Sunday, 13 October 2013

TRW Masih Tagih Sentuhan Farhan


Sentuhan Farhan masih diperlukan pada saingan musim depan.
KELIBAT pemain sayap kanan dan kiri Kelantan, Mohd Nor Farhan Muhammad masih ditagih Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dalam mengharungi perjalanan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Ini diakui oleh Presidennya Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan sentuhan pemain berusia 28 tahun itu sentiasa diperlukan dalam skuad Kelantan bagi membantu pemain lain dalam usaha memperkasakan pasukan itu.
“Tidak dinafikan Farhan memang dapat tawaran dari pasukan lain musim depan, tapi pada masa sama Farhan ada bagi tahu saya yang dia mahu kekal bersama Kelantan dan kami di sini juga masih memerlukan khidmatnya.
“Jadi, kami akan berbincang. Insya-ALLAH  Farhan, Mohd Badhri Mohd Radzi, Indra Putra Mahayuddin dan Ahmad Fakri Saarani akan kekal dengan kita dan selebihnya ada satu dua pendatang baru musim depan.
“Apa yang pasti, barisan pemain Kelantan musim depan boleh dikatakan kekal seperti sekarang ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Selain Farhan, Mohd Shakir Shaari, Mohd Daudsu Jamaluddin dan S Subramaniam turut disebut-sebut antara pemain yang sudah bersedia untuk angkat kaki musim depan.
“Jika Subra dan Daudsu, saya rasa tiada masalah buat TRW dan saya yakin tempat mereka akan diganti dengan pemain yang lebih baik. Shakir pula saya masih memberikan dia peluang untuk berfikir.
“Kalau dia tekad untuk tinggalkan TRW, saya faham kerana ia faktor keluarga dan saya jangkakan dia akan bermain dengan pasukan di Lembah Klang. Tapi tak mengapa kerana kita sudah ada calon.
“Lagipun tahun depan kita ada tiga pemain import dan setidaknya tempat Shakir akan diganti dengan pemain import,” ujarnya.

#kelate.net
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets