Saturday, 25 January 2014

Pellegrini Tetap Waspada

London: Manchester City akan bertemu kelab Liga Kejuaraan, Watford pada pusingan keempat Piala FA malam ini ketika usaha mereka memburu empat kejuaraan masih terbuka.

Tiada mana-mana kelab dalam sejarah pernah memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Piala Liga dan Piala Liga-Juara-Juara serentak dalam satu musim meskipun Manchester United hampir melakukannya pada 1999 dengan tiga kejuaraan tetapi gagal memenangi Piala Liga.

City yang sudah menempah tiket final Piala Liga selepas menewaskan West Ham secara agregat 9-0, hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan melangkah ke pusingan kedua Liga Juara-Juara, bakal bertemu Barcelona pada saingan kalah mati itu.
Mereka sudah menjaringkan lebih 100 gol dalam semua pertandingan musim ini tetapi jika terus mempamer aksi mantap, City berpeluang untuk melakar sejarah baru.

Berbanding bekas pengendali Roberto Mancini yang sering terbabit dengan kontroversi, Manuel Pellegrini pula lebih bersikap enggan menonjolkan diri dan beliau gembira dengan persembahan anak buahnya.

Pellegrini berkata, pasukannya tidak akan terbawa-bawa dengan beberapa keputusan positif yang memihak kepada mereka sebelum ini.
“Saya gembira kami masih bersaing dalam empat pertandingan.

“Kami tidak mahu memikirkan sangat usaha memenangi semua empat pertandingan itu. Kami hanya mahu menang setiap perlawanan,” katanya.
Pengurus Watford, Beppe Sannino dari Itali pula berkata: “Di sini anda ada Piala FA tapi di Itali kami menamakannya Coppa Italia.

“Perbezaannya ialah di Itali sejak bermula saingan anda sudah tahu nasib anda. Lapan pasukan terbaik akan terus melangkah ke pusingan kedua dan biasanya pasukan yang kuat akan beraksi di tempat sendiri.” - AFP
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets