Sunday, 26 January 2014

Wenger Puji Impak Podolski

London: Arsene Wenger percaya persembahan Lukas Podolski dan Alex Oxlade-Chamberlain dalam kemenangan Piala FA ke atas Conventry membuktikan impak yang mampu dicetuskan mereka menjelang penghujung kempen ini.
Podolski menjaringkan dua gol untuk membantu kemenangan 4-0, semakin cergas sebaik pulih daripada kecederaan hamstring.

Oxlade-Chamberlain pula menyerlah di bahagian tengah dalam aksi pertamanya selepas pulih daripada kecederaan lutut pada hari pertama musim ini.
Ancaman gol Podolski khususnya menggembirakan pengurus Arsenal itu yang masih ingin membawa masuk seorang lagi penyerang pada musim perpindahan untuk membantu Olivier Giroud.

“Podolski boleh menjaringkan gol dan bila anda mempunyai peluang menjaringkan gol, anda mahu pemain sepertinya melakukannya. Gaya penyudahnya tepat,” kata Wenger.

“Dia boleh menjaringkan gol sebaik mula bermain dan sentiasa berbahaya jika mendapat peluang.” Pengurus berkenaan turut memuji aksi Oxlade-Chamberlain dan menyifatkan gandingan pemain remaja itu dengan Jack Wilshere mampu diketengahkan ke peringkat antarabangsa.
“Saya suka apa yang dilakukannya di bahagian tengah, ketika kami menguasai bola. Dia bekerja keras untuk bertahan tetapi saya suka dengan serangannya,” kata Wenger.

“Gandingannya dengan Jack di bahagian tengah, sudah pasti ia berkesan buat England pada masa depan.” Wenger masih berdiam diri berhubung laporan mengaitkan Arsenal dengan cubaan mendapatkan pemain Schalke, Julian Draxler tetapi dia menafikan yuran perpindahan untuk pemain Jerman itu sudah dipersetujui.
“Ia satu ilusi. Tiada apa yang berlaku. Secara jujurnya tidak. Kami tidak perlukan pemain di bahagian sayap. Chamberlain sudah kembali dan kami mempunyai 17 pemain di bahagian itu.

Ditanya sama ada beliau memerlukan penyerang, Wenger berkata: “Kami tidak menolaknya tetapi pada masa ini saya tidak boleh mengumumkan apa-apa.” - AFP
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets