Saturday, 5 October 2013

Ganjaran Lumayan Menanti TRW

KelateKomsmo
The Red Warriors mendapat suntikan semangat untuk berdepan Johor Darul takzim dalam perlawanan timbale balik suku akhir Piala Malaysia malam ini apabila Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa menawarkan ganjaran istimewa jika gergasi Pantai Timur itu berjaya melayakkan diri ke separuh akhir.
Menerusi satu kenyataan di laman Facebook miliknya, Annuar berkata, beliau mengharapkan pemain TRW yang beraksi malam ini memberikan lebih daripada 100 peratus tumpuan dan menyerapkan semangat Kelantan dalam jiwa mereka.
Katanya, beliau tidak dapat bersama ketika saat getir TRW menentang Johor DT di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini kerana faktor kesihatan berikutan baru pulih daripada demam denggi.
"Saya mohon maaf kepada Piya (Mohd Badhri Radzi) dan pemain lain kerana sekali lagi tidak dapat bersama pemain di saat genting ini yang lazimnya saya tidak akan biarkan mereka tanpa saya.
"Saya akan berikan hadiah dan bonus khas atas kemaraan ke separuh akhir malam esok, Insya-Allah. Berikan 101 peratus dengan jiwa raga pasukan Kelantan kita. Saya akan jumpa setiap pemain sebaik saja saya sihat," katanya.
Kelantan tewas 2-4 dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin 28 September lalu bagi memberi kelebihan kepada JDT.
Sumber : Harian Metro/5 Oktober 2013
Gambar : KOSMO

#theredwarriorsfc.com
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets