Saturday, 25 January 2014

Falcao Cetus Resah Colombia

Paris: Penyerang Monaco dari Colombia, Radamel Falcao perlu menjalani pembedahan di lutut kirinya selepas bertembung dengan seorang guru sekolah pasukan amatur pada perlawanan Piala Perancis Rabu lalu yang memungkinkan pemain bintang itu tidak boleh beraksi pada Piala Dunia.

Berita mengenai pembedahan pemain bintang itu disahkan dalam satu kenyataan dikeluarkan kelabnya semalam.

Ketika Monaco tidak menyatakan berapa lama mereka menjangkakan dia tidak boleh beraksi, kebimbangan mengenai pemain ternama itu mencetus kebingungan di negaranya Colombia.
Colombia diundi dalam Kumpulan C pada Piala Dunia bersama Ivory Coast, Greece dan Jepun.

Bekas doktor pasukan kebangsaan Perancis, Jean-Pierre Paclet membayangkan pemain berusia 27 tahun itu terpaksa berehat lama.

“Saya tidak mempunyai failnya, tapi jika ada pembedahan ligamen lutut koyak, mungkin dia perlu berehat enam bulan dan impiannya beraksi pada Piala Dunia berkubur.” - AFP
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets