Tuesday, 5 November 2013

Padang Basah Jadi Punca

DISKCOSN
Satu kesilapan membawa padah! Itu kesimpulan pengendali Kelantan Bojan Hodak selepas menyaksikan anak buahnya gagal mempertahankan Piala Malaysia malam tadi.
“Tiada apa (perancangan) yang Dollah Salleh (jurulatih Pahang) lakukan mengejutkan saya. Begitu juga sebaliknya.
“Pada pandangan saya ada satu perkara yang mempengaruhi permainan iaitu padang basah. Pemain Pahang lebih bijak dan cepat menyesuaikan diri,” katanya.
Katanya, kehilangan Obinna Nwaneri sememangnya memberi kesan kepada pertahanan kerana dia adalah jeneral di bahagian itu.
“Tiada siapa yang harus dipersalahkan terutamanya pada babak kedua. Kami mempunyai peluang namun gagal memanfaatkannya,” katanya.
Hodak turut menggesa pihak yang bertanggungjawab terhadap pengadil menilai Nagor Amir Noor Mohamed.
“Saya tidak tahu sama ada keputusan yang dibuatnya mempengaruhi perlawanan. Saya perlu melihat video sebelum mengemukakan aduan andainya ada kesilapan,” katanya.
Pengendali kelahiran Croatia itu melihat beberapa insiden meragukan dilakukan Amir sepanjang perlawanan malam tadi.
Sumber : Harian Metro/4 November 2013
Gambar : Kamarul Akhir

#theredwarriorsfc.com
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets