Wednesday, 19 June 2013

FAM peruntuk 87 000 utk piala FA ....

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk memperuntukkan 87,000 tiket pada perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil 29 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata sejumlah 30,000 tiket masing-masing akan diberikan  kepada Kelantan dan JDT, manakala baki 27,000 lagi tiket akan dijual di stadium berkenaan pada 28 Jun ini bermula 9 pagi sehingga habis terjual.

“Pengagihan tiket kepada kedua-dua pasukan akan bermula pada 24 Jun ini dan mereka boleh menjual di negeri masing-masing keesokan hari,” katanya kepad pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, hari ini.

Hamidin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berkata setiap penyokong hanya dibenarkan untuk membeli maksimum empat keping tiket yang berharga RM40 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Katanya, bagi memudahkan laluan trafik, penyokong Kelantan yang menaiki bas atau memandu kereta dinasihatkan meletakkan kenderaan mereka berhampiran Stesen LRT Bukit Jalil, parking A dan B Stadium Nasional.

“Bagi penyokong JDT, semua bas dan kereta haruslah diletakkan di parking E dan Technology Park Malaysia (TPM), Bukit Jalil,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM Datuk Seri Wira Salleh Mat Rasid berkata sejumlah 1,500 anggota polis akan dikerahkan untuk mengawal perlawanan itu disamping 500 anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Beliau yang juga Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana penyokong yang melanggar arahan pihak berkuasa seperti membawa bahan-bahan larangan seperti mercun dan peralatan tajam ke dalam stadium.

“Kita juga akan melihat keperluan sam ada akan menambah anggota keselamatan bagi memastikan perlawanan itu berjalan lancar,” katanya.

#kelate.net
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets