzim (Johor DT) pada final Piala FA 2013 musim ini, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun lalu.
Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net), Khairi Yazid berkata, pasukan bimbingan Bojan Hodak sentiasa bersedia untuk menghadapi pasukan berstatus bintang itu pada aksi final yang bakal berlangsung 29 Jun ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil nanti.
Katanya juga, tiada sebab untuk pemain Kelantan berasa gentar sebaliknya beliau menganggap keupayaan skuad Harimau Selatan itu setaraf dengan pasukan lain.
“Bagi saya, kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing. Layak ke final bermakna pasukan tersebut cukup kuat dan kita tidak boleh mengambil mudah perlawanan itu nanti.
“Soal bertemu JDT, kita tetap bersiap sedia lagipun ini peluang terbaik untuk kita mengekalkan kejuaraan selain mencari tempat untuk beraksi dalam saingan Piala AFC musim depan,” kata Khairi kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Kelantan mara ke pentas final buat kali ketiga berturut-turut sejak 2011 selepas menyingkirkan seteru tradisi Terengganu menerusi agregat 6-5 pada aksi separuh akhir kedua baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Khairi memberitahu, pentas akhir Piala FA ini juga merupakan medan terbaik buat Kelantan untuk menebus kekecewaan selepas gagal mempertahankan kejuaraan Liga Super.
“Tidak dinafikan The Red Warriors (TRW) turun bukan sebagai pasukan pilihan, ini disebabkan kedudukan dalam liga yang memihak kpd JDT. Namun ini pentas final dan peluang bagi kedua pasukan adalah terbuka kerana perlawanan akhir menjanjikan persembahan berbeza selepas masing-masing mahu menjulang kejuaraan terutama.
“Saya juga yakin TRW akan bermain mati-matian sebab inilah peluang untuk Kelantan bermain di Kejohanan AFC musim hadapan melalui tiket automatik sebagai juara Piala FA selepas mempamerkan aksi hambar dalam Liga Super,” ujarnya.
Pada masa sama, khairi turut berharap agar pemain Kelantan dapat meningkatkan stamina masing-masing sebelum berlangsungnya perlawanan tersebut.
Ini kerana katanya, tahap kecergasan dan stamina pemain Kelantan dilihat semakin merosot malah gagal memberi saingan mantap pada perlawanan sebelum ini.
“Tempoh rehat selama tiga minggu merupakan peluang terbaik Kelantan untuk mendapatkan semula pemain yang sebelum ini cedera termasuklah Dickson Nwakaeme.
“Selain itu, peluang ini juga akan digunakan sebaik mungkin oleh jurulatih mahupun pemain untuk merencanakan strategi pasukan menghadapi aksi final nanti,” jelas beliau.

#Kelate.net
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets