Madrid: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol peribadinya yang ke-22 dalam La Liga musim ini untuk membantu Real Madrid mencatat kemenangan 2-0 ke atas Granada di laman sendiri semalam sekali gus memintas Barcelona dan Atletico Madrid di tangga teratas liga.
Barca dan Atletico yang beraksi pada awal pagi tadi seri dalam dua perlawanan terakhir termasuk seri 0-0 dalam pertembungan kedua-dua pasukan di stadium Calderon yang membolehkan Real merapatkan kedudukan dalam persaingan tiga pasukan merebut kejuaraan.
Kemenangan di Bernabeu adalah kemenangan kelima berturut-turut Real dalam La Liga sejak seri 2-2 di Osasuna pada Disember lalu dan mereka menerajui liga buat kali pertama sejak memenangi gelaran pada 2011-12.
Penyerang Perancis Karim Benzema juga turut mencatat nama selaku penjaring bagi membolehkan skuad kendalian Carlo Ancelotti itu mengumpul 53 mata dalam 21 perlawanan.
Penyerang Perancis Karim Benzema juga turut mencatat nama selaku penjaring bagi membolehkan skuad kendalian Carlo Ancelotti itu mengumpul 53 mata dalam 21 perlawanan.
Barca dan Atletico kini mengumpul 51 mata menjelang perlawanan di gelanggang sendiri awal pagi tadi dengan pasukan di tangga ke-15 Malaga dan pasukan kedua tercorot Rayo Vallecano.
Hmetro.com.my