Saturday, 5 October 2013

TRW Pasti Bangkit

Tugas khas Dickson Nwakaeme malam ini ialah memporak-perandakan benteng pertahanan JDT.
DETIK 90 minit cukup berharga buat penyandang juara, The Red Warriors apabila berdepan Johor Darul Takzim (JDT) sekali lagi dalam saingan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.
Peluang Kelantan untuk melangkah ke separuh akhir sekali gus merealisasikan misi mempertahankan kejuaraan kali kedua tetap bersinar meski pun ketika ini ketinggalan dengan agregat semasa 2-4 kepada JDT.
Segala-galanya tidak mustahil dalam bola sepak, dan ini yang cuba dilakukan oleh Kelantan ketika cakap-cakap kedai kopi dalam kalangan penyokong mereka sendiri sejurus tersungkur di Larkin membayang betapa keputusan positif pasti berpihak pasukannya.
Sama ada tersingkir atau menyingkirkan, ia akan terjawab malam ini. Mampukah Kelantan memadamkan kelebihan dua jaringan awal dalam tempoh 90 minit atau mungkin penentuan pasukan ke separuh akhir ditentukan dalam masa tambahan atau pun sepakan penalti. Sama-sama kita nantikan!!!
MAMPU BANGKIT
Pengendali Kelantan, Bojan Hodak cukup berkeyakinan pasukannya mampu meleburkan impian JDT di hadapan puluhan ribu penyokong setia Merah Putih andai semangat melawan anak buahnya dalam babak kedua di Larkin minggu lalu kembali dipertontonkan di gelanggang keramatnya malam ini.
Meski pun kecewa dengan persembahan barisan pemainnya, dengan menyifatkan kekalahan 2-4 merupakan aksi terburuk sejak beliau membimbing Kelantan, dua tahun lalu, namun jurulatih kelahiran Croatia itu kekal positif mengenai peluang pasukannya untuk mara ke separuh akhir.
TAK HEBAT
Skuad Harimau Selatan itu bukanlah hebat mana pun. Jarang bagi pemain bertaraf bintang seperti Shafiq Rahim menjaringkan gol selain Mohd Safee Mohd Sali membuktikan sentuhan berbisanya, namun barisan pemain Kelantan membenarkan mereka melakukannya ketika JDT menang di Larkin.
Situasi itu wajib dibendung malam ini dan Hodak perlu merangka strategi ampuh, kali ini tidak lagi membenarkan pemain JDT sewenang-wenangnya menguasai bola, sebaliknya mencari jaringan awal bagi memberi tekanan kepada mereka.
Tugas khas Dickson Nwakaeme malam ini ialah memporak-perandakan benteng pertahanan JDT, sekali gusmembuka peluang kepada Mohd Badhri Radzi, Indra Putra Mahayuddin atau Mohd Norfarhan Muhammad untuk meletakkan bola di dalam jaring lawan.

#kelate.net
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets