
HODAK
(tiga dari kiri) tetap menghormati ATM menjelang aksi separuh akhir
pertama Piala Malaysia 2013 di Stadium Shah Alam pada 18 Oktober depan.
KELANTAN memiliki kelebihan pada aksi separuh akhir Piala Malaysia 2013.
Ini
kerana, perlawanan kedua menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan
berlangsung di gelanggang keramat, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota
Bharu.
Selepas berjaya mempamerkan
aksi yang memukau ketika memadam kelebihan dua gol yang di bawa Johor
Darul Takzim (JDT) pada aksi suku akhir kedua lalu, ramai pemerhati
menganggap Kelantan sekali lagi akan mengisi slot final Piala Malaysia
musim 2013.
Bagaimanapun, pengendali
Kelantan, Bojan Hodak berkata, pertukaran venue bagi pasukan ATM
daripada Stadium Selayang ke Stadium Shah Alam sudah memberikan
kelebihan kepada pasukan itu kerana ia mampu memuatkan lebih ramai
penyokong dan permukaan padang yang lebih baik.
“Saya
tidak kisah untuk bermain di mana sekalipun. Penyokong kami sentiasa
bersama kemana sahaja kami pergi. Stadium Shah Alam mungkin lebih besar
dan penyokong kami juga dapat datang lebih ramai untuk membantu
menaikkan semangat para pemain.
“Namun,
kami perlu lebih berwaspada dengan ATM kerana mereka juga mempunyai
kekuatan hampir sama dengan Kelantan. Pemain yang mereka ada juga
seperti kami, tidak mempunyai masalah sama ada beraksi di tempat sendiri
atau gelanggang lawan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tambahnya,
aksi Liga Super membuktikan bahawa ATM juga sebuah pasukan yang selesa
untuk beraksi di mana sahaja termasuk meleburkan rekod tanpa kalah
Kelantan sejak hampir dua tahun alu dengan mencatat kemenangan di
Stadium Sultan Muhammad IV.
Mengulas
mengenai persiapan Kelantan, Hodak berkata, pasukannya akan mengadakan
perlawanan persahabatan pada 13 Oktober ini menentang kelab daripada
Thailand sebelum mereka memulakan kempen separuh akhir Piala Malaysia
lima hari kemudian menentang ATM.
“Itu
sahaja masa yang kami ada dan perlawanan persahabatan tersebut amat
penting untuk saya membuat penilaian terhadap semua pemain. Saya fikir
perlawanan lebih memberikan impak berbanding latihan untuk saya menguji
para pemain.
“Kami akan turunkan
pemain yang benar-benar memberikan komitmen. Ini perlawanan penting,
saya tidak mahu ada kesilapan. Saya fikir memenangi perlawanan di tempat
lawan mungkin akan memudahkan kerja di gelanggang sendiri nanti,”
ujarnya.
Bagaimanapun, persiapan
Kelantan sedikit tergendala apabila empat pemainnya dipanggil menjalani
latihan bersama skuad kebangsaan sementara dua lagi pemain tonggaknya,
Shakir Shaari dan Nik Shahrul Azim Abdul Halim dibelenggu masalah
kecederaan.
www.kosmo.com.my
#kelate.net