Thursday, 24 October 2013

Apek Tak Rela Gawang Dibolosi

Khairul Fahmi Che Mat
Kota Bharu: Rekod ‘This is Kota Bharu’ tercemar selepas kalah 1-3 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam aksi Liga Super musim ini akan dituntut penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat dengan memastikan gawangnya tidak dibolosi.
Pemain kebangsaan itu akan menggunakan segala pengalaman bagi memastikan The Red Warriors (TRW) membuktikan Stadium Sultan Muhammad IV adalah gelanggang keramat mereka, seterusnya membantu pasukannya layak ke final Piala Malaysia.
Khairul Fahmi berkata, debaran tetap dirasai memandangkan skuad B Sathianathan dibarisi ramai pemain berpengalaman dan pasti bermati-matian memburu kemenangan.
Bagaimanapun, misi ke final tidak mustahil andai semua pemain bermain dalam satu pasukan, selain mengikuti arahan jurulatih, Bojan Hodak.
“Setiap pemain terutama pertahanan perlu mengawasi pemain ATM, Marlon Alex James, Bruno Martelotto, Hairuddin Omar, Christie Jayaseelan dan Mohd Fitri Omar jika ingin layak ke final.
“Jika tidak dikawal terutama Marlon dan Christie, mereka boleh menjaringkan gol pada bila-bila masa, namun sebagai benteng terakhir, saya akan berjuang mati-matian bagi memastikan gawang tidak dibolosi,” katanya yang mesra disapa Apek.
Menurut Khairul Fahmi, The Gladiators pasti memberi tentangan sengit berikutan impian pasukan itu untuk menjuarai Piala Malaysia musim lalu dinafikan Kelantan.
Katanya, berdasarkan kemenangan di Kota Bharu pertengahan musim ini, tidak mustahil ATM membuat kejutan.
“Saya minta pemain ke-12 (penyokong) memberi sokongan padu kepada pasukan serta tidak melakukan sebarang tindakan negatif.”

#kelate.net
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets