Monday, 27 January 2014

Sathia Mahu Anak Buah Fokus Mental

Kuala Lumpur: Pengendali Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B Sathianathan mahu anak buahnya kembali menguatkan mental menjelang pertemuan menentang Perak malam esok selepas tewas dalam dua perlawanan berturut-turut.

Gladiators memulakan saingan Liga Super dengan menumbangkan Sarawak, namun tersingkir pada pusingan pertama Piala FA apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Sime Darby FC disusuli kekalahan kepada PKNS FC pada perlawanan kedua liga, Jumaat lalu.
“Pemain perlu mempamerkan kebangkitan selepas ini kerana saya lihat pemain terjejas dalam aspek mental selepas tersingkir dalam kancah Piala FA.
Jadi saya mahu pemain kembali apabila menentang Perak.

Kami perlu berusaha sebaik mungkin untuk aksi ketiga liga kerana saya percaya sebuah pasukan yang baik akan kembali bangkit,” kata bekas pengendali kebangsaan itu yang turut dibayangi siasatan FAM susulan kenyataannya berkaitan pengadil.
Namun, beliau tidak mempunyai masalah dengan pengadil pada Jumaat lalu, tidak seperti pengadil yang mengendalikan pertemuan menentang Sime Darby FC apabila menyifatkan Mohd Zamzaidi Katimin “mempunyai kelas”.
Ayam tambatan PKNS FC, Ronaldinho muncul wira apabila jaringannya pada minit ke-72 sudah cukup untuk meranapkan impian tiga mata ATM.
Sathianathan menjelaskan ketiadaan kapten ATM, Hairuddin Omar yang mengalami kecederaan memberi kesan kerana mempunyai kualiti kepimpinan yang dimilikinya namun penggantinya, Rezal Zambry Yahya juga juga seorang pemain berpengalaman serta sudah memberikan yang terbaik menggalas tugas yang diamanahkan.
“Masih terlalu awal kerana baru perlawanan kedua.

Nasib baik kami bermain seperti ini sekarang, bukan pada penghujungnya.
Tahun lalu kami bermain dengan baik sejak awal, namun kehilangan banyak mata apabila penghujung saingan.

Kami tewas kerana mental dan berharap perlawanan selepas ini lebih baik,” katanya.

ATM bakal menanti kunjungan Perak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam esok dengan anak buah Sathianathan pastinya mahu meraih tiga mata penuh sebagai penawar.
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets