Blog CLOSED
Thursday, 30 January 2014
Wednesday, 29 January 2014
Red Warriors Digigit Red Ants Di Laman Sendiri

Pemain PKNS, P. Gunalan cuba membuat sepakan akrobatik untuk menyelamatkan kubu pasukannya daripada asakan Kelantan dalam perlawanan Liga Super di Kota Bharu malam tadi. PKNS menang 2-1.
KOTA BHARU - The Red Warriors dimalukan di hadapan kira-kira 25,000 penyokong sendiri selepas tewas 1-2 kepada PKNS dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, semalam.
Selangor Ambil Alih Pendahulu

Pemain Pahang, Azamuddin Akil (dua dari kiri) dibentes oleh pemain Selangor, S. Kunanlan dalam perlawanan Liga Super di Stadium Petaling Jaya, Petaling Jaya semalam. Selangor menang dengan 1-0. - BERNAMA
PETALING JAYA - Paulo Rangel muncul wira Selangor apabila jaringan tunggalnya pada babak kedua memastikan The Red Giants mengutip tiga mata berharga apabila menang 1-0 ke atas juara Piala Malaysia, Pahang di Stadium Petaling Jaya semalam.
Harimau Selatan Sia - Sia Peluanh

Penyerang JDT, Luciano Figueroa dikawal oleh tiga pemain Lions XII dalam perlawanan Liga Super di Johor Bahru semalam, yang berkesudahan seri 2-2. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU - Pasukan pilihan, Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri apabila sekadar seri 2-2 menentang LionsXII pada saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di sini semalam.
Bujang Senang Libas Sime Darby
KUCHING - Sarawak akhirnya berjaya menemui rentak penyudah yang dicari selama ini apabila menang bergaya 3-0 ke atas Sime Darby malam ini dalam perlawanan Liga Super, yang menyaksikan pelawat menamatkan saingan dengan sembilan pemain.
Dollah Kena Serangan Jantung , Jalani Pembedahan

KUALA LUMPUR - Jurulatih PDRM dan bekas pemain kebangsaan, Dollah Salleh dikejarkan ke Pusat Perubatan Ara Damansara selepas mendapat serangan jantung pada petang semalam dan terpaksa menjalani pembedahan jantung.
Kes Masih Belum Selesai
DRAMA membabitkan sebahagian pemain skuad bola sepak Kuala Lumpur yang didakwa terlibat dengan isu rasuah dilihat masih belum ternoktah.
Barca Tak Rela Lepaskan Messi

MESSI dikaitkan dengan PSG selepas Barcelona mendakwa tidak berminat untuk menyambung kontraknya yang akan tamat pada Jun 2018.
BARCELONA - Presiden baharu Barcelona, Josep Maria Bartomeu menegaskan bahawa Lionel Messi tidak akan dijual.
Mata Intai Slot Piala Dunia 2014

MATA memberikan keutamaan kepada United sebelum memikirkan aksi dengan skuad kebangsaan Sepanyol.
MANCHESTER - Juan Mata berharap perpindahan sensasi ke Manchester United baru-baru ini mampu menjamin tempatnya dalam skuad kebangsaan Sepanyol pada pusingan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil, Jun depan.
Pirlo Pemain Terbaik Serie A 12/13
ROME 28 Jan. - Bintang tengah veteran Itali, Andrea Pirlo dipilih sebagai Pemain Terbaik Serie A musim 2012/2013 oleh rakan-rakan pemain, semalam.
Fabio , Jones Sertai Cardiff City
LONDON 28 Jan. - Cardiff City berjaya membawa masuk pertahanan kiri Brazil dari Manchester United, Fabio dan penyerang Stoke City, Kenwyne Jones, kata pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer, semalam.
Tuesday, 28 January 2014
Kelantan Mahu Rantai Tiga Import PKNS
KOTA BHARU - Pengendali The Red Warriors, Steve Darby melabelkan tiga gandingan import PKNS, Patrick Ronaldinho Wleh, Karlo Primorac dan Hamka Hamsah mampu memberi masalah kepada pasukannya jika diberikan ruang untuk bergerak bebas pada pertemuan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam ini.
' Tunggu Masa Pengesahan '
![]()
TROUSSIER calon pilihan untuk menerajui skuad Harimau Malaya selepas perbincangan antara dia dengan FAM dilaporkan berjalan lancar.
|
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) dikhabarkan hanya 'menghitung hari' sebelum mendapatkan tanda tangan pengendali kelahiran Perancis, Phillipe Troussier sebagai jurulatih baharu Harimau Malaya.
FAM Tak Kejam !
Hamidin beri bayangan Sathia, Ismail mungkin bebas gara-gara kritik pengadil
Bentong: Dua jurulatih - B Sathianathan dan Ismail Zakaria - kemungkinan terlepas daripada hukuman gantung, sebaliknya hanya diberi amaran oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gara-gara mengeluarkan kenyataan keras mempertikaikan mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M).
Bentong: Dua jurulatih - B Sathianathan dan Ismail Zakaria - kemungkinan terlepas daripada hukuman gantung, sebaliknya hanya diberi amaran oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gara-gara mengeluarkan kenyataan keras mempertikaikan mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M).
UiTM Hampir Malukan JDT II

PENYERANG JDT II, Braulio Nobrega diasak keras pemain UiTM, Mohammad Firdaus Paris pada perlawanan Liga Perdana di Stadium UiTM Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Nasirruddin Yazid
KUALA LUMPUR - Sekalipun dibekalkan dengan barisan pemain berpengalaman, itu tidak memberi jaminan buat Johor Darul Ta'zim II (JDT II) apabila hampir dimalukan oleh UiTM FC apabila sekadar seri 1-1 di Stadium UiTM pada saingan Liga Perdana, semalam.
Terengganu Tekad Tebus Kekecewaan
PASUKAN Terengganu ingin menebus kekecewaan tewas ke atas Perak 0-1 pada saingan Liga Super di Ipoh, Sabtu lalu dengan melakar kemenangan menentang T-Team malam ini.
Sarawak Mahu Akhiri Rentak Sumbang
SELEPAS dijinakkan Kelantan minggu lalu, skuad Bujang Senang berazam mengutip tiga mata berharga apabila melayan kunjungan pasukan Sime Darby dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching malam ini.
Penyokong Melaka Memberontak

LEBIH 30 penyokong Melaka United berhimpun secara aman sambil merentang sepanduk melahirkan rasa tidak puas hati mereka selepas skuad itu tewas 0-2 kepada pasukan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dalam perlawanan persahabatan di Stadium Hang Tuah, Melaka, Sabtu lalu.
MELAKA - Belum pun skuad bola sepak Melaka atau lebih dikenali Melaka United mengharungi cabaran dalam saingan Liga FAM Mac ini, penyokong sudah mula memberontak melihat barisan baharu yang berhasrat ke Liga Perdana musim depan, dilihat semakin goyah.
Pulau Pinang Jadi Mangsa Amukan The Cops

Bobby Gonzalez (No. 9) meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukan ketika membantu PDRM membelasah Pulau Pinang 5-1 dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya semalam.
PETALING JAYA - 'Magis' Dollah Salleh bersama skuad kendalian terbarunya, PDRM terus menjadi apabila Pulau Pinang menjadi mangsa terbaru kehebatan skuad The Cops apabila dibelasah 5-1 dalam saingan Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.
Keputusan Perlawanan Liga Perdana
KUALA LUMPUR 27 Jan. - Berikut keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana hari ini:
PBAPP FC 0 Negeri Sembilan 0
PDRM 5 Pulau Pinang 1
UiTM FC 1 Johor Darul Ta'zim II 1
Perlis 0 SPA Putrajaya 1
DRB-Hicom FC 0 Kedah 2
Sabah 1 Felda United FC 3
-- BERNAMA
Utusan.com.my Peluang Martinez Lakar Sejarah Piala FA
London: Roberto Martinez dari Everton mampu melakar sejarah sebagai pengendali pertama mempertahankan trofi Piala FA bersama kelab berlainan.
Moses Sedia ' Rantai ' Everton
Liverpool: Pertembungan setempat dua musuh Merseyside antara Liverpool dan Everton di Anfield, awal pagi esok, dianggap detik paling penting buat pasukannya, demikian menurut pemain sayap pinjaman Liverpool, Victor Moses .
Huntelaar Kembali Gegar Jaring Lawan
Berlin: Penyerang Klaas-Jan Huntelaar meraikan kepulangannya daripada rehat lima bulan akibat kecederaan lutut dengan gol pembukaan ketika membantu Schalke 04 menewaskan Hamburg 3-0 kelmarin.
United Laung Semangat Baharu

MOYES (kiri) bergambar bersama Mata yang secara rasmi menyertai United kelmarin.
MANCHESTER - Pengurus Manchester United, David Moyes mengharapkan satu revolusi baharu ketika melayan kunjungan Cardiff City dalam aksi Liga Perdana England di Old Trafford awal pagi esok.
Salah Berazam Gegar Chelsea
LONDON - Chelsea seolah-olah tidak merasai pemergian Juan Mata ke Manchester United apabila menyambar pemain FC Basel, Mohamed Salah dengan kontrak selama lima tahun setengah kelmarin.
Kreativiti Messi Bantu Barcalona

MESSI (dua dari kiri) sentiasa menjadi duri dalam daging buat pertahanan lawan. Jika dia gagal menjaringkan gol, hantarannya akan menghasilkan gol seperti yang dipamerkan ketika Barcelona menewaskan Malaga 3-0, kelmarin.
MADRID - Jurulatih Barcelona, Gerardo Martino menyifatkan kreativiti Lionel Messi dalam membuat hantaran merupakan faktor penyumbang kepada kemenangan 3-0 kelab itu ke atas Malaga, kelmarin.
Monday, 27 January 2014
TRW Gah Di Puncak Liga
Petra Jaya: Jurulatih Kelantan, Steve Darby lega apabila anak buahnya berjaya menewaskan Sarawak 1-0 apatah lagi apabila gol kemenangan muncul pada minit akhir perlawanan dramatik saingan Liga Super di Stadium Negeri, Petra Jaya, malam kelmarin.
Kelantan Kena Baiki Tengah , Serangan

PeNYERANG Kelantan, Francis Forkey Doe (kanan) mengasak pemain Sarawak, Ronny Harun dalam perlawanan Liga Super di Stadium Negeri, Kuching kelmarin. Kelantan menang 1-0 hasil jaringan Forkey Doe.
KOTA BHARU - Biarpun menang ke atas Sarawak namun pengurusan The Red Warriors (TRW) tanpa berselindung meluahkan kebimbangan mereka terhadap jentera tengah dan serangan yang gagal berfungsi dengan baik.
Smith Rehatkan Nwakaeme
Kuala Lumpur: Jurulatih Pahang Ronald Smith tidak berani mengambil risiko untuk menurunkan Dickson Nwakaeme bagi pertemuan dengan Selangor esok walaupun khidmat pemain import Nigeria itu amat penting bagi memantapkan jentera serangan yang dilihat hambar ketika tewas 1-0 di tangan Sime Darby FC pada aksi Liga Super kelmarin.
Perak Peraga Rentak 120 Peratus

SKUAD Perak yang rata-ratanya dibarisi pemain muda semakin bersemangat bagi mengharungi saingan Liga Super musim ini.
KETUA jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim memuji semangat juang yang ditampilkan barisan pemainnya selepas mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Terengganu dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam kelmarin.
Sathia Mahu Anak Buah Fokus Mental
Kuala Lumpur: Pengendali Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B Sathianathan mahu anak buahnya kembali menguatkan mental menjelang pertemuan menentang Perak malam esok selepas tewas dalam dua perlawanan berturut-turut.
Azraai Puas T-Team Calar Ego Johor DT
Kuala Terengganu: Keupayaan T-Team mencalar ego pasukan bintang Johor Darul Takzim (DT) malam kelmarin menyuntik semangat barisan Azraai Khor Abdullah untuk menewaskan Terengganu pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam esok.
Amaran Sime Darby
Kuala Lumpur: Pasukan yang baru dinaikkan taraf, Sime Darby FC memberi amaran awal bahawa mereka juga mampu mencabar kejuaraan Liga Super musim ini selepas menewaskan juara Piala Malaysia, Pahang 1-0 kelmarin.
' Set Piece ' Singa Jerat Gergasi Merah
Johor Bahru: Merentap ego Selangor nyata memberi kepuasan buat LionsXII yang sudah mula menunjukkan taringnya beraksi di padang rumput tiruan untuk mencipta kemenangan 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura, kelmarin.
Alberts Terdesak !
Petra Jaya: Tanpa berselindung jurulatih Sarawak, Robert Alberts mengakui berada dalam keadaan terdesak untuk menurunkan ayam tambatannya, Muamer Salibasic yang masih mengalami kecederaan selepas harapan disandarkan terhadap dua penyerang baru gagal menemui penyudahnya.
Penyokong Lega Sabah Main Malam
Kota Kinabalu: Perubahan waktu perlawanan pasukan Sabah dari petang ke malam di Stadium Likas musim ini memberi sedikit kelegaan kepada peminat setia Sabahawks untuk terus memberi sokongan padu.
Tekad Mahu Ledak Banyak Gol
Seremban: Selepas dijulang selaku wira apabila menjaringkan kedua-dua gol bagi membantu Negeri Sembilan menewaskan DRB Hicom 2-1 dalam aksi pembuka tirai saingan Liga Perdana, Jumaat lalu, penyerang Jozef Kaplan bertekad untuk meneruskan persembahan terbaik dan meledak lebih banyak gol dalam perlawanan akan datang.
Reduan Mahu Anak Buah Bangkit
Kangar: “Jangan ulangi kesilapan lalu. Ambil iktibar dari apa yang berlaku, jadikan pengajaran untuk berdepan lawan selepas ini. Dalam masa sama lupakan apa yang berlaku (kekalahan) kepada Kedah itu,” kata jurulatih Reduan Abdullah.
Hanya Dua Piala FA Diawalkan
Kuala Lumpur: Hanya dua perlawanan pusingan kedua Piala FA iaitu Lions XII bertemu Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang T-Team terpaksa diawalkan aksinya ke Sabtu ini manakala baki enam perlawanan lain kekal pada tarikh asalnya, 4 Februari ini.
FAM Masih Buat Siasatan
![]()
Sathianathan
|
NASIB pengendali Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan serta ketua jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria dijangka diketahui selewat-lewatnya esok.
Taufek Bidas Kenyataan Subahan

KUALA LUMPUR - Drama baru bagaikan wujud dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Taufek Abdul Razak, yang ditegur oleh Naib Presiden, Datuk Seri Subahan Kamal, tampil mempertahankan apa yang dilakukannya adalah satu prosedur biasa semenjak dahulu lagi.
UiTM Idam Curi Mata Di Larkin
Melaka: Tiga mata berharga buat UiTM FC selepas menewaskan KL SPA pada aksi pembukaan Liga Perdana Jumaat lalu membakar semangat pasukan itu meraih kejayaan berdepan Johor Darul Takzim II (JDT II) di Larkin, malam ini.
KLSPA Mampu Jadi Pencabar Terkuat
Melaka: Pemain import KL SPA dari Korea Selatan Shin Hyun-Joon (gambar), 30, yakin pasukannya mampu menjadi pencabar terkuat dalam kancah Liga Perdana sambil bertekad membantu skuad itu layak ke Piala Malaysia.
Juventus Seri , Buffon Kena Buang Padang
Milan: Penjaga gol, Gianluigi Buffon (gambar kecil) diperintahkan keluar padang ketika menyaksikan Juventus tercicir mata buat kali pertama sejak Oktober tahun lalu, selepas sekadar seri 1-1 dengan Lazio, awal pagi semalam.
Real Rampas Seketika Takhta

RONALDO (tengah) mempamerkan skil tinggi ketika menjaringkan gol buat Real untuk menewaskan Grenada 2-0, kelmarin.
MADRID - Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti memuji kehebatan anak-anak buahnya mengekalkan momentum kemenangan dalam saingan Liga Sepanyol setakat ini.
Nila Mata RM 204j
Manchester: Pemain perancang Sepanyol, Juan Mata melengkapkan perpindahan dari Chelsea ke pasukan pencabar kejuaraan Liga Perdana Manchester United dengan rekod perpindahan termahal kelab £37.1 juta (RM204 juta).
' Aguero Aset Penting City '
Manchester: Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini menegaskan kehadiran penyerang antarabangsa Argentina, Sergio Aguero cukup penting selepas pemain itu meledak hatrik ketika mencatat kemenangan 4-2 ke atas Watford pada pusingan keempat Piala FA.
Liverpool Bertenaga
BOURNEMOUTH, (United Kingdom): Brendan Rodgers percaya kemenangan Liverpool ke atas Bournemouth dalam Piala FA membuktikan kemampuan pasukannya sejak mereka dikejutkan dengan kekalahan kepada pasukan kerdil dari Liga Satu musim lalu Oldham.
Kaki Oviedo Retak
LONDON: Pemain tengah Everton, Bryan Oviedo mengalami dua keretakan di kaki kirinya ketika pasukannya mencatat kemenangan 4-0 ke atas Stevenage pada aksi Piala FA kelmarin sekali gus bakal meranapkan impiannya untuk beraksi di Piala Dunia.
Gol Peribadi ke-22 Musim Ini
Madrid: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol peribadinya yang ke-22 dalam La Liga musim ini untuk membantu Real Madrid mencatat kemenangan 2-0 ke atas Granada di laman sendiri semalam sekali gus memintas Barcelona dan Atletico Madrid di tangga teratas liga.
Llorente Buru Tempat Dalam La Roja
Rome: Penyerang Juventus Fernando Llorente berusaha untuk memburu tempat dalam skuad Sepanyol ke Piala Dunia selepas memperagakan persembahan mantap dalam Serie A.
Bayern Kekal Kelebihan 10 Mata
Berlin: Juara bertahan Bayern Munich mengekalkan kelebihan 10 mata di puncak Bundesliga selepas kelab tangga kedua, Bayer Leverkusen tewas mengejut 3-2 kepada pasukan yang sedang bergelut dengan prestasi Freiburg, kelmarin, kekalahan ketiga berturut-turut dialami mereka dalam liga.
Bayern melebarkan rekod tanpa kalah kepada 42 perlawanan dengan kemenangan 2-0 mengatasi Borussia Moenchengladbach pada Jumaat.
Namun pengendali Leverkusen, Sami Hyypia mendapat kejutan di Freiburg apabila dua kali tuan rumah mempamerkan kebangkitan sebelum pemain tengah Felix Klaus meledak jaringan dramatik pada minit ke-90 untuk memberikan kemenangan.
“Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama, kemudian memberikan terlalu banyak bola dan Freiburg melakukan serangan balas,” akui Hyypia.
“Mereka sangat berbahaya, kami cuba memenangi perlawanan namun hadir serangan balas terakhir.” Keputusan menyaksikan Freiburg yang berada antara tiga pasukan terbawah liga melonjak kepada kedudukan ke-15 ketika jaringan tuan rumah dinafikan pemain tengah Leverkusen, Lars Bender dan Simon Rolfes.
Leverkusen tewas dalam tiga perlawanan terakhir selepas menamatkan saingan 2013 dengan tewas kepada dua pasukan yang sedang bergelut dengan prestasi, Frankfurt dan Bremen.
Bayern boleh melebarkan lagi kelebihan mereka dengan kunjungan ke VfB Stuttgart pada Rabu ini menerusi satu perlawanan yang dijadualkan semula.
Borussia Dortmund meraih kedudukan ketiga dengan kelebihan jaringan mengatasi Moenchengladbach walaupun terikat 2-2 menentang Augsburg dengan kembar Lars, Sven Bender yang juga pemain tengah Jerman meledak jaringan untuk kedua-dua pasukan.
Pemain tengah Dortmund memberikan tuan rumah gol pendahuluan di Westfalenstadion selepas perlawanan berlangsung enam minit, kemudian menjaringkan gol sendiri pada minit ke-56 untuk membolehkan Augsburg menyamakan kedudukan.
Pemain tengah Turki, Nuri Sahin memberikan kelegaan kepada Bender dan Dortmund apabila melakukan sepakan percuma yang cantik untuk menjadikan kedudukan 2-1 ketika perlawanan berbaki 20 minit.
Namun Augsburg mengikat kedudukan apabila pemain Korea Selatan, Ji Dong-Won -yang bakal bersama Dortmund musim depan -menanduk masuk selepas dua minit berada di padang untuk membolehkan kelab itu berada di kedudukan kesembilan liga.
-AFP
Hmetro.com.my
Matthaeus Harap Kroos Tolak United
Berlin: Bekas kapten Jerman, Lothar Matthaeus berkata dia berharap pemain tengah Bayern Munich, Toni Kroos (gambar) menolak bidaan daripada gergasi Liga Perdana Inggeris Manchester United.
Matthaeus Harap Kroos Tolak United
Berlin: Bekas kapten Jerman, Lothar Matthaeus berkata dia berharap pemain tengah Bayern Munich, Toni Kroos (gambar) menolak bidaan daripada gergasi Liga Perdana Inggeris Manchester United.
Shin-Wook Wira Korea Selatan
Los Angeles: Kim Shin-Wook meledak jaringan tunggal ketika Korea Selatan menewaskan Costa Rica yang beraksi dengan sembilan pemain untuk mencatatkan kemenangan 1-0 kelmarin dalam aksi persahabatan antarabangsa di Los Angeles, menjelang saingan Piala Dunia.
Gonzalez Berhijrah Ke Qatar
Lisbon: Pemain Argentina, Lucho Gonzalez meninggalkan FC Porto untuk menyertai kelab Qatar yang memberikan tawaran lumayan.
Sunday, 26 January 2014
Bujang Senang Berputih Mata
![]()
PENYERANG Sarawak, Gabor Gyepes (kanan) berjaya melepaskan tandukan ke arah gawang Kelantan pada aksi Liga Super di Stadium Negeri di Kuching malam tadi.
|
SKUAD Bujang Senang gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila kalah 0-1 kepada Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri, Kuching malam tadi.
Juara Piala Malaysia 2013 Tersungkur

PENYERANG Sime Darby, Dilshod Sharofetdidov jersi merah diasak pemain pertahanan Pahang pada perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi yang menyaksikan Sime Darby menang 1-0.
JURULATIH Sime Darby, Ismail Zakaria percaya skuad kendaliannya sudah mampu bersaing dengan pasukan elit dalam saingan Liga Super pada musim ini.
Harimau Selatan Hilang Taring
KUALA TERENGGANU - Turun dengan deretan pemain berstatus bintang bagaimanapun tidak mampu menghalang Johor Darul Ta'zim (JDT) daripada mengalami kekalahan mengejut 1-0 kepada Terengganu T-Team dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini semalam.
Liga Super : JDT , Pahang , Selangor Tumbang
KUALA LUMPUR 25 Jan. - Saingan bola sepak Liga Super malam ini menyaksikan beberapa kejutan besar di mana pasukan berstatus bintang, Johor Darul Tazim (JDT) tumbang 1-0 kepada T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Saya Cuma Beri Pandangan
KUALA LUMPUR - "Saya cuma beri pandangan saya,".
' Jangan Keterlaluan Sangat '
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Subahan Kamal berani memberi jaminan bahawa dua jurulatih pasukan Liga Malaysia, B. Sathianathan dan Ismail Zakaria tidak akan dikenakan apa-apa hukuman atas pandangan yang dilemparkan terhadap mutu pengadilan baru-baru ini.
Hatrik Aguero Selamatkan City
LONDON 26 Jan. - Jaringan hatrik lewat minit Sergio Aguero menyelamatkan Manchester City daripada tersingkir dari saingan Piala FA apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan kelab divisyen dua, Watford 4-2, sebentar tadi.
Ronaldo Bantu Real Rampas Takhta
MADRID 26 Jan. - Jaringan liga ke-22 Cristiano Ronaldo musim ini membantu Real Madrid menumpaskan Granada 2-0 sebentar tadi, sekali gus membawa pasukan itu merampas takhta Liga Sepanyol.
Mata Sudah Sah Menjadi Milik MU

Mata (kiri) bakal bergandingan dengan Wayne Rooney bagi mengembalikan reputasi sebenar Manchester United.
LONDON - Manchester United mengesahkan telah mencapai persetujuan dengan perpindahan pemain tengah Chelsea, Juan Mata kelmarin.
Wenger Puji Impak Podolski
London: Arsene Wenger percaya persembahan Lukas Podolski dan Alex Oxlade-Chamberlain dalam kemenangan Piala FA ke atas Conventry membuktikan impak yang mampu dicetuskan mereka menjelang penghujung kempen ini.
Mourinho Tumpu Aksi Piala FA
London: Fokus pengurus Chelsea, Jose Mourinho akan kembali terarah dari pasaran perpindahan pemain ke misi memburu kejuaraan apabila Stoke bertandang ke Stamford Bridge dalam aksi pusingan keempat Piala FA malam ini.
Saturday, 25 January 2014
Kelantan Sudah Tahu Kelemahan Sarawak

FORKEY DOE (tengah) bakal mengetuai jentera serangan Kelantan pada aksi menentang Sarawak malam ini.
PENGENDALI The Red Warriors (TRW), Steve Darby melancarkan perang psikologi dengan mendakwa dia sudah mengetahui rahsia kekuatan skuad Bujang Senang menjelang pertemuan Liga Super antara kedua-dua pasukan di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching malam ini.
Kelantan Tagih Bisa Ghaddar Lagi
Ghaddar (kiri) jaring dua gol bantu TRW menewaskan Sime Darby FC, 2-1, Sabtu lalu.
Kota Bharu: Selepas dua jaringannya berjaya membantu The Red Warriors (TRW) menewaskan Sime Darby FC, 2-1, Sabtu lalu, bisa Mohamad Ghaddar sekali lagi ditagih menjelang aksi kedua Liga Super menentang Sarawak, di Stadium Negeri, Kuching, malam ini.
Ketua jurulatih Kelantan, Steve Darby sudah pasti akan menggunakan pemain import dari Lubnan itu sebagai penyerang utama TRW bagi memastikan tiga mata penuh dapat diraih di tempat lawan.
Darby berkata, gandingan Mohamad Ghaddar dan seorang lagi penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe mungkin menjadi pilihannya di bahagian serangan TRW.
Kecik Tidak Rela TRW Tumbang Di Kuching

Wan Zaharulnizam (kiri) optimis Kelantan mampu meraih satu mata apabila bertemu Sarawak di Kuching, malam esok.
‘SATU mata mungkin memadai buat Kelantan’. Itu kata pemain sayap The Red Warriors, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria mengenai peluang pasukannya menentang Sarawak pada aksi kedua saingan Liga Super di Stadium Negeri, Petra Jaya, malam esok.
Subscribe to:
Posts (Atom)