
Dickson pemain import paling menyerlah bersama Kelantan sepanjang Liga Malaysia 2013.
KELANTAN bakal memilih pemain import berpengalaman dari Afrika bagi memperkuatkan skuad The Red Warriors (TRW) musim depan.
Difahamkan, pemain yang beraksi bersama skuad kebangsaan Afrika itu mempunyai rekod penjaring yang tinggi bersama pasukannya.
Ini
diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri
Annuar Musa yang memberitahu bahawa proses rundingan antara pemain itu
dengan Kafa kini berada di tahap terakhir dan sekiranya kedua-dua pihak
bersetuju maka perjanjian kontrak akan dilakukan.
“Memandangkan
musim depan dibenarkan untuk membawa masuk tiga pemain import, jadi
saya mahu memperkuatkan lagi pasukan Kelantan lebih-lebih lagi ramai
pemain saya yang kini dipancing pasukan lain. Persiapan teliti harus
dilakukan untuk musim depan bagi memastikan TRW masih lagi pasukan yang
mampu mencabar pasukan lain.
“Untuk
kuota pemain import, Kafa kini sedang melalui proses terakhir untuk
berunding dengan pasukan kebangsaan di sebuah negara Afrika yang
mempunyai rekod penjaring terbaik untuk bersama TRW. Siapa dia nanti
saya akan umumkan.
“Apa yang saya
tahu, Kafa kini sedang menyusun untuk memastikan Kelantan lebih kuat
dari sekarang,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian
kediamannya di Bukit Damansara semalam.
Ketika
ditanya mengenai masa depan dua lagi pemain import Kelantan, Obinna
Nwaneri dan Dickson Nwakaeme bersama TRW, Annuar berkata, beliau hanya
akan memilih pemain yang terbaik untuk menyarung jersi TRW.
“Kita
kena faham, objektif kita sekarang untuk memperkuatkan kesebelasan
utama. Jadi untuk memastikan tahun depan lebih mantap proses pemilihan
kena teliti dan terbuka. Saya tidak nafikan Dickson dan Obinna cukup
bagus tetapi pada masa sama kita juga mesti ada opsyen dan pemain import
mesti dilakukan dengan terbuka kerana ini sahaja ruang untuk kita
memperbaiki kelemahan setiap kelompangan yang dilakukan pemain tempatan.
“Jadi,
tiga pemain import ini saya kena pilih sampai ke peringkat terakhir,
Namun saya tidak menolak kemungkinan Dickson dan Obinna akan kekal
bersama Kelantan dan mungkin tidak apatah lagi kalau kita jumpa pemain
lebih baik.
“Maka disebabkan itu saya
nak opsyen terbuka sampai akhir sebab pemain import ada pilihan seluruh
dunia berbanding pemain tempatan,” katanya.
#kelate.net