Monday, 28 October 2013

10 Minit Yang Luar Biasa

MOHD. Norfarhan Muhammad (kiri) cuba melepasi pemain ATM, Hairuddin Omar pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.
KOTA BHARU – Pengendali Kelantan, Bojan Hodak tidak punya kata-kata lain, selain menghambur pujian kepada anak-anak buahnya selepas mempamer semangat juang tinggi ketika menyingkirkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi agregat 4-3 untuk melangkah ke final Piala Malaysia.
Tragedi 13 April pada awalnya tampak seperti mampu berulang apabila anak-anak buah Hodak ketinggalan 0-2 di depan puluhan ribu penyokong setianya di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu ketika saingan berbaki 10 minit untuk ditamatkan.
Namun, semangat tidak mengalah yang ditunjukkan oleh Pahlawan Merah membantu mereka bangkit mengikat The Gladiators 2-2, sekali gus menempah tiket final Piala Malaysia buat kali keempat dalam tempoh lima tahun.
Kata pengendali kelahiran Croatia itu, kelemahan fizikal lawan pada 20 minit terakhir digunakan sebaiknya dengan meledakkan gol semangat menerusi pemain gantian, Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-82 yang menjadi titik tolak kebangkitan skuad The Red Warriors.
“Tidak ada pasukan yang mampu beraksi secara mendesak sepanjang tempoh 90 minit dan situasi ini dapat lihat memasuki 20 minit terakhir apabila fizikal pasukan lawan (ATM) menjadi lemah.
“Kita punya banyak ruang dan mendominasi perlawanan sehingga berjaya menjaringkan gol. Jaringan Ahmad Fakri cukup baik dan berkualiti, dia membuktikan dirinta antara penyerang terbaik,” katanya.
Pada perlawanan tersebut, B. Sathianathan mengotakan janji bahawa ATM akan bangkit apabila berjaya meledakkan dua gol pada babak pertama melalui penyerang berbisa, Marlon Alex James yang mengunci mulut penyokong setia The Red Warriors.
Bagaimanapun, tempoh 10 minit terakhir menjadi milik Kelantan yang memperoleh gol pertama menerusi rembatan kencang Ahmad Fakri, sebelum kapten, Mohd. Badhri Radzi meledak jaringan kedua selang tiga minit kemudian bagi menjadikan kedudukan agregat 4-3.
Hodak turut mengakui, kelemahan barisan tengah serta rentak permainan agresif lawan menyebabkan pasukannya bagaikan hilang punca pada babak pertama sehingga membuka ruang kepada pelawat menjaringkan gol.
Katanya, Kelantan bakal berdepan cabaran lebih sukar di perlawanan akhir apabila tonggak pertahanan, Obinna Nwaneri tidak dapat beraksi selepas mengumpul dua kad kuning.
Beliau akan menggunakan tempoh rehat yang ada untuk membuat persiapan rapi bagi menghadapi perlawanan akhir yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam, 3 November ini.
www.utusan.com.my
#kelate.net
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets