Wednesday, 19 June 2013

Hodak Tak Risau TRW Tewas ......

Bojan Hodak
TIADA perasaan risau bagi pengendali The Red Warriors, Bojan Hodak meski pun pasu-kan bimbingannya kecundang 0-1 kepada T-Team pada aksi persahabatan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam kelmarin.
Sebaliknya, Hodak berkata, perlawanan tersebut memberi kesempatan terbaik buat beliau mencuba formasi baharu selain menguji beberapa pemain yang pulih daripada kecederaan setelah empat tonggak utamanya masih menjalani latihan bersama skuad kebangsaan ketika ini.
“Saya tak berpuas hati dengan kekalahan ini tetapi gembira kerana karakter pemain tidak berubah, kita menguasai perlawanan dan mempunyai sekurang-kurangnya 13 percubaan tepat ke pintu gol lawan.
“Keseluruhannya ini aksi persahabatan yang bagus bagi kedua-dua pasukan. Cuma barisan pemain pertahanan kami perlu bekerja lebih keras memandangkan T-Team bijak melepasi kekangan mereka menerusi serangan pantas,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Pada perlawanan tersebut, Hodak menurunkan pemain skuad Piala Presiden, Mohamad Qayyum Marjono Sabil beraksi di posisi bek kiri dan pada masa sama beliau turut berpuas hati dengan prestasi Azizi Matt Rose dan Dickson Nwakaeme setelah baru pulih daripada kecederaan.
Menurut pengendali dari Croatia itu, beliau mahu fokus terhadap pertemuan menentang Terengganu dalam saingan Liga Super di Kuala Terengganu, Jumaat ini terdahulu meski pun kehangatan perlawanan akhir Piala FA, menentang Darul Takzim FC pada 29 Jun ini lebih dirasai ketika ini.
“Indra Putra Mahayuddin mengalami kecederaan buku lali dan perlu lebih seminggu untuk pulih. Peluangnya 50-50 untuk disenaraikan pada pertemuan Terengganu tetapi saya yakin dia boleh diturunkan apabila kita bertemu Pahang pada 25 Jun dan Darul Takzim FC (29 Jun) nanti.
“Mohd Daudsu Jamaluddin dan Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim pula terpaksa diketepikan kerana akan menjalani penggantungan satu perlawanan. Saya harap ketiadaan dua tonggak ini dapat ditampung dengan pemain lain,” katanya.


#Kelate.net
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets