
KOTA BHARU – Sebanyak 10,000 keping tiket perlawanan akhir Piala Malaysia boleh dibeli di Stadium Sultan Muhammad IV pada Rabu ini.
Bendahari Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Nik Aminaldin Nik Jaafar berkata,
jumlah tersebut adalah peruntukan awal yang diberikan oleh Persatuan Bola Malaysia (FAM).
Menurutnya, kebiasaannya FAM memperuntukan sebanyak 30,000 keping tiket kepada setiap pasukan dan sekiranya ada peruntukan tambahan pihaknya akan membuka semula kaunter jualan.
“Tiket perlawanan akhir boleh dibeli seawal pukul 3 hingga 7 petang dan setiap penyokong dibenarkan membeli empat keping tiket sahaja,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Nik Aminaldin memberitahu, tempahan tiket untuk rombongan pula boleh dibuat bermula hari ini sehingga 29 Oktober.
“Setiap tempahan yang dilakukan perlu disertakan dengan bukti resit tempahan bas sebagai jaminan bagi mengelak penipuan,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Nik Aminaldin memberitahu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan turut serta memantau proses penjualan tiket-tiket tersebut.
Ujarnya, KAFA turut bekerjasama dengan polis bagi memastikan proses penjualan tiket berjalan lancar.
Sementara itu, Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (kelate.net) Mahizi Mahmood berkata, pihaknya berharap insiden yang berlaku ketika penjualan tiket perlawanan antara Kelantan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berulang.
www.utusan.com.my
#kelate.net