
Penyerang berbisa Kelantan, Dickson Nwakaeme mahu meledak gol sebagai hadiah untuk memberi semangat kepada Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang masih belum sihat sepenuhnya selepas sakit akibat demam denggi sejak lebih seminggu lalu.
Nwakaeme berkata, meskipun tewas dalam perlawanan pertama, tiada istilah putus asa buat dirinya malah berjanji akan mengulangi prestasi cemerlangnya ketika mencipta hatrik menewaskan Pahang 4-0 pada peringkat kumpulan 21 September lalu di gelanggang keramat Stadium Sultan Muhammad IV.
Katanya, jika The Red Warriors (TRW) layak ke separuh akhir, pastinya kejayaan itu menjadi hadiah paling bermakna kepada Annuar yang masih belum sihat sepenuhnya daripada demam denggi.
"Perlawanan malam esok (malam ini) memang sukar namun tiada yang mustahil. Kekalahan dalam perlawanan pertama tidak memberi tekanan kepada saya untuk bangkit dan beraksi cemerlang.
"Yang penting, semua pemain TRW perlu mengeluarkan semua tenaga dan pengalaman untuk menewaskan JDT dan jika kita berjaya ia satu hadiah bermakna kepada Tan Sri (Annuar Musa) dan peminat," katanya.
Sumber : Harian Metro/5 Oktober
#theredwarriorsfc.com