Liverpool: Pertembungan setempat dua musuh Merseyside antara Liverpool dan Everton di Anfield, awal pagi esok, dianggap detik paling penting buat pasukannya, demikian menurut pemain sayap pinjaman Liverpool, Victor Moses .
The Reds kendalian Brendan Rodgers yang kini di tangga keempat Liga Perdana Inggeris memiliki kelebihan satu mata berbanding lawan mereka, Everton di tangga keenam.
Namun, skuad lawan itu yang dibimbing Roberto Martinez tidak tewas dalam enam perlawanan terakhir.
Kedua-dua pasukan masih segar dengan kemenangan aksi pusingan keempat Piala FA apabila Liverpool menewaskan Bournemouth 2-0, manakala Everton mudah membelasah Stevenage 4-0. Namun Moses percaya, pertembungan di Anfield itu lebih besar maknanya.
Martinez cukup yakin
“Kami memandang ke hadapan pertemuan ini kerana tahu betapa pentingnya perlawanan itu bagi kami buat masa ini. Kami hanya mahu terus berusaha keras bersama sebagai satu pasukan dan berharap jika kami berjaya mengatasi Everton, ia pasti sesuatu yang penting,” kata pemain pinjaman dari Chelsea itu.
Sementara itu, Martinez membayangkan corak permainan terbuka bakal disajikan kedua-dua pasukan meskipun ia satu perlawanan penting.
“Saya tak rasa kedua-dua pasukan akan tampil dengan corak berhati-hati terutama di barisan pertahanan. Kami akan cuba untuk menguasai permainan dan menjadikan ia satu perlawanan terbuka.
“Keyakinan kami cukup tinggi. Kami memang teruja tetapi perlu meneliti aspek kecergasan pemain kerana ketika ini ramai pemain yang cedera. Jika dapat seorang atau dua pemain kembali, kami pasti pada kedudukan terbaik untuk menghadapi Liverpool,” kata Martinez. - AFP
Bharian.com.my