Friday, 18 October 2013

Spekulasi Tak Jejas Fokus Farhan

Nor Farhan Muhammad
Kota Bharu: Spekulasi perpindahan beberapa tonggak utama Kelantan ke pasukan lain musim depan langsung tidak menjejaskan fokus Nor Farhan Mohamad untuk memburu gol penting dalam pertemuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada pusingan pertama separuh akhir, malam ini.
Walaupun turut dikaitkan dengan perpindahan bersama Johor Darul Takzim (DT), musim depan, anak kelahiran Terengganu itu tetap bersemangat bagi memastikan Kelantan menang dalam perlawanan getir di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu.
Nor Farhan berkata, perlawanan itu penting dan dia turut meminta rakan sepasukan bermain mati-matian menentang ATM.
Katanya, The Gladiators dibarisi ramai pemain berpengalaman seperti Hairuddin Omar, Shukor Adan, Rezal Zambry Yahya serta Marlon Alex James dan mampu mengkucar-kacirkan barisan pertahanan Kelantan.
“Jika mahu menang, Kelantan mesti mengekalkan corak permainan konsisten dan jangan terlalu mengikut rentak lawan.
“Walaupun rekod bersih Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV (SSMIV) pernah tercalar selepas tewas kepada skuad bimbingan B Sathianathan itu, ia bukan halangan buat kami untuk menundukkan mereka,” katanya.
Nor Farhan meminta rakan sepasukan tidak bermain dalam tekanan, sebaliknya, terus mengekalkan rentak cemerlang seperti perlawanan bertemu Johor DT, baru-baru ini.
“Kita mampu mencatatkan keputusan cemerlang di MPS, sekurang-kurangnya seri atau memperoleh bekalan gol untuk dibawa pulang ke Kota Bharu.
“Saya juga meminta penyokong Kelantan terutama yang tinggal di Lembah Kelang supaya hadir memberi sokongan padu kepada pasukan,” katanya yang berharap diberi kepercayaan jurulatih Bojan Hodak untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama.
www.hmetro.com.my

#kelate.net
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets