Kawan saya Mazram wartawan sukan Sinar Harian Kelantan menalifon saya sehari sebelum perlawanan, panggilan dibuat dari ofisnya. Beliau bertanya mengenai garapan kemungkinan susunan pemain oleh ATM untuk ditulis pada akhbar di hari perlawanan.
Akhir perbualan beliau menanya prediksi saya, saya jawab 2-2. Disebelah beliau kawan saya seorang lagi iaitu Khiru mengetawakan saya. Kedengaran katanya prediksi saya sangat teruk, lalu saya ketawa kembali dan pesan pada Mazram bagitahu Khiru tolonglah percaya pada prediksi saya.
Ok apa yang mengecewakan dari Bojan pada saya hanya lah kerana satu faktor utama iaitu tidak bermain secara Urgency. Dari segi taktikal Bojan adalah lelaki yang menggarap taktikal sesuai dengan gaya keperibadian beliau.
Seorang yang cool, saya percaya dia mengarahkan pemain bermain seperti biasa, fokus dan tiada amanah tambahan yang special, hanya biasa-biasa sahaja. Pada saya falsafah dirinya ialah jangan kalut dan terburu-buru kerana sikap itu boleh memakan diri.
Bojan seorang yang mahukan kejayaan dalam kesabaran dan ketenangan. Lihat saja ulangan keraian kedua-dua gol di bench Kelantan, betapa sejuknya Bojan, tanpa ada perasaan tidak bersorak. Selepas Fakri menjaringkan gol, ramai di Bench berpelukan, Wan Badri menyentuh bahu Bojan dan beliau tidak membalas apa-apa.
Bagi saya sikap keperibadian Bojan adalah satu perkara yang akan dikenang apabila beliau berpisah dengan TRW nanti. Beliau mungkin bukan Tactical Genius, tapi beliau seorang yang menerapkan jiwa atau gaya cara permainan Kelantan yang santai dalam fokus serta disiplin dalam ketenangan.
Selain itu, saya lihat kontribut pemain kepada beliau ialah kepercayaan tinggi beliau kepada pemain dibalas oleh pemain dengan penuh kesabaran. Ini ciri-ciri juara Treble dan bakal Juara Double 2014.
Walaupun Sathia menjuarai pembacaan taktikal kali ini tapi perasaan saya tidak terlalu menggebu untuk memaparkan keterujaan saya kepada gaya santapan bolasepak dari beliau. Kelemahan utama Sathia ialah beliau pening kenapa starting Second Half Bojan masih tidak mahu main menyerang.
Sathia sepatutnya membunuh perlawanan dengan menyambung gaya sama di separuh masa pertama, ini tidak beliau melayan gaya tanpa Urgency oleh Bojan. Saya agak Sathia menunggu peluang Bojan bermain All-Out Attacking apabila ketinggalan dua jaringan, sepatutnya Bojan kembali ke padang dengan plan B, wajib menyerang.
Ini tidak, Bojan kekalkan gaya sama, Sathia ubah pula gayanya, melayan dahulu permainan Kelantan, sehingga Kelantan mula selesa Sathia sudah panik untuk menukar atau mengekalkan gaya.
Bayangkan sambil menunggu Kelantan membalas satu gol yang Sathia percaya akan hadir awal, Sathia plan untuk menambah satu gol melalui Break Attack, mengarahkan pemain beliau merampas bola ditengah jadi keputusan yang ditunggu Sathia ialah 3-1 kepadanya wajib hadir sebelum minit ’75.
Ini tidak berlaku, kerana terlalu Planning, Sathia gagal membaca Bojan. Di separuh masa pertama, kegagalan membuat barisan Midfield Kelantan menjadi mantap kerana Indra yang tampak hilang keinginan untuk membentuk hantaran berdisiplin, cuai dan banyak melepaskan bola kepada lawan yang menerapkan Pressure dikawasan tengah.
Sangat teruja dengan Afizze yang tidak bertahan Indra hilang sekejap. Saya hairan dengan pengulasan di Astro Arena yang mengatakan Kelantan bermain Flank, Indra dan Farhan di Wide. Ini karut, kerana taktikal Bojan ialah Long Ball menumpukan bola dihantar dikawasan tengah bukan tepi.
Oleh itu sebenarnya Indra mengambil posisi Piya berganding dengan Zairo dan Farhan sebenarnya Second Striker pada Dickson bukan Piya, kerana Piya merupakan Trequestrista. Tiada istilah flank atau sayap kiri dan kanan. Taktikal Bojan ialah pemain tengah menguncup ke kawasan tengah fokus disana, bukan ditepi.
Ok menarik untuk memahamkan rakan-rakan saya yang tak faham apa yang berlaku di separuh masa pertama, kenapa TRW bermain selemah itu. Ini pertembungan taktikal yang boleh menggagalkan misi taktikal salah seorang coach. Ketidakserasian atau saya istilahkan tidak catch-up gaya Long Ball Bojan dibaca awal oleh Sathia.
Setiap hantaran tinggi dipotong oleh bek ATM dengan preparation dua lapisan. Lepas clear tandukan akan ada di kawasan depan kotak pemain ATM untuk menyambar clearance tandukan bek ATM kemudian Afizze dan Bruno boleh kembali mengatur gerakan, manakala ketika ini Zairo dan Indra hilang posisi.
Kalau anda lihat ulangan, anda boleh lihat mereka melayan sahaja sambaran bola pemain tengah ATM, tiada intention untuk merampas mungkin kerana takut mengutip kad.
Antara ketidakserasian taktikal saya rasa gaya ini tidak sesuai dari awal Zairo bermain, tapi mungkin untuk mengimbangi kekuatan ATM dikawasan tengah, Zairo diarah untuk mengikuti Afizze dan Bruno, dua orang yang sangat disiplin dalam pergerakan dan rampasan bola.
Oleh itu Indra terbawa-bawa dengan permasalahan untuk menyerang atau membantu Zairo dan Shakir, ketika itu Shakir sudah tidak melayan Zairo dan Indra tetapi sibuk dengan Hairuddin dan Marlon.
Ada dua lagi perbezaan di Selayang, iaitu Dickson dan Marlon. Dua watak ini berubah dari Zero kepada Hero dan Hero kepada Zero. Sathia mengarahkan Marlon supaya banyak bergerak, tidak membiarkan dirinya dirantai oleh Azizi.
Beliau berada di mana mana sahaja dikawasan serangan, sangat tidaks sesuai dengan usia dan kelajuan yang perlu ada namun saya tidak tahu Marlon mendapat suntikan apa, kalau Dickson besi, beliau mungkin menambah angin kelajuan dikakinya. Ini yang mengacau-bilaukan benteng pertahanan Kelantan.
Farisham dan Poknik terpaksa membantu Azizi yang tidak boleh bekerja hanya berharap pada tugasan merantai Marlon. Dengan itu kawasan tepi terabai dan bila Venice Elphi berada dikemuncak prestasi anda tidak merantainya kerana Full Back TRW terpaksa melaksanakan tugasan lain, saya lihat Venice sangat lengkap untuk menjadi duri dalam daging yang tertajam milik ATM.
Saya lihat ada jelmaan campuran gaya Kunanlan, Azwan Roya dan Faiz Subri bercampur baur didalam diri Venice. Sangat padu dan bertenaga, gabungan tugasan Marlon dan Venice sebenarnya yang membunuh Kelantan diseparuh masa pertama. Sayangnya Christie yang sedikit tenggelam mungkin kerana faktor penyokong yang gamat meminimakan jantung serangan ATM diseparuh masa pertama.
Satu lagi yang kita kena faham, diseparuh masa pertama, walaupun Kelantan tidak menyerang dan ATM main bertenaga untuk lebih banyak menguasai bola, tetapi sebelum gol Marlon hadir dengan Half Volley yang sangat bermutu sebenarnya percubaan Kelantan lebih banyak dari ATM ketika itu.
Maknanya dalam 35 minit pertama Bojan merancangkan serangan walaupun bukan dari Dickson tapi Piya melepaskan dua Half Chance serta ada dua lagi Shoot on Goal berjaya dilakukan, manakala ATM walaupun banyak merampas bola ditengah serta tidak membenarkan pemain Kelantan banyak mencuri bola dikaki mereka, peluang kearah gol mereka sangat kurang, saya agak Apek tidak cukup teruji lagi sehingga gol pertama mereka hadir.
Saya lihat macam ada arahan buat Push Up untuk mengharapkan pemain ATM banyak Offside, sehingga Defensive Line TRW sangat tinggi dan Azizi dan Obinna yang memilih ingin mengurangkan bola Trough yang perlu berkejaran.
Akhirnya dihukum dengan gol kedua Marlon hadir hasil ketiadaan orang didalam Box santai sahaja hantaran Afizze memecah benteng, ini memalukan bagi pasukan 2012 yang dibarisi Subra ketika itu membentuk pasukan yang terpaling kurang bolos menunjukkan Kelantan yang semakin retak benteng yang mungkin menanti pecah dek kerana ketidak-konsistensi pertahanan Kelantan.
Walaupun ini mengecewakan sehingga banyak juga mempersoalkan performance Apek yang jelas menurun, namun beberapa Save berkualiti kelas dunia dari Apek memudarkan kekurangan yanga beliau alami.
Walaupun memiliki Poknik bintang muda pertahanan paling menyerlah di Malaysia dan Obinna pertahanan import terbaik Liga M, Kelantan tidak boleh lagi mendabik dada lagi dikawasan pertahanan.
Ketiadaan Obinna diperlawanan akhir ini akan membetulkan atau menidakkan agakan saya yang Poknik dan Azizi tak boleh bergandingan. Antara sebab kekurangan Chemistry mereka saya syak kerana Azizi lebih kepada pendiam dan jarang mengarah, Poknik pula seorang yang perlu diarah selalu untuk tidak terlena kebetulan gaya beliau juga sebagai pemain yang pendiam.
Saya sangat risau gandingan ini, cuma jika tengah beraksi cemerlang dengan melakukan banyak rampasan bola yang berkualiti, bek akan rasa save dan selesa maka mereka akan boleh keyakinan untuk beraksi cemerlang.
Merantai Alex dan Conti mungkin lebih senang dari merantai Hairuddin dan Marlon, tanpa mahu memperlekehkan penyokong Serawak, saya buat ini sebagai andaian perlawanan akhir yang saya sedia mula untuk kaji cara perlawanan Bojan vs Dollah atau Bojan vs Robert.
Akhir sekali untuk menyentuh Miracle In The Last Breathe adalah perkara yang bukan kepakaran saya. Untuk menidakkan faktor nasib dalam bolasepak adalah mustahil, Jose Mourinho pun selalu berdalih yang Champions League di peringkat kalah mati adalah lebih kepada garapan nasib.
Saya persalahkan Sathia kerana tidak bermati-matian untuk membunuh terus permainan di awal separuh masa kedua. Keselesaan pemain Kelantan untuk bermain tidak Urgency semakin meningkat dengan kehendak Winning Mentality setaraf skuad emas Double Treble Kedah didalam diri beberapa pemain penting Kelantan.
Menyentuh sedikit keupayaan Farhan, beliau kurang mendapat peluang kerana berbeza di Selayang, Bojan tidak bermain Counter Attack lagi yang menjadikan Farhan watak penting ketika itu. Farhan lebih kepada Shadow sahaja pada saya malam tadi. Walaupun kurang menyengat Bojan tidak mengeluarkan Farhan kerana Bojan tahu Farhansangat bagus dalam memahami tugasan yang diberikan.
Keajaiban datang dengan kehendak, penyokong tak perlu tahu apa yang berlaku, yang penyokong kena tahu itu nyawa terakhir mereka yang hampir tercekik nafas mereka boleh berpelukan sama sendiri, berteriak, mengalir air mata menyaksikan gol yang sangat susah untuk dibuat boleh berlaku bila-bila masa.
Ole Gunnar Solskjaer pada tahun 1999 pernah membuat Samuel Kuffour berteriak memukul padang seolah tak percaya kepada nasib selepas kalah di final Champions League. Kalau itu merupakan moment untuk dingati ramai sebagai Upset terzalim didalam bolasepak Eropah, semalam merupakan moment terjahat untuk diingati penyokong Kelantan apabila menyingkirkan ATM di akhir garisan.
Ketika kawan saya Putra Merah yang terpinga-pinga di Halftime bertanyakan saya, kalau kita score sebiji selepas ini kita belum menang kan, saya jawab “Ya betul Loh, kita akan main masa tambahan, tapi Loh tak ada masa tambahan malam ini, kalau Kelantan boleh score satu gol, mesti hadir gol kedua”. Kata-kata saya semalam itu yang saya masih ingat.
Kepada pembaca artikel saya, kali ini saya ingin bagitahu beberapa perkara. Satu, saya sebenarnya menulis suka-suka dan memang saya tulis ini khas untuk kawan-kawan yang sudi.
Tapi kena ingat jangan lah sampai mengharap setiap perlawanan saya kena tulis sebagaimana penulis sukan betul yang berbayar, penulis di website sukan, kerana apa yang saya tulis saya tidak simpan Soft Copy atau disimpan dalam koleksi di Blog, ini kerana saya dedikasikan penulisan saya kepada rakan Fb di Fb sahaja, sebagai saya menggambarkan betapa besar peranan kehidupan di alam Fb.
Ramai yang menganggap laman sosial ini hanya persinggahan batuk ditangga, sebenarnya banyak peristiwa besar berlaku disini, sehingga Perdana Menteri Mesir dibawah Mubarak pun letak jawatan di Fb sedangkan beliau kena lakukannya secara lebih rasmi. Keadaan tidak rasmi di Fb sebenarnya sangat hebat.
Kedua, saya minta maaf kerana adakala penulisan saya terlalu peribadi, sehingga susah bagi Admin Page dan Group untuk ambil dan share. Saya gemarkan penulisan begini.
Gaya penulisan ala penulis sukan di artikel Soccernet dot Com saya gilai. Jadi, untuk tidak share pun tak mengapa, kalau mahu share dan edit dahulu buang mana-mana part yang tak berkenan pun tak apa.
Saya tak kisah dan tidak berapa gemar apprisiasi melampau, asalkan kepuasan dapat saya pegang dan beberapa kawan Fb saya berpuas hati. Setakat itu sahaja dulu, untuk game Final tidak akan ada Ulasan begini panjang lebar, yang selalu dipersoalkan ramai kawan, kenapa tidak singkatkan penulisan terus kepada point-point penting, itu bukan cara saya.
Di Final mungkin saya sibuk dengan tiket dan setakat ini mood pergi final masih saya tangguhkan, rasanya ramai rakan yang perlu ke stadium dari saya, mereka yang baru nak rasa, mereka yang jarang merasa dan mereka yang terlalu penting untuk ada di pentas final.
Final bukan kepentingan saya tetapi keghairahan saya pada olahan gameplay yang tidak saya dedikasikan kepada pemain, pengurusan atau pasukan itu sendiri sebenarnya, tetapi saya tujukan kepada rakan saya penyokong-penyokong sejati TRW sepanjang zaman.
Kita adalah kawan selama-lamanya walaupun pemain dan pengurusan datang dan pergi, bendera dan penyokong adalah ketetapan yang tak mungkin berubah. Wassalam.
¥ betterman@kelate.net ¥
#kelate.net