
Pemain Kelantan mula menjalani latihan di Kota Bharu, semalam.
SELEPAS
cuti rehat tiga hari, The Red Warriors (TRW) kembali menyambung latihan
sebagai persiapan menghadapi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada
saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia, 18 Oktober ini, lapor
MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.
Pada sesi
latihan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, petang semalam,
hanya empat pemain iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad Fakri Saarani,
Mohd Shakir Shaari dan Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim tidak bersama
kerana mempunyai tugasan dengan skuad kebangsaan.
Penolong
Jurulatih, Zahasmi Ismail berkata, semua pemain hanya diberi tempoh
rehat yang singkat memandangkan pasukannya berdepan tugas berat bagi
menghadapi finalis Piala Malaysia musim lalu itu di Stadium Shah Alam
nanti
“Kalau dilihat Kelantan ada
tempoh seminggu sebelum bertemu ATM, namun hakikatnya kami kesuntukan
masa memandangkan pertengahan minggu depan pula sambutan Hari Raya
Aidiladha.
“Paling lewat kami kena
pergi ke Shah Alam sehari sebelum perlawanan. Jadi, masa yang ada ini
perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memperbaiki kelemahan pasukan,”
katanya.
Zahasmi Ismail yang
mengendalikan latihan bersama seorang lagi pembantunya, Kamarudin
Mohamad ekoran ketiadaan pengendali, Bojan Hodak yang bercuti sehingga
semalam memberitahu, moral pemainnya berada pada tahap terbaik selepas
menyingkirkan Johor Darul Takzim menerusi agregat 8-5, Sabtu lalu.
www.sinarharian.com.my
#kelate.net