
Zairo Annuar Zailani
KOTA
BHARU – Jika sebelum ini Zairo Annuar Zailani dilihat lebih kerap
memanaskan bangku simpanan, namun segalanya berubah selepas percubaan
pengendali Kelantan, Bojan Hodak menggandingkan pemain tersebut untuk
mengemudi bahagian tengah bersama Shakir Shaari dan kapten berpengaruh,
Mohd. Badhri Radzi membuahkan hasil.
Kombinasi
ketiga-tiga pemain itu menjadikan bahagian tengah The Red Warriors
semakin ampuh dan sering memainkan peranan penting dalam membantu
Kelantan mencatat kemenangan.
Sentuhan
Zairo, 31, sekali lagi bakal menjadi sandaran buat Hodak untuk
membentuk gandingan mantap bersama Badhri dan Shakir apabila berdepan
Pahang dalam perlawanan akhir Piala Dunia di Stadium Shah Alam, Ahad
ini.
Kata Zairo, peluang beraksi di
pentas final Piala Malaysia bersama Kelantan buat kali pertama akan
dimanfaatkan sepenuhnya untuk membantu The Red Warrios mempertahankan
kejuaraan.
“Kalau diberi kepercayaan
untuk beraksi dalam kesebelasan utama, saya berjanji akan memberi
sepenuh tumpuan dan aksi terbaik sepanjang perlawanan.
“Ini
adalah peluang terbaik saya untuk membalas kepercayaan yang diberikan
oleh jurulatih. Saya sudah tentu akan bermain mati-matian dan melakukan
apa saja untuk membantu kemenangan pasukan.
“Beraksi
di pentas final bukanlah sesuatu yang baharu, sebelum ini saya pernah
membantu Kelantan mempertahankan Piala FA, jadi pengalaman tersebut
membantu saya dalam mempersiapkan mental dan fizikal untuk pertemuan
dengan Pahang nanti,” ujarnya.
Mengulas
mengenai peluang pasukanya pada perlawanan tersebut, Zairo berkata,
Kelantan memegang kelebihan untuk muncul juara berbanding Tok Gajah
kerana mereka memiliki pengalaman yang luas beraksi di final pentas
akhir.
“Kebanyakan pemain Kelantan ada kelebihan dari segi pengalaman beraksi di pentas final kejohanan utama berbanding lawan.
“Selain
itu, kekuatan pasukan kami ialah memiliki pemain yang berkualiti dan
mampu beraksi dalam apa jua tekanan, ditambah pula dengan sokongan padu
daripada penyokong setia menjadi tunjang kekuatan The Red Warriors.
“Begitupun
kita tetap menghormati keupayaan Pahang, mereka juga memiliki pemain
yang hebat dan kami perlu berhati-hati,” ujarnya.
www.utusan.com.my
#kelate.net