Monday, 21 October 2013

PETRONAS Penaja TRW 2014 ???

Pertonas Primax
Hangat pada masa ini apabila peminat bola sepak Cik Siti Wan Kembang  mula bercakap mengenai penaja-penaja yang akan menjadi penaja rasmi pasukan Kelantan dalam Liga Malaysia 2014.
Khabar angin tersebut lebih kencang lagi apabila syarikat minyak gergasi negara, Petronas mula disebut-sebut menjadi penaja utama TRW musim hadapan lantaran syarikat tersebut dikatakan mengeluarkan pelekat kereta (sticker) yang memaparkan gambar pemain-pemain TRW.
Menariknya pada khabar angin tersebut, sticker kereta Petronas Primax yang berserta logo Petronas itu dikatakan menampilkan pemain pasukan TRW dan diedarkan kepada mereka yang mengisi minyak di stesen-stesen tertentu.
Sejauh mana kebenaran tersebut nyata, ia masih belum dipastikan lagi.
Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa pada satu kenyataan difacebooknya sebelum ini mengakui penaja-penaja TRW sudah ada, cuma hanya menunggu masa untuk mengumumkannya.
Pada Majlis Pelancaran Jersi dan barangan Rasmi Pasukan Serta Pengumuman Penaja The Red Warriors musim 2013, Kafa memperkenalkan 10 penaja rasminya iaitu syarikat prabayar terkemuka Negara Hotlink Maxis, Azizan Osman.com, Sinar Harian, Tresenergy, Muda Osman, Mamme, Desa Murni Batik, Pure’re Spritz, Redbull dan Keropok Sira Cap Nara Pasir Puteh.

#kelate.net
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets