Wednesday, 19 June 2013

FAM bukan ATM ...... errmmmmmmmmmmmmmmmm

“PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) bukan Batallion Tentera,” demikian kata Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata demikian susulan kenyataan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad semalam  yang membuat pengakuan walaupun beliau bersara tetapi masih merasakan berada dalam perkhidmatan tentera.
Menulis di laman Facebooknya hari ini, Annuar berkata, inilah masalah di dalam hidup Azzuddin kerana meskipun telah pencen di dalam tentera tetapi masih merasakan sama seperti dalam tentera lagi.
“Azzuddin mungkin lupa, saya juga graduan Maktab Tentera Diraja Sungai Besi, saya diasuh dalam tentera sejak berumur 15 tahun, tapi tak lah bila umur dah meningkat, harus membawa perangai askar hingga sekarang.
“Azzuddin harus ingat FAM bukan battalion tentera, ia lebih unik, dalam FAM ada Exco yang di pilih dan dalam bola ada pemegang saham, termasuk penyokong,penaja,kementerian,ahli gabungan dan lain-lain
“Tetapi dalam tentera tidak begitu, Setiausaha Agung FAM tidak di pilh, beliau di lantik dan “makan gaji,” kata Annuar.
Jelas Annuar, tanggungjawab Azzuddin juga bukan sekadar kepada Presiden FAM, tetapi untuk kemajuan bola sepak itu sendiri kerana ketiadaan Kongres dan Exco, maka uru setialah yang paling berkuasa.
“Lihatlah Persatuan Hoki Malaysia yang bersaing taraf dunia dan hanya ada kurang 10 orang staf tetapi sekretariat FAM mempunyai 70 hingga 80 orang staf.
“Gaji sesetengah pegawai lebih tinggi daripada gaji general, malah mungkin lebih tinggi daripada gaji menteri,” ujarnya.
Pada masa sama, Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM turut mendakwa, kos ‘overhead’ serta kos operasi FAM mencecah puluhan juta dan ada badan gabungan ‘kekeringan’ meskipun terima  wang tajaan yang besar.
Jelasnya lagi, ada wang yang tidak sampai kepada pasukan walaupun hak mereka seperti ‘broadcasting right’ telah di jual dan  Malaysian Super League (MSL) pula ditutup.
“Akhirnya FAM sentiasa dalam ketidakcukupan wang. Itu antara sebab timbul aduan Tengku Mahkota Johor (TMJ) dan Datuk Seri Shahidan kassim. Wang ‘live telecast’ yang sudah diputuskan MSL dan Exco sampai kerang tak di bayar.
“Bola sepak Malaysia sedang menghadapi masalah yang jauh lebih besar. Malangnya, Setiausaha Agung FAM tak nampak dan presiden pula terpaksa memikul bebanannya,” jelas beliau.
Menurut Annuar, walaupun sudah tiga presiden negeri di gantung namun suara teguran akan terus berkumandang kerana FAM bukannya ATM.
Semalam, Azzuddin menegaskan beliau tidak akan berganjak daripada badan induk bola sepak itu meskipun dikecam hebat oleh beberapa individu yang mendesaknya agar mengundurkan diri.
Menganggap situasi ini normal di dalam dunia bola sepak, Azzuddin berkata, setiap apa yang berlaku tidak akan membuatkan beliau tertekan bahkan untuk tunduk dengan desakan tersebut.
Sebagai bekas anggota tentera juga, Azzuddin turut memberitahu beliau akan sentiasa berdiri teguh, dan sentiasa siap menghadapi apa-apa cabaran yang dilontar mana-mana pihak.

#kelate.net
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets