Sunday, 3 November 2013

Nwakaeme Tidak ' Makan ' Gertakan Steward

DICKSON NAKWAME
'Orang Besi' The Red Warriors, Dickson Nwakaeme tidak gentar dengan 'layanan istimewa' yang bakal diterimanya daripada tonggak pertahanan Pahang, Damion Stewart pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 di Stadium Shah Alam, esok.
Nwakaeme, sebaliknya mahu fokus kepada perlawanan tersebut dan membantu pasukannya mempertahankan kejuaraan musim lalu.
"Saya tidak mahu memikirkan soal dia (Stewart) sahaja. Pada saya, bukan dia sahaja yang harus dihadapi tetapi seluruh pemain pasukan Pahang.
"Apa yang penting buat saya ialah fokus dalam perlawanan ini dan peluang beraksi di pentas akhir buat kali kedua selepas Piala FA perlu dimanfaatkan dengan membantu Kelantan merangkul kejuaraan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.
Pada aksi akhir esok, kelibat Nwakaeme pasti menjadi taruhan The Red Warriors untuk mengemudi jentera serangan menembusi benteng pertahanan Pahang yang dikawal Stewart bersama gandingannya Razman Roslan.
Sebelum ini, Stewart memberitahu, dia sedia melayan jentera serangan Kelantan yang diketuai oleh Nwakaeme pada perlawanan tersebut.
Nwakaeme memberitahu, pertemuan dengan Pahang dipentas akhir pastinya berbeza dengan saingan di peringkat kumpulan sebelum ini.
Katanya, dalam pertemuan terakhir dengan Pahang di peringkat kumpulan tempoh hari, Tok Gajah dilihat tidak fokus dan kerap melakukan kesilapan mudah dengan memberi ruang kepada Kelantan untuk mencipta jaringan.
"Mungkin perlawanan ini tidak sama, mereka pasti membuat persiapan lebih rapi untuk perlawanan tersebut.
"Begitupun, kami sudah bersedia untuk perlawanan tersebut dan moral saya serta rakan sepasukan sudah berada pada tahap terbaik," katanya.
Dalam pada itu, Nwakaeme memberitahu, dia tidak terlalu memikirkan soal untuk menjaringkan gol pada perlawanan tersebut, sebaliknya mahu membantu rakan-rakan yang mempunyai peluang untuk berbuat demikian.
"Lebih penting pada saya ialah Kelantan menang pada perlawanan tersebut," ujarnya.
Sumber : Utusan Malaysia / 2 November 2013

#kelate.net
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets