Tuesday, 25 June 2013

TRW tekan TUMBANGKAN Pahang

Bojan Hodak
KOTA BHARU – Kelantan bertekad mahu menumbangkan Pahang pada aksi Liga Super di gelanggang sendiri malam ini, sebagai bekalan moral menjelang aksi final Piala FA, Sabtu ini.
Pengendali Kelantan, Bojan Hodak (gambar) berkata, kemenangan ke atas Pahang amat penting sebagai motivasi kepada pasukannya menjelang pertemuan akhir Piala FA nanti.
Menurut Hodak, perlawanan ini merupakan sebahagian daripada rangka persiapan akhir pasukan menjelang perhitungan dengan Johor Darul Takzim bagi merebut kejuaraan Piala FA.
“Jadi kita perlu menang pada perlawanan ini. Kemenangan ke atas Pahang akan melonjakkan lagi semangat barisan pemain menjelang aksi akhir itu nanti.
“Selain itu, kita mahu mengekalkan rentak kemenangan pada perlawanan ini serta mengutip mata penuh bagi memperbaiki kedudukan dalam carta liga musim ini,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Dalam pada itu, Hodak, tetap waspada ancaman skuad Tok Gajah memandangkan mereka pernah tumbang dalam aksi sebelum ini.
“Pahang sebuah pasukan yang hebat, mereka ada ramai pemain berbakat dan mempunyai pengalaman luas dalam saingan liga,” ujarnya.

#kelate.net
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets