Monday, 10 June 2013

Lunas Dendam

Kota Bharu: Kelantan bukan hanya mahu mengekalkan kejuaraan Piala FA pada perlawanan akhir yang bakal berlangsung tiga minggu lagi tapi pada masa sama mahu mencatat kemenangan pertama ke atas Johor Darul Takzim (DT) sekali gus melunaskan dendam tewas sebelum ini.
Pengurus pasukan Azman Ibrahim berkata, The Red Warriors (TRW) akan berjuang mati-matian untuk merangkul piala pertama tahun ini.
“Kami perlu kekalkan kejuaraan Piala FA bagi menebus kekecewaan selepas gagal mengekalkan kejuaraan Liga super musim ini.
“Piala FA harapan kami mendapatkan piala pertama musim ini dan akan berjuang mati-matian untuk mendapatkannya.
“Kami bukan saja akan turun dengan misi mempertahankan kejuaraan, malah menewaskan Johor DT selepas dua pertemuan sebelum ini hanya mampu seri dan tewas kepada mereka,” katanya.
Kelantan melayakkan diri ke final selepas menundukan Terengganu manakala Johor DT pula menyingkirkan Pahang.
Selain itu, Azman yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata, pasukannya kini giat menjalani latihan bagi persediaan menghadapi perlawanan akhir itu.
Beliau turut mengaku Kelantan berdepan tugas sukar kerana pasukan kendalian Fandi Ahmad itu dibarisi ramai pemain kebangsaan.

#kelate.net
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets