Tuesday, 5 November 2013

Hodak Julang Imej Kelantan

hodak
Harapan Bojan Hodak menghadiahkan piala terakhir kepada penyokong The Red Warriors (TRW) tidak kesampaian apabila tewas 0-1 kepada Pahang di final Piala Malaysia malam kelmarin namun beliau tetap meninggalkan legasi buat Kelantan.
Belum pernah pengendali yang berjaya membawa TRW menjulang tiga kejuaraan utama saingan domestik juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia dalam sejarah bola sepak Kelantan dan ia juga sesuatu yang jarang dilakukan dalam kancah bola sepak negara.
Namun bagi Bojan, kejayaan dilakar pada musim lalu itu tidak dapat dilakukan seorang diri apabila menghamburkan pujian terhadap semua pihak di Kelantan yang turut memainkan peranan penting mencetuskan pencapaian itu.
“Terima kasih kepada pengurusan kerana memilih saya, staf kejurulatihan dan pemain. Terutamanya pada penyokong yang sentiasa bersama kami, di mana saja kami bermain dalam tempoh satu setengah tahun ini, kami tidak pernah bersendirian, penyokong TRW sentiasa membayangi sokongan pasukan tuan rumah (pasukan lawan). Apabila anda mempunyai sokongan seperti ini, anda bakal mencapai sesuatu.
“Dalam tempoh dua tahun ini kami memenangi beberapa kejuaraan, tidak banyak pasukan di dunia yang mampu meraih kejayaan seperti ini dan untuk mencapainya anda memerlukan sokongan pelbagai pihak,” katanya.
Hodak dilantik sebagai jurulatih Kelantan pada Mac 2012 menggantikan Peter James Butler dengan pengendali kelahiran Croatia itu tidak menunggu lama membuktikan sentuhan cemerlangnya dengan meraih kejuaraan pertama menerusi Piala FA, kejayaan pertama Kelantan menjulang piala itu sebelum disusuli Liga Super dan Piala Malaysia.
Pemergian Hodak musim ini turut diiringi dengan kejayaan mempertahankan Pia la FA musim ini dan ia pasti meninggalkan cabaran besar buat penggantinya, Steve Darby yang bakal mengendalikan TRW musim depan.
Sumber : Harian Metro/5 November 2013

#theredwarriorsfc.com
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets