Sunday, 24 November 2013

Annuar : FAM Tiada Hak



Annuar Musa
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa membidas kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menyatakan bahawa pelantikkan beliau sebagai Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah tidak sah ekoran masih dalam tempoh penggantungan.
Tidak bersetuju dengan kenyataan itu, Annuar berkata, dalam hal tersebut badan induk negara itu tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian memandangkan FAM dan kuasanya tidak digunapakai bagi badan atau aktiviti pihak lain di luar organisasinya apatah lagi dalam kerajaan atau kementerian.
“Masih ramai yang keliru nampaknya. Perlu di jelaskan bahawa penggantungan oleh FAM terbatas setakat aktiviti bola sepak kelolaannya dan bagi aktiviti Badan gabungannya sahaja.
“FAM dan kuasanya tidak terpakai bagi badan atau aktiviti pihak lain di luar organisasinya apatah lagi kerajaan atau kementeriaan. Jadi menteri bebas menjalankan tugasnya selagi tidak mencampuri secara langsung urusan aktiviti FAM yang terletak di bawah statut dan peraturannya sebagai badan NGO.
“Itu pun tertakluk kepada undang-undang seperti akta sukan dan sebagainya. Lagipun pembangunan Sukan bukan menjadi hak dan kuasa eksklusif FAM atau FIFA.
“Justeru fungsi dan organisasi Jawatankuasa pembangunan bola sepak negara tidak terletak di bawah FAM dan FAM tiada kuasa menentukan apa yang difikirkan patut dan perlu dilakukan oleh menteri dalam menjalankan tugasnya untuk memajukan sukan negara,” katanya dalam laman sosial Facebook hari ini.
Dalam laporan media tempatan hari ini, pelantikan bekas Menteri Belia dan Sukan itu sebagai anggota Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara oleh KBS adalah tidak sah.
Ahli Jawatankuasa Disiplin Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Ednan Othman, berkata pelantikan itu tidak sah kerana Annuar masih menjalani hukuman penggantungan selama dua tahun oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM.
Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM digantung selama dua tahun kerana didapati bersalah melanggar Artikel 88 selepas beliau mengkritik prestasi skuad kebangsaan bimbingan ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal.
Bagaimanapun Annuar dilaporkan menerima surat perlantikan daripada KBS sebagai anggota baru dalam Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara selepas KBS melakukan rombakan dalam barisan jawatankuasa itu.
Turut senada dengan Ednan ialah Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abd Razak yang berkata, selagi Annuar masih lagi menjalani hukuman penggantungan yang akan berakhir Oktober depan, sepatutnya beliau tidak boleh terbabit dengan sebarang aktiviti bola sepak khususnya yang membabitkan FAM.
Menurut Taufek, jika Annuar didapati melanggar penggantungan itu pihak sekretariat boleh membawa kes itu ke pihak Jawatankuasa Tatatertib dan kemungkinan Ahli Parlimen Ketereh itu boleh dikenakan tindakan.
Malah FAM juga boleh diheret dalam permasalahan itu apabila AFC atau badan induk bola sepak antarabangsa FIFA boleh mengambil tindakan ke atas FAM.
www.sinarharian.com.my

#kelate.net
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets