Pemain Pertahanan Kelantan, Mohd Farisham Ismail menuntut rakan sepasukan membalas pengorbanan Obinna Nwaneri yang tidak dapat beraksi dalam final Piala Malaysia, Ahad ini.
Meskipun ketiadaan Nwaneri dianggap kehilangan kepada The Red Wariors di benteng, skuad kendalian Bojan Hodak itu mahu memastikan pengorbanan Nwaneri berbaloi.
Mohd Farisham berkata, ketiadaan Nwaneri tidak boleh membunuh semangat pemain sebaliknya perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan kejuaraan sekali gus tidak mensia-siakan pengorbanan pemain itu. Katanya, Nwaneri sentiasa menjadi penyelamat dalam perlawanan penting selain dapat mematahkan serangan lawan sehingga sanggup dilayangkan kad kuning daripada melihat gawang dibolosi.
“Bagi saya itu pengorbanan tidak ternilai dan rakan sepasukan perlu berjuang bermati-matian untuk membawa pulang piala supaya pengorbanannya tidak sia-sia,” katanya.
Ketiadaan pemain Nigeria itu memberi peluang kepada pemain tempatan untuk mengisi kekosongan itu. “Siapa yang terpilih nanti perlu menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin,” katanya.
Kelantan kini mempunyai lima pemain pertahanan berpengalaman iaitu Nik Shahrul Azim Ab Halim, Azizi Mat Rose, Mohd Farisham, Zairul Fitree Ishak dan Rizal Fahmi Rosid tidak termasuk Mohd Daud su Jamaluddin yang masih dibelenggu kecederaan lutut.

Sumber : Harian Metro/30 Oktober 2013
#theredwarriorsfc.com