Andai cergas sepenuhnya, Mohd Daudsu Jamaluddin (gambar) yang terkenal dengan jolokan kereta kebal Kelantan pasti mahu turun berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad IV Jumaat ini.
Namun malangnya sekalipun skuad The Red Warriors (TRW) itu layak ke final sekalipun, benteng ligat itu hanya mampu memendam rasa kerana tidak dapat beraksi akibat kecederaan lutut.
Daudsu, 28, mengaku kecewa apabila hanya mampu melihat rakan sepasukan berjuang di padang.
Menurutnya, kecederaan dialami memerlukan masa sekurang-kurangnya dua bulan untuk pulih sepenuhnya dan hasrat beraksi di final sudah berkubur.
Menurutnya, kecederaan dialami memerlukan masa sekurang-kurangnya dua bulan untuk pulih sepenuhnya dan hasrat beraksi di final sudah berkubur.
“Siapa yang tidak kecewa apabila tidak dapat membantu pasukan ketika hanya selangkah untuk ke final. Jika berjaya ke final, saya kini tidak dapat beraksi kerana masih dibelenggu kecederaan.
“Tiada apa yang dapat saya lakukan kecuali berdoa supaya Kelantan mampu melangkah ke final dan saya yakin rakan sepasukan mampu menewaskan ATM,” katanya.
Dia mengalami kecederaan lutut pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan ketika Kelantan menewaskan Pahang 4-0, 21 September lalu.
Daudsu mengingatkan rakan sepasukan supaya membina benteng kukuh bagi mengekang asakan The Gladiators kerana tidak mahu pelawat mendapat jaringan di stadium keramat TRW.
Katanya, pergerakan dua pemain import lawan, Marlon Alex James dan Bruno Martelotto perlu dirantai selain pemain berpengalaman, Hairuddin Omar yang boleh memberi masalah kepada TRW.

Sumber : Harian Metro/23 Oktober 2013
#theredwarriorsfc.com