Saturday, 25 January 2014

Sathia , Ismail Mungkin Berdepan Artikel 88

Kelana Jaya: Gara-gara kritikan terhadap mutu pengadilan teruk, jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B Sathianathan dan Sime Darby FC, Ismail Zakaria kini dalam bahaya.

Kedua-dua pengendali skuad Liga Super itu kemungkinan dikenakan hukuman berat mengikut Artikel 88 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya Jawatankuasa Tatatertib mendapati kenyataan dikeluarkan itu berbaur cemuhan serta menyentuh hal ehwal badan induk itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abd Razak sudah mengarahkan Jabatan Undang-Undang FAM untuk menyiasat kenyataan Sathianathan dan Ismail.
“Saya sudah arahkan Jabatan Undang-Undang untuk menyemak kenyataan mereka sama ada ia berbentuk pandangan atau kritikan.

“Kalau ada kes kita akan teruskan tapi kita akan siasat dulu. Kalau kritikan itu berbentuk hinaan, cemuhan dan membabitkan hal ehwal FAM, mereka akan dikenakan tindakan,” katanya, semalam.

Sathianathan sebelum ini mengeluarkan kenyataan ‘pengadil tiada kelas’ kerana tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil ketika pasukannya tewas 2-1 di tangan Sime Darby FC pada pusingan pertama Piala FA Selasa lalu.
Ismail pula kecewa apabila pengadil memberikan sepakan penalti kepada Kelantan yang mengakibatkan skuadnya tumpas 2-1 pada aksi pertama Liga Super pada 18 Januari lalu.

Menurut Taufek, walaupun Artikel 88 sudah dipinda ia tidak bermakna jurulatih bebas memberikan sebarang kenyataan.
“Dalam pindaan Artikel 88 ketua jurulatih dibenarkan bercakap tapi kita nak siasat kenyataan itu sama ada pandangan atau kritikan. Di bawah Kod Tatatertib Perkara 18, jika bersalah mereka boleh dikenakan tindakan penggantungan minimum empat perlawanan dan maksimum dua tahun,” katanya.
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets