Tuesday, 5 November 2013

Obina Nwaneri Kekal Bersama TRW

Obinna Nwaneri
Biarpun kecewa terlepas peluang beraksi di pentas final Piala Malaysia bertemu Pahang, dua hari lalu, pertahanan import kental dari Nigeria, Obinna Nwaneri membawa berita gembira selepas dikhabarkan sah bersama Kelantan musim depan.
Perkara itu disahkan setelah beliau menandatangani kontrak baru yang lumayan bersama pasukan Kelantan menurut sumber facebook rasmi KAFA, TRWFC.
Nwaneri adalah pemain yang berperanan besar di barisan belakang pasukan dan cukup kuat serta mampu menjadi contoh baik untuk diteladani pemain muda kita.
Berasal dari Lagos, Nigeria dan lahir pada 18 Mac 1982. Nwaneri memiliki ketinggian 1.83 meter dan susuk tubuh sasa sekali gus menyukarkan pihak lawan menembusi benteng tatkala beraksi menentang Kelantan.
Dua musim bersama TRW, Nwaneri tidak ketinggalan membantu Kelantan menjulang Juara Liga Super 2012, Piala Malaysia 2012 dan Piala FA 2012 serta 2013.
Kehadiran Nwaneri menggamit tumpuan apabila banyak masa beliau bijak mencuri peluang menjaringkan gol ketika bertemu lawan biarpun beraksi pada posisi barisan belakang pasukan.
#kelate.net
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets