Bersempena dengan perlawanan akhir Piala FA 2013 Sabtu ini,pihak Sinar Harian, salah sebuah penaja pasukan bolasepak Kelantan FA akan menaja Takwim Ramadhan dalam bentuk Kertas Tifo untuk diagihkan kepada 30,000 penyokong Kelantan didalam Stadium Nasional Bukit Jalil nanti. Kertas Tifo ini juga mengandungi lirik lagu sorak yang akan di agihkan oleh GEMPITA Kelantan (Gabungan Kelab-kelab Penyokong Bolasepak Kelantan) dari Gate F hingga ke Gate L bagi ketiga-tiga tingkat Stadium. Para penyokong diminta untuk berdiri dan mengangkat Kertas Tifo dengan bahagian warna putih atau merah dipamerkan, sambil mengikuti cara sorakan Ultras Kelantan dan gabungan paluan gendang KPBSK pada masa pemain Kelantan keluar warm-up dan semasa lagu Negaraku berkumandang sebelum perlawanan dimulakan. Diharapkan para penyokong Kelantan dapat menyimpan dan membawa pulang Kertas Tifo ini bagi dijadikan rujukan jadual berbuka puasa & bersahur di bulan Ramadhan 1434H nanti. Terima kasih